Monday, March 22, 2010

Seminggu selepas ramadhan 2009


salam....

ini merupakan posting kedua dalam bulan ini... aku begitu bertekad untuk selesaikan perjalanan tahun lepas.... seperti post sebelum ini.... cerita ku bermula pada tahun lepas....

tarikhnya adalah pada 22 08 09, seminggu selepas ramadhan....

ianya bermula apabila minggu pertama ramadhan ini semua budak rumah ini balik ke kampung halaman masing masing, yang tinggal hanya lah aku zul dan atan jer....

tiba tiba zul berkata dia ingin pulang ke kampung halaman beliau untuk berbuka bersama keluarganya... tetiba sebak didada kami mendengar kerana sebagai anak perantau yang sudah lama tak kembali kekampung.... rasanya sudah 4 atau 5 tahun aku tidak berbuka bersama sama keluarga aku....


so atas jasa baik zul maka beliau telah menjemput kami ke rumah beliau di temerloh....

perjalanan kami mengambil masa 4-5 jam dari s.a ke temerloh... kami bertolak dalam jam 1 petang.... kami mengambil jalan kekuantan melalui karak highway dan mtd prime (highway pantai timur) perjalanan ini sengaja di bawa dengan perlahan lahan kerana kami inigin sampai tepat tepat pada maghrib dan terus berbuka (malas nak tolong hahahah buruk perangai lelaki )



sesampai sahaja di temerloh dalam jam 4.30 pm maka aku ingat sudah dekatler destinasi tetapi sangkaan aku meleset.... setibanya di temerloh kami pergi membeli juadah berbuka jika jika kami tak sampai tepat pada masanya, setelah di tanya tanya dengan zul rupanya perjalanan kai ada lagi 2-3 jam... pergh jauh tak terkata...



di bandar temerluh itu kami membeli juadah berbuka di bazaar ramadhan di tepi sungai... ternyata suasana di sana mmg berbeza seperti di shah alam.... bazaar temerloh agak panjang..... ianya tertumpu di sepanjang sungai pahang... di sana zul membeli bubur lambuk, kuih dan air....




ini merupakan 1st time aku ke rumah zul... mmg out of this world lah... kebetulan setibanya kami di sana keadaan baru sahaja lepas hujan.. tapi keadaan di bazaar agak sesak dengan kunjungan pelbagai orang dan kaum... masing masing berpusu pusu untuk membeli juadah untuk berbuka.... di sana kelihatan ikan sungai menjadi pilihan.. berbeza seperti di kampung aku di johor yg lebih gemar makan ikan laut.... ikan patin menjadi pilihan utama....



itu sudah menjadi satu kelaziman berikutan bandar temerloh di gelar bandar ikan patin... aku sendiri tak pernah makan ikan patin... ikan keli biasa ler..... apa sedap nya ikan patin ini?? hesh tak paham aku... sejak dari semalam sehinggalah hari ini zul asyik berulang ulang kali rekomenkan ikan patin masak tempoyak kat aku dan atan...



sementara zul pergi membeli juadah.. aku sempat mengambil beberapa gambar bandar temerloh berikutan jambu tertinggal dslr dia kat rumah dan rasa dslr tu lebih selamat di bawa kemana mana... hahaha












dalam banyak banyak juadah di sana aku begitu tertarik kan ayam golek... rasa mcm nak beli jer.. kalau ikut nafsu mmg aku dah beli seekor... tp oleh kerana zul kata nanti banyak pulak makanan membazir.... so aku abaikan.... lg pun mak dier dah prepare dengan kehadiran kami...


























selesai membeli juadah kami terus ke kediaman zul iaitu kuala krau... pada ketika ini kami terpaksa pergi kerumah zul dengan cara mengelingi sungai.... mmg jauh.... zul kata ada dua cara nak kerumah dier 1) dengan naki kereta mengilingi sungai dan 2) dengan menaiki bot penambang.... tp sekarang terdapat satu jambatan yg lebih cepat menghubungkan kuala krau dengan jalan besar.. tp malangnya khidmat bot penambang terpaksa di lupakan...




felcra rumpun makmur.... itulah kampung halaman zul..... setelah lama mengembara akhirnya sampai jua... pada ketika ini kami tiba mmg tepat tepat dengan azan... kira masuk umah terus makan ler..... hahaha mak dan bapa zul mmg peramah... sampai kami yg malu nak berbual dengan mereka... setibanya kami di sana kami di sajikan dengan ikan patin....


ini merupakan first time aku makan ikan patin tempoyak... mula mula tu agak malu malu... tp selepas rasa pergh.... mmg mengancam.... sampai dah tak ingat dunia..... kami makan makan dan makan... selepas patin tempoyak ada pulak patin masak kari.... selepas beberapa ketika, pencuci mulut pula di hidangankan... kemudian zul kata dia nak keluar sekejap... maka aku dan atan bersiar siar di kawasan sekeliling.... nampak ler ada beberapa gadis yang pergi ngaji di kawasan kampung..... hahaha




sebelum tidor aku dan atan bercerita mengenai ikan patin tempoyak... huh... kami berdua rancang nak makan kepala ikan patin pulak pergh tak sabar tunggu sahur...


sahur tiba... pergh mmg berebut aku dgn atan makan ikan patin itu... ahahhah sekarang dah tak hirau dah lantak ler aper mak zul nak cakap... pergh.... sedap.... esok nya sebelum pulang kai bersiar siar di sungai pahang.... zul bercerita mengenai sungai pahang... dan ternyata terdapat satu jambatan sedang di bina (sekrang dah siap)











dalam perjalanan balik itu kami berhenti sementara di gunung senyum dan jebak puyuh... saja nak melihat keadaan... mmg cantik... tp sayang kami dapat tau bahawa jebak puyuh akan di robohkan untuk dijadikan kilang simen... bertanya dengan penduduk tempatan mereka berkata jebak puyuh merupakan antara gua batu kapur yang berkuliti tinggi.... ini menyebabkan kerajaan tempatan nak jadikan kepada kilang simen...







jebak puyuh dan gunung senyum mempunyai banyak gua.... ada lebih dari sepuluh gua di sana...



selepas seketika kami pulang semula ke shah alam,,..... tetapi dalam perjalanan pulang kami berehat seketika di tasik selayang....








dah lama dah aku nak kesini tp tiada masa... so oleh kerana ada kesempatan maka kami berhenti seketika... di sana keadaan agak sunyi tak ramai yg datang mungkin sebab puasa kot... kalau ada pun hanya warga tua dan kanak kanak yg riang memancing.... warga tua tu pun adalah org cina yang sedang bermain wau... terpukau sebentar melihat mereka bermain permainan yang popular di pantai timur....
















setelah beberapa ketika kai eneruskan perjalanan ke shah alam..... sebelum sampai kerumah kami singgah di stadium melawati seksyen 13 untuk membeli juadah berbuka puasa.....





berbeza dengan bazaar sealam di temerloh bazaar shah alam kelihatan lebih moden dimana nama makanan adalah lebih pelik pelik malahan terdapat pizza.. sementara di temerloh terdapat makanan yg lebih tradisional.... namun begitu suasana nya tetap sama di mana semua kaum bukan sahaja islam pergi membeli juadah untuk berbuka....








di sana sebut jer aper terlintas nak makna... insyallah ada... dari kuih sehingga ke sup tulang... nasi minyak pun ada... takperlu tunggu member kawen... hahhaha








tetapi tujuan kami kali ini adalah untuk makan ikan pari bakar... kami dengar rasanya sangat sedap dari kawan kawan yg boleh di percayai... hhahah setelah beberapa seketika kami terjumpa kedai yg di maksudkan.... atanpila pergi embeli air torpedo... hahaha










sesudah membeli juadah kami pulan ke rumah untuk meniggu waktu berbuka puasa... habislah trip kami yang panjang.... terima kasih kepada zul dan family....



p/s: ikan patin masak tempoyak mmg sedap....

Created By : RyZs

No comments: