Wednesday, September 17, 2008

Pesanan Untuk Para Solehah HEheHe

aku terjumpa pesanan ini di laptop akmar so layan...... Zaszzz

ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA
oleh ulama muktabar

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haidsekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atastikar sembahyang supaya anak tidak lihat kitameninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengankeluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalansahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kitakeluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraankedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukupdengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apadosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu padahari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak darikecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharianNabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dansebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambanganbunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana.Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akanmenjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt ataswanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solatberjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaahsuaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikatamalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan... dan Pesanan Imam Al-Ghazali Tentang wanita...

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam ini, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah:menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:banyak cakap tidak menentu lagi bising.

edit By RyZs

Wednesday, September 10, 2008

Cara cara Untuk Memasang Khemah jenis Dome!!

Ok Mungkin anda tahu bagaimana nak pasang khemah tanpa perlu baca Buku panduan yang diberikan!! (hampir semua Lelaki akan cakap begitu). Dan semua khemah sama iaitu ada 2 tiang yang merentasi di tengah.. namun disini saya bagi sedikit tips !!


  1. Keluarkan khemah dan kain tapak (ground cloth), sebenarnya kebanyakan khemah tidak disertakan kain tapak dan anda hendaklah membelinya secara berasingan!! Kain tapak adalah bertujuan untuk pastikan khemah anda kering pada dasarnya!! Tetapi kain ini mahal jadi untuk mengantikan kain ini apa kata anda guna plastik sampah sahaja….

  2. Buka kain tapak, dan buka sepenuhnya khemah anda itu. Keluarkan tiang dan pacang pacang serta tali tali dan letakkan di tempat berbeza.

  3. Memasang tiang pada khemah merupakan di antara perkara yang terpenting dan paling menyeronokan dalam proses memasang khemah ini. Hampir semua khemah jenis dome mempunyai tiang yang bersambung dengan getah. Dan jika anda baling tiang ini dengan anda pegang pada hujung tiang itu, ia akan bersambung secara automatik…

  4. Seterusnya masukkan tiang yang tersedia itu ke lubang luar khemah bermula dari satu sisi ke sisi bertentangan. Pastikan tiang itu tidak terputus di tengah-tengah.

  5. Setalah tiang itu kelihatan seperti huruf x, sekarang anda akan mendirikan khemah tersebut. Tempatkan hujung tiang itu di lubang sisi khemah. Dan pastikan rakan anda juga buat benda yang sama pada sisi yang bertentangan. Semasa anda hendak memasukan tiang ini anda hendaklah membengkokkan tiang tersebut kepada bentuk D. ulangi proses ini untuk tiang lagi satu

  6. Seterusnya memasang kain hujan ( kain luar) pemasangan kain ini adalah sama caranya dengan pemasangan khemah tadi.

  7. Baiklah siap khemah dome. Sekarang berbalik kepada kain tapak. Kain tapak hendaklah di letak kan di bawah khemah. Kain tapak itu mestila tidak lebih besar dari khemah anda. Ini kerana jika hujan turun air akan bertakung di kain tapak dan air akan masuk ke khemah anda melalui tapak khemah. (tapak khemah kebanyakannyer adalah di buat dari kain guni dan tidak kalis air.) pastikan kain tapak itu kemas dan tidak terkeluar.

  8. Pada masa sekarang anda mungkin anggap anda sudah siap dan anda mungkin mempunyai barang di dalam beg anda untuk di masukkan di dalam khemah, ini benar jika kawasan yang anda pergi itu tidak mempunyai angin yang kuat. Tetapi jika kawasan yang anda lawati itu mempunyai angin yang kencang sila pastikan anda memasang pacang di sisi khemah anda.

  9. Taburkan belerang atau garam kasar di keliling khemah anda untuk mengelakan dari binatang berbisa masuk ke khemah anda.

  10. Seterusnya letakkan beg khemah dan alatan khemah yang tidak di gunakan seperti pacang yang berlebihan di dalam khemah supaya tidak hilang.

  11. Untuk buka semula khemah caranya sama seperti memasang khemah itu tetapi secara terbalik. Tapi sila pastikan khemah anda kering sebelum gulung dan buka semula khemah itu apabila sampai di rumah untuk pastikan khemah itu berkeadaan baik.


Tips ini disediakan untuk anda yang tak pernah pergi berkhemah. Namun begitu sila pastikan kawasan tapak perkhemahan anda itu bersih untuk mengelakan dari binatang berbisa dan sebagainya. Hargai alam sekitar (sorry pasal Spelling Error)



Created By RyZs

Tuesday, September 9, 2008

New Place To Jamming!!!






Baru baru ni aku ada jumpe tempat baru untuk kaki jamming!!
lokasinya adalah di bandar baru ijok...
nama studio adalah "Studio KITA"

alamat :: 32-2nd floor, jalan ijok utama, Batang berjuntai, Selangor Darul Ehsan...

Berdekatan Dengan Unisel...

keistimewaan studio ini merupakan Drum set nyer!! jikalau anda ingin merasai profesional drum set boleh lah datang ke sini...

waktu perniagaan adalah 8 pm hingga last customer

harga sejam adalah Rm 22...
Contact No: Denq 0176567352 @ zaki 0122680784 @revolt_69@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails