Wednesday, July 22, 2009

Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan (Gunung Angsi)


Salam...



Pada 270709 yang laluaku dan beberapa orang yang lain telah mengambil keputusan untuk pergi menyertai pendakian gunung Negeri sembilan iaitu Gunung Angsi...



aku teringin melengkapkan sirkit ini kerana ingin melengkapkan gunung gunung di malaysia dan target aku dalam tahun ini aku mesti melengkapkan 7 gunung. harapan untuk aku menang memang tipis kerana aku tahu bedasarkan perlumbaan yang lepas di gunung datuk memang kompem aku yang terakhir.....



kali ini aku di temani oleh nabilah, atan, dan nadia. oleh kerana sirkit sebelum ini iaitu gunung tampin aku takdapat sertai kerana terpaksa pergi ke langkawi maka aku sangat sangat berharap untuk pergi sirkit kali ini... semuanya bermula dengan mencari pengankutan ke sana, aku deberitahu bahawa gunung angsi ni berdekatan dengan hutan lipur ulu bendul, maka memang takda harapan untuk aku pergi menaiki bas awam.



maka dengan jasa baik nabilah kami meminjam kereta bapa dier untuk pergi menyertai pertandingan ini. nabilah memang sangat suka menyertai sirkit ini, ini adalh kerana dier dapat no 5 ketika di tampin. lagipun entry fee untuk dier cuma rm 5 berbanding kami semua rm 10 untuk kategori terbuka.



pagi sabtu itu kami begerak dari s.a menuju ke ulu bendul kami tiba di pekarangan ulu bendul pada jam 9.00 dan masih boleh untuk daftar. selesai daftar kami membuat sedikit panas badan dan terus bersedia... pertandingan ini terdapat 5 cp. dari tapak mula ke cp 1 kami berlari kerana ingin berada di tempat orang terawal.... oleh kerana aku ni lambat maka aku kompem antara orang yang terakhir..



dari cp1 ke cp2 trek dier hanya jalan hutan bersebelahan dengan sungai. cp2 ke cp3 pon sama. namun selepas cp3 trek mendaki pon bermula.... ketika ini aku dapati ramai yang dah mula give up setiap kali orang turun ramai yang tanya... "lama lagi ke puncak" aku senyum sahaja pengalaman ketika di datuk mengajar aku seribu makna yang pertama takperlu bawa beg, yang kedua bawa 1 botol air 500ml sahaja dah mencukupi.



untuk sampai ke cp 4 memang lama dalam perjalanan itu aku ter jumpa nabilah dan nadia yang mula lambat dari aku, mengikut kiraan aku diorang memang ada harapan untuk mendapat tempat dalam perlumbaan ini... ketika aku berehat nabilah suruh jaga line kerana dier nak pergi melepaskan hajat... selepas dalam 8 min dier keluar dengan muka lega... huh lama jugak dier pergi melepaskan hajat...



kami bertiga terus mendaki dengan perlahan lahan... depan kami ada pasangan uncle dan untie, mereka begitu konsisten dengan pegerakan mereka.. kami mengikut perlahan belakang mereka dalam perjalanan tiba tiba ada trek yang memerlukan kami menaiki mengunakan tali.. ketika itu aku terjuma atan sedang turun "atan baper jam lagi ke cp4?" aku bertanya dier kata dalam 5 min lagi ini membuat aku rasa nak belari pulak selepas seketika kami jumpa cp 4.


selepas cp 4 kami akan tiba di puncak... jalan ke cp 5 tak lah teruk agak mendatar tapi still mencabar.... setelah berjalan tiba tiba nabilah mengerang kesakitan. selepas letak counterpain dier terus begerak semula namun pegerakan dier agak perlahan.. oleh kerana aku tau aku takde harapan untuk menang maka aku berjalan dengan perlahan sambil membiarkan nabilah dan nadia pergi dahulu.. dalam seronok melayan perasaan tiba tiba kedengaran suara nabila mengerang.."Arghhh" (saper yang pernah dengar dier mengerang mungkin dapat bayangkan kot) rupanya kaki dier cramp...



kesakitan ini mungkin di sebabkan ketika dia turun dari gunung bunga buah kot (rujuk post sebelum ini) aku menyuruh nadia berjalan dahulu kerana dalam pikiran aku puncak dah tak jauh... selepas membuat beberapa urutan dan menyapu counterpain dia ok (mcm tak percaya aku pandai urut pulak) tiba tiba dengar suara nadia "hoi dah sampai dah puncak" rupanya puncak dan tempat nabilah sakit hanya dalam 25 tapak sahaja....


kami meneruskan perjalanan untuk sampai kepuncak dan mengambil tanda bukti kami sampai puncak selepas itu jalan turun kami berlari.. kami memotong semua orang yang di hadapan sehingga tiba di cp3 di mana aku mengambil air dan mereka berdua terus berjalan di hadapan.. sempat juga aku berbual dengan beberapa budak sekolah semasa perjalanan pulang itu (tu yang jadi semakin lambat) budak budak sekolah itu tak sampai puncak dan aku memberi kata bahwa bertapa rugi mereka kerana tak sampai puncak...



sesampai sahaja di tapak tamat aku terus mencari nadia dan nabilah... ketika ini aku dapati bahawa nadia mendapat tempat ke 5 dalam perempuan terbuka dan atan tak mendapat nombor manakala nabilah mendapat tempat ke 9 (aku tempat ke 6 perempuan terbuka kalau aku masuk kategori ini) selesai proses pengambilan hadiah kami terus mandi.. ketika ini aku berjumap saiful dia adalah hikers aktif dari unikl kami smepat bertukar tukar pendapat dan no hp...


selesai semua aku meneruskan perjalanan pulang dalam perjalanan pulang semua tidur kepenatan (aku memandu sebb aku volunter) mata kau pun makin berat... jeles siot tgok atan tido sesampai je kat bangi aku rasa mcm nak berhenti tepi untuk tidor tiba tiba atan bangun kansel berhenti tepi... aku gagahi perasaan nagntuk + penat ini sehingga ke shah alam (ikut jalan lama save duit tol) malam itu kami pergi makan di kedai tomyam.....


p/s : terima kasih kepada saiful kerana mengambil gambar kami


p/s : terima kasih kepada nabilah kerana memberi pinjam kereta dan tahniah kepada nadia dan nabilah kerana berjaya mendapat tempat ketika perlumbaan ini

p/s: this feeling is really killing me... want to said it out loud but i dont think i can handle the outcome hate it so much why must it be now??


Created By : RyZs

Monday, July 20, 2009

Jalur Pendakian 10 tahun unisel Gunung Bunga Buah

Salam...





Pada 20-21 june 2009 yang lepas group dari umags s.a telah mendaki gunung Bunga Buah. Pendakian ini adalah sempena menyambut tahun ke 10 unisel di tubuhkan, oleh kerana umags juga telah 10 tahun, tujuan pendakian ini adalah untuk membuat 1000 meter apl secara kumulatif. trip pertama adalah gunung bunga buah yang terletak di genting highland







pendakian ini disertai oleh pelajar unisel seramai 40 orang dan selama 2 hari 1 malam. pendakian ini akan tidur di puncak gunung bunga buah. kali ini umags telah mengambil kumpulan explorer sebagai jurupandu kerana telah selalu berurusan dengan mereka.





publisiti telah begerak secara tertutup 2 minggu sebelum pendakian dan berjaya mencari orang yang berminat untuk pendakian ini. maka seperti yang di janjikan pada 20-21 hb kami begerak, oleh kerana pendakian ini hanyalah 2 hari dan 1 malam maka tidak banyak barang yang perlu di bawa, hanya barang barang yang penting sahaja. pada perancangan asal sebanyak 5 khemah di bawa dan 3 set fly dan ground sheet di bawa.







kesemua peserta di suruh berkumpul di pintu gate sebelah petronas pada jam 6.30 pagi dan di bahagikan barang barang makanan dan peralatan khemah yang lain. satu pujian di beri kepada peserta kerana mereka begitu disiplin menepati masa. tidak pernah trip sebelum ini yang mempunyai peserta begitu disiplin. bas tiba di pekarangan jam 9.00 pagi. dengan doa yang di ketuai oleh rejab kami memulakan langkah untuk ke genting highland.





selesai sahaja membuat pengishtiharan di balai polis gentin highland kami memulakan sesi panaskan badan di pintu masuk hotel seri malaysia. pintu masuk kali ini adalah di hotel sri malaysia. oleh kerana kami tak tahu kepantasan ahli baru maka banyak cp untuk berehat. kami membahagikan group ini kepada 3 group iaitu explorer, cargo, dan sweeper. dan sesiapa yang tertinggal akan di tinggalkan kepada sweeper.





semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan namun terdapat seorang dua yang pertama kali naik dan tidak mempunyai kelengkapan yang sesuai untuk pendakian gunung walaupun telah di beritahu. aku di tugaskan di kumpulan sweeper. seperti yang di rancangkan perjalanan ini mengambil masa selama 4 jam.





1 jam sebelum ke puncak kami tiba di punca air, oleh kerana di puncak tiada punca air maka kami perlu memenuhkan water canister kami disini. kami di bekalkan 5 canister dan setiap canister boleh berisi sebanyak 10 L. agak berat dan penat jika di bawa gunakan tangan. setiap 5 min perjalanan telah menyebabkan peluh yang boleh di lap. maka aku masukan dalam beg. beban di tangan agak kurang tapi masih berat dan perjalanan aku semakin perlahan. ini adalah kerana dalam beg aku terdapat sesuatu yang di luar dugaan aku.




1 jam kemudian kami tba di puncak. walkie talkie yang digunakan tidak dapat di gunakan sepenuhnya kerana ganguan dari pelbagai benda asing termsauklah bangla bangla dan indon indon. agak lawak apabila kami memangil atan dan bangla yang menyahut... hahaha..



selesai sahaja memasang khemah kami terus memasak. beirut kami jadikan sebagai surau sementara. agak lawak apabila salah kiblat kerana 1 kompas telah rosak dan selepas dapat kompas yang betul baru kami tau arah kiblat sebenarnya.





malam itu terdapat 2 aktiviti biasa iaitu ice breaking dan makan beradap. selesai semua program dalam jam 12.00 mlm kami di benarkan tidur dan setiap kumpulan kene sentri selama selang 1 jam. kumpulan aku adalah pada jam 5 pagi, dan aku teruskan sehingga balik. oleh kerana kumpulan aku terdiri dari tuan badlishah maka banyak hasil makanan yang aku dapat. jam 7.00 pagi kami menyediakan sarapan pagi dan makan tembikai yang telah aku bawa, namun ramai yang tak makan kerana takut ter"beri-beri"





selesai sahaja sesi ambil gambar dan bacaan doa, kami meneruskan perjalanan turun ke kaki gunung dalam jam 10.00 pagi. pada ketika ini terdapat beberapa orang yang injured, ini merupakan pengalaman sweeper aku yang paling penat kerana membawa seorang yang tak makan sarapan. semua barang barang, sampah di bawa ke bawah, di samping itu kami juga mengarahakan supaya membersihkan gunung dalam perjalanan turun.




setiap langakah budak itu berjalan dengan perlahan, dan setiap 10 langkah dia akan berhenti, pergh penat nya bukan kepalang dan ada ketika dia colapse. pergh mmg penat setibanya di kaki gunung dalam jam 3 petang, dan kami hampir di marahi oleh driver bas kerana kami berjanji untuk tiba jam 2 petang, namun tiada siapa boleh tetukan setiap benda, dan hanya allah sahaja tau setiap perkara.





dalam bas aku hanya tidor kepenatan tanpa mempedulikan sesiapa. kami tiba di pekarangan unisel jam 7.00 petang dan semua berpisah kembali kerumah masing masing.
































p/s:gambar bukanlah setusi ketika artikal... sebb banyak sangat aku upload so aku letak jer semua tapi semua mengikut timeline yang tepat kecuali gambar pertama iaitu makan meggi kepunyaan tuan badlishah.
p/s: seribu penghargaan di beri kepada peserta dari s.a kerana memberi kerjasama yang di luar dunia.
p/s: selain dari mendaki kami sebenarnya mencari pelapis umags tahniah kepada pelapis kerana telah dipilih dan semoga korang menjalankan tugas dengan amanah.

p/s: i love you but how do i know u love me too?? is this feeling deceiving me??? demn i hate this feeling of not knowing...


Created by: RyZs

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails