Friday, July 25, 2008

Kemas Beg Anda (Hiking Bag)

Anda ada masalah hendak kemas beg anda??
sekarang tidak lagi dengan beberapa tips ini!!

Sebenarnya cara nak kemas beg adalah bergantung kepada barang yang di bawa dan tempat yang di lawati... namun tetap ada beberapa tips utama.....



  • Barang yang ringan mestilah berada di bawah
  • Barang yang berat diatas kerana ia lebih rapat dengan badan anda
  • Tapi jika anda pergi ke tempat yang sukar dan "offtrail" letakkan barang yang berat sedikit di bahangaian bawah untuk graviti anda.
  • Pastikan ada baju kering, topi, baju hujan di poket luar untuk memudahkan anda ambil jika keadaan hujan
  • Letakkan khemah di luar atau di ikat di tepi bag. ini kerana jika keadaan hujan ia akan memudahkan anda berbanding jika berada di dalam beg. ini juga untuk mengelakan khemah yang basah tidak membasahkan pakaian kering yang lain.




  • Simpan bahan api jauh dari makanan dan menghala keatas untuk mengelakan dari sebarang tumpahan dan keracunan makanan. ramai pendaki simpan botol minuman di luar bag. jika terdapat benda tajam pastikan ia tidak merosakkan bag anda.
  • Barang barang peribadi letakkan di mana mana sahaja di dalam bag asalkan muat (nampak macam tak teratur tapi ini untuk mengelakan daripada anda membawa bag kecil lain semata mata untuk barangan peribadi)
  • Ruangan luar adalah untuk barangan yang senang di keluarkan seperti baju hujan, "pack raincover", penapis air, air, makanan, snek, penghalang nyamuk, "sunscreen", kamera, ubat ubatan, First Aid Kit.
  • Hamparan boleh diikat di tepi bag.
  • Letakkan bag tidur di ruangan yang disediakan. (kebanyakan hiking bag sekarang mempunyai ruagan istimewa untuk beg tidur)
  • Pakaian boleh di gulungkan untuk menjimatkan ruang
  • pakaian juga boleh di gulung bersama sama contohnya 2 baju digukung sekali. ini lebih menjimatkan ruang berbanding 2 gulungan berbeza.

Harap tips ini berguna bagi anda yang selalu keluar dan meminati sukan pendakian ini.

Jika anda ada sebarang tambahan atau komen atau pertanyaan boleh lah hantarkan kepada ryzs84@gmail.com

Created by RyZs

1 comment:

Anonymous said...

hai!
besh ar blog awk..
sy enjoy lagu2 kat cni..btw..
sy nak cr beg hiking y sesuai..
any suggestion?