Thursday, March 18, 2010

trip H20 S.a - cameron - berinchang - irau - genting - sg kedondong - batang kali - s.a


salam....

rasanya sudah lama tidak berbicara dalam blog...
bukan tak hendak, tp masa tiada.... harap maafin..

baiklah.. cerita ku ini adalah berlaku pada tahun lepas...
kami telah memutuskan untuk membuat team begelar h2o untuk membawa rakan rakan mendaki ke gunung gunung di malaysia.... so pada 28 hb 07 2009 tahun lalu kami h20 telah mengadakan sessi suai semula ke gunung berinchag irau berikutan umags meminta khidmat kami.




Maka bermula lah satu perjalanan kami ke berinchang cameron highland, kami terdiri daripada nad, aku, syam, atan, dan nabila. perjalanan pergi pulang makanan dan perbelanjaan adalah termasuk dalam budget h20... kami bertolak pagi 28 hb itu dalam jam 2.00 am dan di jangka sampai dalam subuh.... kenderaan kami adalah kereta wira wkc 3327 yang di sewa daripada en zul. perjalanan adalah selama 3-4 jam sahaja... pergerakan adalah dari shah alam kemundian keluar di batang berjuntai... tetapi kondisi kami ketika itu adalah sedih kerana salah seorang dari sahabat kami iaitu atan sakit ... maka kami decide untuk kurangkan beban dier...



setelah berpacking kami begerak keluar dari s.a dalam jam 2.00 am kereta mendak akibat barang barang kami yg penuh... aku memandu.. dalam perjalanan setibanya di simpang batang berjuntai tiba tiba kereta buat masalah.... sebenarnya aku dah perasan semasa selekoh ijok tp buat tak tau jer.... rupa rupanya kabel minyak kereta ini longgar... nasib baik lah atan tahu nak repair mcm ner.... selesai jer menyelesaikan masalah ini kami terus ke destinasi iaitu cameron highland... dalam perjalanan semua lena di buai mimpi... kadang kadang jeles jugak tgok mereka... tp di sebbkan ramai yg cakap kalau tak memandu ke cameron highland agak rugi.. so aku bertekad untuk memandu....

pergh... perjalanan sejak keluar dari tol sehingga ke ringlet mmg mencabar... (fyi ni 1st time aku ke cameron highland) ter baik.... sangat best.... mereka yg sedang lena di buai mimpi tesedar sehingga tak berani nak tidur semula... dengan lori yang tiba tiba keluar di selekoh... selekoh yg tajam... dan anak orag asli yang tiba tiba muncul di tepi jalan raya sementara menunggu untuk ke sekolah... mmg pengalaman yang tak dapat aku lupakan... aku terus memandu sekeliling ringlet.... nad kata terus ke masjid di berinchang... tp di sebbkan aku tak tau jalan, aku terus cari masjid di tanah rata....


selesai sahaja subuh di masjid tanah rata kami terus mencari tempat untuk bersarapan pagi... (takkan sarapan petang pulakan) setelah puas ke hulu dan ke hilir.... maka kami terpaksa makan di kedai mamak bernama restoran kumar (kedai lain belum bukak) mcm biasa ler mamak nescafe tarik satu dan roti canai 2 keping..... di kedai ini kami sekali lagi dingatkan tentang misi kami kali ini... iaitu periksa trek untuk umags di irau..... so 1st sekali kami kene wat laporan polis... kemudian kami kene cari ranjer untuk kompemkan trek masih di bukak........



mengikut informatif kami, ada trek untuk ke puncak berinchang, iaitu bermula di belakang balai polis.... selesai membuat laporan maka kami bertanya... ternyata mereka tak tau apa apa... hahaha... so kami terus ke pejabat ranjer... di pejabat ranjer kami dapat kekangan mengatakan trek ke berinchang telah tutup berikutan serangan lebah tanah (tak tahu ler benar ke tipu) dan mereka juga turut menyatakan bahawa trek ke puncak irau jugak di tutup berikutan lumut lumut di situ sudah rosak... kami sedih mendengar jawapan itu tp kerana kami degil maka kami tetap teruskan acara kami.... ranjer juga memberitahu kami bahawa jikalau group kecil tak jadi masaalah so kami teruskan juga.. perancangan yang sebelum ini nak treeking ke puncak berinchang di ubah menjadi memandu ke puncak berinchang...



dalam perjalanan itu kami dapati kami kekurangan air untuk memasak dan keperluan diri maka dalam perjalanan kami pergi mencari air... untuk menuju ke puncak berinchang kami tersesat kerana terpesona dengan kecantikan ladang teh di kiri dan kanan.... tp takper sebb dapat air, tp air tu warna hijau... nak guna pun takut..... minyak kereta mmg tak diisi sejak dari shah alam.... dalam perjalanan itu kereta terpaksa di tolak... oleh kerana aku memandu maka aku tak keluar, atan pun demam maka dier pun tak keluar.... tapi syam pun tak keluar... aku tak tau kenapa..... hanya dua wanita jer keluar iaitu nad dan nabila... setalah di tolak sedikit maka kereta begerak dan kami terus ke punchak berinchang...



setibanya di punchak berinchang aku dapati banyak permodenan telah berlaku.... kami tiba dalam jam 11 dan keadaan mmg sejuk dengan kabus yg agak tebal.... tp seronok siot... kami terus ke punchak berinchang di mana terdapat menara tinjau dan menara siaran telekomunikasi tm.... setelah selesai bersiar siar maka kami terus mencari tempat untuk pasang khemah...















satu fly dan ground serta satu khemah untuk wanita di pasang, kami terus cari kayu api.... atan stay kat khemah kerana demam... nabila dan nad pergi sebelah kiri dan aku dan syam pergi sebelah kanan... puas aku dan syam pergi balik bwk kayu api... tp batang idung 2 ekor tu tak nampak... rupanya mereka pergi mintak air kat penjaga menara itu dan mereka sempat tido di menara tinjauan..... sepanjang waktu kami disajikan dengan makanan yg extreme banyak... kat umah pon makan sikit.... pelbagai juadah di buat oleh nad dan syam.... sepanjang kami di sana aku dapati ramai pelancong pelancong dari arab yang datang....



mungkin ia di gelar hutan lumut.... herm tapi yang tak boleh blah adalah apabila datang seorang pemandu pelancong yg marah akibat tension ngan pelancongnya, dia memandu van nasional berwarna maroon dan bising setelah lepak ngan kami..... dier berkata " dah lah kaki berbau gampang bising bising pulak.... aku tau la buat kerja aku.... aku yg tidor dalam van pon basuh stokin... masuk dobi lg" mmg tak boleh lupa ayat dier itu... ramai lg pemandu pelacong yg datang ada yg naik defender 110 (4x4 fav aku) dan kekadang hummer dan kekadang teksi.... seronok gak tgok gelagat orang di sana... malam tu berikutan atan demam maka sentri terbahagi kepada aku dan nabila serta syam dan nad pada 4- 6 am... malam itu juga kami membuat revisi tentang ilmu ilmu hutan untuk persediaan esok....




esok paginya setelah sarapan dan berkemas barang masukan ke dalam kereta, kami bersedia untuk menaiki irau.... setiap seorang dari kami di beri satu walkie talkie..... ni 1st time aku naik irau dan hanya nad sahaja yang tahu trek.. tp dier dah lupa skit... (maklumlah dah lama) kami pun meneruskan trekking sambil tanda tempat sesuai untuk dijadikan kawasan rehat ketika bwk budak.... sebanyak 6 cp telah di ambil kira..... semuanya ada kelebihan tertentu seperti pemandangan yg chantek serta pokok pokok yg jarang di dapati.... setibanya di anak irau kami mencari trek ke puncak irau tp oleh kerana nad dah lupa, maka kami tersesat selama 3 jam menuju ke unknown... semua dah give up maka kami pusing semula setelah mendengar nasihat atan yg menyatakan jika dalam jam 3 ptg tak jumpa trek maka kami akan patah balik... kemudian jumpa semula anak irau...tiba di anak irau kami kepenatan kecuali syam dan nad... (diorang tenaga kuda) maka aku, atan, dan nabila stay di anak irau manakala syam dan nad meneruskan perjalanan... aku beritahu syam dalam 4.30 mesti kembali semula ke anak irau... ternyata syam laju...jam 4.15 dier sudah pulang ke anak irau.....setelah mereka kembali dan rehat sebentar kami meneruskan perjalanan pulang ke berinchang...



pada ketika ini kami bertiga terasa sangat lemah mcm nak demam... takper ah... teruskan juga.. setelah tiba di kaki berinchang jam menunjukan jam 7.00 maka kami mengambil keputusan untuk ke tanah rata untuk makan... kedai menjadi pilihan adalah kedai satay kambing... mmg makan dengan lahap nya.... terjumpa plak kedai yag ada wek chun.. pergh mmg berselera.... aku order nasi goreng cili padi... mmg pedas tahap ass.....



oleh kerana dah malas nak pasang khemah maka kami bertujuan untuk pulang ke s.a tp terasa sekejap sangat la pulak... herm..... so malam tu kami tido di dalam kereta jer... tp tak selesa.. so perjalanan di teruskan, maka aku teruskan memandu ke tapah.... di situ aku tertidor sekejap... kemundian nad berkata pergi mencari kolam air panas di felda trolak... setelah sampai rupanya dia tutp sebb dah mlm sangat (jam 3 kot) so kami teruskan perjalanan ke air panas batang kali....



setibanya di batang kali aku sempat mandi untuk memanaskan badan dan teruskan perjalanan ke genting highland.... cis... perjalanan ini sia sia kerana mereka semua tido.... mcm magik plak... diorang tido kat cameron highland tp bangun kat genting highland.... still tak puas hati.... aku teruskan perjalanan ke sungai kedongdong.... (sebb perut lapar dan duit takde)



maka kami have lunch di sungai kedongdong..... sambil menikmati sungai mereka memasak... aku dan atan terjumpa kayu balak... dan bermain ngan kayu balak tu mcm budak kecil....



selesai bermain aku terus mencari mereka dan ternyata mereka dah siap masak... maka aper lg santap ler.... ehhehe selesai makan maka kami sekali lagi bermain air di sana.. pelbagai gelagat dan aksi mereka... ahhaha













pada ketika ini atan masih lg demam... herm selepas selesai mandi maka kami meneruskan perjalanan ke s.a.... tp still singgah di pasar malam di batang kali.... seronok gak melihat lagat mereka (wanita) bershoping... gila ah... semua nak di beli.... semua nak di makan..... untung juga kami sebenarnya diorang tak habis kitorang bedal.... hehehhe



ketika di berinchang semalam nabila terkena ulat bulu maka ketika di batang kali ini di terus ke klinik untuk ambil suntikan.. hesh... nak wat mcm ner dier elergik... habis dah calamine letak sama gak..... kang abes mak dia marah kitaorang ....



kami tiba semula di s.a dalam jam 8.00 dan setelah unloading... aku kembali kerumah dengan perasaan penat.... bukan stakat penat... tp demam....

p/s : abis jer trip ni semua demam... virus atan merabak cuma atan je baik....
p/ss: aku demam selama 2 minggu dah ingat h1n1 dah.... naseb bek bukan....
p/sss: 1st time tgok nabila begitu manja.... gila ah.... manja abes..... tak sangak perempuan tu manja mcm tu sekali.....

sekian...

Created By : RyZs

2 comments:

ALoNa Cintamaniszlite said...

tingin gak nak gi sini.
suka tgk hutan lumut tu. Mcm dlm katun Tarzan tu aje..hehe..

noobb said...

hahaha boleh la pergi dekat je kalau rajin.. hahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails