Friday, February 13, 2009

Kembara Khazanah Gunung Rajah....


Salam....
pada 30 jan,31 jan, 1 feb 2009 yang lepas kami telah pergi mengaharungi cabaran mendaki gunung Rajah...

lokasi gunung rajah merupakan di bentong pahang, kembara khazanah ini merupakan anjuran Kelab UMAG'S....
kami bertolak dari shah alam pada pagi jumaat..... dan tiba di bentong pada 12.00pm....
setelah sembahyang jumaat di masjid bentong kami mendaki ke tapak hijau pada 3.30pm
namun atas sebab kesihatan perjalanan yang sepatutnya 4 jam telah bertukar kepada 8 jam...
ini adalah kerana keadaan peserta yang ramaimenyukarkan lagi pegerakan kami...
sehingga satu tahap di mana kami terpaksa di bahagi 2 kumpulan.... di mana kumpulan yang kedua terpaksa tidur di tapak naning...



jarak diantara naning dan hijau adalah dalam 2 jam....
pada asalnya kumpulan yang depan di janjikan untuk tidur di naning namun oleh kerana mereka boleh pergi lagi, menyebabkan guider mengambil keputusan untuk teruskan perjalanan ke tapak khemah hijau.....

peserta tiba di naning dan hijau adalah pada linkungan 10.00pm-12.00pm. setelah memasang khemah dan sheet, para wanita terus memasak.... setelah makan peserta tidur kecuali 3 orang sentri pada malam itu di hijau. (hehehehehe) keesokan paginya kami meneruskan perjalanan untuk pergi ke puncak rajah.... oleh kerana jarak antara group naning adalah 2 jam maka kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dahulu.....

setelah warm up.. kami meneruskan perjalanan kepuncak dalam jam 9.30 .... jarak perjalanan adalah dalam 2jam.... setelah sampai puncak kebanyakan mereka makan dalam hujan... malah ada yang tertidur....

sedihnya tidak semua peserta dapat pergi ke puncak.... dalam program UMAGS ini adalah pertama kali ada peserta yang tidak sampai puncak.... namun mungkin disebabkan
masaalah kesihatan membataskan mereka untuk ke puncak... selepasa makan kami turun... dalam perjalanan turun kai terserempak dengan kumpulan dari naning sambil meminta makanan untuk di bawa ke puncak..... namun apa daya kami bagi apa yang termampu sahaja.....

kesemua peserta yang tidur di naning kini sudah berada di kem hijau sementara menungu peserta kem naning untuk turun dari puncak... para peserta dari kem hijau menyediakan makanan serta minuman.... peserta terakhir turun dari naning adalah pada 11.00pm malam itu selepas makan kami tidur sambil sentri mengikut kumpulan... manakala kumpulan terakhir dikehendaki mengejut peserta lain pada 5.30am...

setelah bangun dan bersiap untuk berkemas peserta membuat program ice breaking sementara separuh peserta perempuan memasak jemput-jemput dan sapu jem ke roti.... kami semua turun dari kem hijau pada 10.00 pagi sambil membawa sampah... perjalanan turun adalah lebih cepat berbanding perjalanan naik.... hanya 3 jam diperlukan... sesudah samapai kami mandi di air terjun chamang dan bergambar sebelum pulang ke b.bestari dan shah alam....

Created By: RyZs