Sunday, November 27, 2011

Last Event for umags shah alam from biotech students

Picasa Content


Salam…

macam biasa mosrly blog aku adalah berkenaan dengan pelbagai cerita pada tahun tahun dahulu… aku rasa ini adalah cara aku untuk menyimpan memori kisah kisah lama so itulah reason kenapa aku letak banyak gambar dan blog aku yg sangat berat tuk di loading… hahahaha sori guys…




tarikh : 24-27 may 2010
lokasi : pulau sibu johor
peserta : 40 org
nama program : program rahsia pulau sibu

ini merupakan program terakhir yg di buat oleh pelajar biotek sebelum kami semua berpindah ke kampus utama di batang berjuntai (kalau korang tgok post aku sebelum ini adalah nyata aku pelajar bioteknologi unisel)

secara kasarnya unisel di bahagi 2 iaitu unisel berjuntai bistari (a.k.a batang berjuntai) dan sek 7 shah alam (belakang u.i.t.m) dan pengerak kelab di shah alam biasanya pelajar biotek (sekarang mostly pelajar art atau masscom). program pulau sibu ini merupakan program terakhir bagi kami ahli kelab umags s.a yg mostly terdiri dari pelajar biotek.




pada asalnya program ini adalah bertujuan untuk melatih para ahli kelab baru untuk meneruskan kelab umags untuk membuat pelbagai program untuk pelajar unisel dengan tujuan pendedahan kokurikulum, pelajran bedasarkan pengtahuan dan buku semata mata, namun setelah kami berpindah ini semua tinggal mimpi semata mata…




ramai bertanya apa perbezaan antara umags s.a dan umags b.j sudah tentu banyak, pertama oleh kerana kami hanyalah kampus kecil maka kebanyakan program kami terhad pada 1 bas sahaja, dan kerana kami bilangan yg kecil maka cara perlaksanaan juga berbeza, bagi kami di s.a kami utamakan kualiti, dan jika membuat program gunung maka mostly adalah gunung level tinggi… cari kami manage adalah lebih kecil dan saling topup ini menyebabkan satu ajk mempunyai 3-6 kerja, malahan hirarki kami juga hanya terdiri dari 9 ajk sahaja.




mostly ajk kelab adalah dari peilihan bedasarkan seniority berapa banyak program yg telah di ikuti dan tahap penglibatan di program, manakala ajk program adalah di lantik bedasarkan ke bolehupayaan dan minat. so mmg aga kronism, tp jika kami membuat voting ini menyebabkan hanya mereka yg mempunyai populariti dan rupa shaja yg di pilih dan kebanyakan mereka tak leh mengerakan kelab atau program (ini serius betul sebb banyak kelab telah terkubur di sebbkan oleh voting sahaja)




so untuk pulau sibu ini kami telah melantik cik arina bedasarkan pada tahap penglibatan beliau pada pelbagai program sebelum ini, pada mulanya arina mmg tolak, tp setelah di pujuk (paksa) dan beliau merelakan diri untuk menjawat sebagai pengarah program. sebagai pengarah program beliau mempunyai hak untuk memilih ajk beliau sendiri, tp setelah mendapat konsultansi dari ajk kelab yg menjadi koordinator program. malahan arina juga berhak untuk mengarah ajk kelab sebagai part of the workers.




so arina telah memilih lokasi program adalah pulau sibu bersempena kami baru sahaja membuat program gunung titiwangsa v1. pulau ini teletak di johor. kebanyakan perancangan yg di buat oleh arina kami tidak terlalu terlibat dan ini sangat menyeronokan kami sebagai ajk kelab. maklumlah selama ini hanya kami sahaja yg bersusah payah membuat program untuk kelab sehingga di lebelkan kelab paling aktif di shah alam. namun bagitu terdapat beberapa ajk kelab yg terlibat menjadi ajk program iaitu thaqifah syaza. kebanyakan mereka di pilih arina mmg mempunyai pengalaman dalam kerja yg dilakukan,…




seperti biasa kami membuka booth untuk pemilihan peserta dan kami memberi kuota pada umags b.j untuk sertai. kali ini kami menumpukan untuk menarik seramai mungkin pelajar art dan masscom. dengan keindahan pulau sibu dan cari kami handle peserta yg unik ini membuahkan hasil…




kami bertolak pada malam 24 dan paginya kami tiba di sana. kali ini mmg banyak muka bari yg serta, dengan tema santai maka semuanya berjalan lancar. oleh kerana kami hanya terlibat sekadar pemerhati maka kami tidak tahu secara detail tentang xtvt, so aku layan je…. di suruh ke kanan makan ke kanan di suruh ke kiri maka ke kiri tapi dalam layan tu kami masih memberi sedikit tentangan sebagai satu cara mendidik ajk program. program ini open entry so ada beberapa org yg bukan dari unisel maka its a good time to make connection…




malahan thaqifah menjemput akak nya sekali untuk join… untuk program pulau selalunya kami akan tidur di khemah dan memasak secara kumpulan… sewaktu sampai sahaja pemilik tanah di pulau sibu telah menjemput kami dan menyediakan minuman ringan. pakcik n makcik tu mmg sangat baik…





oleh kerana ini program santai maka peserta lebih tenang dan rilek para peserta juga datang dengan pelbagai tujuan berbeza, seperti ada certain budak photog datang intuk membuat assigment, ada datang kerana nak rilek dan bersantai, ada yg nak mengelamun, aku pulak datang dengan tujuan merehatkan minda sambil menikmati keindahan alam semulajadi yg di beri oleh allah, walau pun pulau sibu ni dalam 1 jam je dari rumah aku, tapi aku tak pernah ke sini, so aku akan ambil peluang degan penuhnya, kalau sebelum ni aku cukup risau dengan keadaan peserta seperti makanan, keselamatan, penginapan, namun terima kasih pada arina dan ajk aku dapat rilek program kali ini.




program pun simple, hari pertama pasak bumi (pasang khemah) kemudian melawat kawasan keliling pulau, maka habis hari pertama…. hahahah senng je (sebenarnya susah jugak dorang nak handle… hahhaha)




malahan en tuan badlishah bawak anaknya untuk program kali ni… hahahaha sangat santai. kami ke pulau dengan bot nelayan so mostly for us this was a nice experience… tengah laju laju tu ada ikan melompat keluar dari air nasib bek tak naik atas bot, mengharap jugak nak tgok ikan lumba lumba tapi takda tuah… mengikut kata malim (driver bot) kawasan pulau sibu adalah kawasan lindungan so banyak ikan dan pelbagai hidupan laut lain..




kawasan pulau sibu (kami ke pulau sibu besar kerana lebih murah sibu kecik mahal kerana hanya ada resort je) sangat lawa… kalau di beri masa aku akan ke sini lagi… tanah dia berpasir kemudian ada rumput serta pokok kelapa yg melambai… mmg picture perfect… waktu kami berjalan pusing pulau mmg rasa macam duduk dalam gambar… aku sangka gambar lukisan di mana ada pantai beserta pkok kelapa dan rumput tu hanya di lukisan tp ternyata mmg salah….




petang hari pertama tu kami pergi berkayak (gambar tak ikut time line yer) mmg murah… sangat worth it namun kami berkayak mengikut giliran ada yg berkayak jauh sehingga kepenatan nak balik. lepas tu apa lagi main air laut… hahaha tp tu untuk dorang, aku dalam diam pergi ke jeti dan seperti biasa menikmati suasana dengan local… mmg seronok kalau kita share suasana tu, tp bg aku ada ketikanya aku nak nikmati kesunyian kerana itu spice of life…. ada seronok ada duka, ada ramai ada sorang… ahhaha petang tu aku cuma lepak tepi pantai, berbual dengan penduduk, minum teh dah tu jer… diam diam dah jam 7 tak sedar rupanya ramai antara mereka sedang bergambar di kawasan tepi jeti…. ahhaha





malam pertama kami masak by kumpulan so aku dah decide nanti tiba kumpulan aku aku nak masak tapi nampaknya pelbagai tentangan, sehinggalah aku berjaya jugak pada malam hari kedua tapi di selia rapat oleh tuan badlishah ni semua sebb aku masak secara tak senonoh kta mereka (on my defense aku rasa okey jer aku masak dan masa kat pulau sibu ni korang tak sakit perut kan dan sebenarnya banyak kali jugak aku kacau org memasak ahhahah)




esoknya hari ke dua program utama adalah sukaneka, sukaneka tu pagi kalau tak silap, dan petang tu takda program bag peluang tuk rilek dan malam nya ada program berkenalan, ni adalah 1st time aku bekenalan dengan naza, nadzirah, dan mereka mereka dari b.j, selama ini aku asyik dengar tentang kecantikan meraka dari atan ciko dan mus sahaja (sejak atan, ciko, mus pergi ke gunung jerai di kedah mereka sungguh belagak sebb dapat bekenalan dengan mereka menyebabkan aku pun nak tau jugak lah kan…)


(gambar semua kegelapan)


di sini jugak aku dapat lepak dengan sudar, muwin, fariza, aril, enol dan lain lain (alamak lupa…..) selama ni sekadar dengar cerita je… malahan ada khiflani yg datang untuk saport adiknya thaqifah…




hari ketiga kami snorkeling di sibu kecil herm.. oleh kerana aku bukan jenis org yg suka sangat dengan lautan so aku pergi kejap je… ok lah.. still ada coral… hahaha sesudah itu kami kembali semula ke sibu besar… malam tu ada bbq… dan ini merupakan malam terakhir di sibu….




selesai sahaja aku di beritahu oleh ajk program nak wat prank kepada enol sempena bday dia so atas desakan aku pun wat (aku kalau wat prank mmg tak belas kasihan dan kejam sikit) so terlaksana la prank itu… mmg agak kejam si enol di ikut, di lumur taik lembu di tinggal di kubur sebelah campsite ( lupa nak mention sebelah campsite tu ada kubur) selepas tu tah macam ner si enol tu telepas time tu aku dah takda kat campsite aku keluar ke jeti jap sebb tgh malas nak join bermula lah cerita kejar mengejar,,, lepas tu si enol plak komplot dengan kami nak prank si mus plak sebb tu pun bday dia… so sekali lagi kerja mengikat di jalan kan… tapi si mus ni jenis submissive sikit after beberapa ketika kami lepaskan.. hahahha




time bbq tu teringat aku si sundar cakap aku dengan dia dah sama gelap… rupanya kulit aku dah extra crisspy sebb lama sangat main panas petang tu…. hahahah tu ayat yg mmg aku tak leh lupa… ahhha ni 1st time aku jumpa warga india yg happening macam dia… (semua sebb rokok, sebab kami kehabisan rokok so terpaksa mengepow sesama sendiri)








kat pulau sibu juga aku banyak belajar tentang camera…. kat sini byk ajar aku tentang speedlite… mmg seronok tgok org wat creative litespeed






so nikmati lah pelbagai gambar sebab aku dah lupa apa lg berlaku.. hahahha so aku letak je al gambar sebb picture kan thousand word… hahaha




(waktu ni aku kurus siot sebb kene train tuk trans titiwangsa berat 76kg sekarang dah 103 kene train balik la nampaknya)






oh ye lupa nak mention nabila time ni tengah praktikal kat pahang dan banyak biantang ada di sibu besar ni ada kuda, rusa dan lembu… lembu paling jinak adalah bedak…. ahahaha…

kalau sesapa nak ke sini sun block, topi, cermin mata, kamera sangat penting. sekian peace out Y(*-*)y…

p/s: terima kasih pada arina dan para ajk sebb menjayakan porgam ini dengan jayanya
p/ss: serius aku sekadar rancang prank tu enol dorang yg lain wat kerja aku rancang jer… ehhehe
p/sss: sangat berbaloi pergi ke sibu besar dari sibu kecik…
p/ssss: dalam banyak banyak gambar ni ada satu gambar yg aku tunggu tuk dapat tapi tak dapat lagi…. agaknya bila la gambar tu aku leh dapat…
p/sssss: sori typo error yer…. aku insan biasa yg sekarang tengah kelaparan… ahhaha
p/sssss: gambar mostly dari fb dan personal colection dari cemaraman yg lain (aku takda kamera)

Created By : RyZs

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails