Friday, May 21, 2010

gunung stong 011009


Salam...

Seperti biasa aku meinta maaf akan lambatnye entry aku ini... dan seperti abiasa juga kau nak mohon maaf atas kesalahan gramar yg akan aku lakukan...
dan seperti biasa lagi lah aku kan bercerita mengenai perjalanan kai ke gunung stong yg seperti biasa pada tahun lepas

XTVT: pendakian gunung stong dan ayam (ayam tak jadi masa tak cukup)
tarikh 1/10/09
peserta: 80 org Umags B.J (termasuk 8 orang dari shah alam)
lokasi : Dabong, kelantan


bermulanya kisah kai yg dapat invitaion dari pihak umags b.j untuk menyertai program mereka ke gunung stong.... oleh kerana ramai dari kami ada perancangan lain maka hanya 8 org sahaja dari shah alam,


kami terdiri dari aku, syam, atan, mus, thaqi, tasha, nabila, farah... perjalan bertolak malam... kai dari shah alam datang menaiki kereta si farah... pergh mcm sardin dalam tu... bayangkan muatkan 8 orang dalam naza citra.... hahaha naseb bek aku meandu....



selepas tiba di kampus bestari jaya kami terus daftar dan menaiki bas setelah di bahagi kumpulan... perjalanan ke dabong mmg lama... dalam linkungan 7-8 jam.... setibanya di dabong maka kami berehat dan sarapan...


tujuan lain kami ke sini adalah untuk megajar mus bagaimana cara umags mebuat program berikutan beliau akan menjadi ajk untuk program seterusnya... sesampai di sana kami di bawa ke gua ikan... banyak formasi formasi batu yg di temui... contoh nya kristal dan paling cantik adalah congkak... ada satu part memasuki gua yg hanya sebesar separuh tayar motorsikal...


memula aku tak yakin boleh masuk tp diorang kata adibah nor pun lepas... so aku terus jer ler masuk.. alhamdulilah lepas.... mmg menakjubkan.. maklumlah dah lama tak masuk gua.... asyik panjat gunung jer...


selesai menerokai gua kami di bawa ke kaki gunung, mcm biasa lah... warm up, bahagi kumpulan dan sebagainya... ahhahah...





guider kali ini adalah abang lan... dia pernah bwk umags daki gunung tebu... mmg seronok dengan abg lan ni.. bnyak ilu dia tahu... gng stong tu dah mcm blakang tgn dia....



semasa pendakian abg lan kata 2 jam jer.... tp pergh boleh tahan juga la adalah dalam 3 jam jua... lg pun sebb 80 org so makin lama...



tempat khemah kai adalh di kem bahar... di situ mmg bst.. waktu aku sampai keadaan adalah hujan... herm... mmg cantik... kalsik abes... sayang takder org amek gambar rumah kat situ..



sesampai jer.. tempat tujuan pertama adalah air terjun jelawang... mmg sejuk.... tp layan jer ler...
malam tu aktiviti tak banyak... mgkn kerana ramai sangat ahli so ajk agak sukar nak handle...



esok paginya akan naik ke puncak stong dan ayam.. tp kalau kondisi tak memuaskan maka hanya akan naik stong jer.....



mcm biasa ler... warm up... waktu pagi de jelawang atau kem bahar ni sangat best... pergh... dengan titisan embun... mmg terbaik...



semasa pendakian abang lan kata kalau gap kita dengan org last terlalu lama mgkan kita kana naik stong jer... dan ternyata jarak kami mmg lama....



perjalanan ke puncak stong mengambil masa dalam 6-7 jam (untuk 80 org) dan dalam perjalanan itu abang lan bercerita tentang sejarah stong.. so saper yg kat depan tu mmg beruntung lah... dpt tgok tapak gajah dan pelbagai lg ilmu hutan...



dalam perjalanan aku di tingalkan ke group cargo... bukan kerana aku labat tp aku mengah jer... ahhaha... kira kira dalam kurang lg 15 min nak ke puncak aku berehat kerana tunggu group rakan ku di belakang... sepanjang aku di group explorer aku bersama bob.. pergh dier mmg laju...
setelah aku ditingalkan... aku lepak ler... sambil minum dan makan coklat.... datang ler ijan.. membawa walkie talkie... terdengar seseorang bekata jgn naik atas.. kami nak turun...



ada org injured..... herm kami pun pelik ler kenapa ada org injured tak bagi kami naik atas pulak... perbualan kami dengan budak tu lama gak...setelah kami tanya dan berbincang dalam 20 min maka kami decide akan naik...



sesampai sahaja di puncak kami pu terus tanya sapa injured?? dan mereka jawab mana ada kami cakap ada budak injured... herm... aku bertambah haira,,.... aku bertanya pada illi.... illi sapa cakap kat walkie talkie?? dier kata walkie talkie dari tadi takder sesapa yg cakap.... hermm... pergh... tak kan aku salah dengar plak.. kalau aku salah dengar takan ramai ramai salah dengar...



cerita gunung stong ini sebenarnya adlah berkaitan dengang seoran komando bernama bahar dan jin bernama bogo(kalau tak silap) ceritanya begini... pakcik bahar ni rajin ke gng stong pada satu hari setelah selesai sembahyang.... pakcik bahar di pertemui dengan bogo, bogo terkejut kerana ada manusia yg tak takut dengan dia... so atas keberanian pakcik bahar maka jin tu berkata mulai tapak ko dan kebawah semuanya adalah milik ko dan aku keatas adalh milik aku... tetapi jika manusia membuat sesuatu yg di larang maka dia akan turun dan kacau manusia itu (kalau taksilap ler ceritanya)



so akan terkenang kembali cerita itu maka aku buat buat tak tahu jer... alas nak layan perasaan... dengan muka selamba aku tukar pakaian baju melayu dan bergambar diatas stong...




kebetulan kini masih musim raya ... so mmg kai dah prepare... hahahha mmg seronok... kemudia kami turun... dalam perjalanan turun .. aku mengikut seorang pakcik ni... tp setahu kau dia kat belakang.... tah macam ana dia kat depan aku.... setelah aku memotong pakcik itu dan belari kehadapan.... aku terjumpa lg sekali dengan pakcik tersebut tengah rehat..... tp waktu tu aku wat wat tak tahu jer ler... mgkn perasaan kau cakap.. setelah turun dan berbual maka ada juga beberapa org terjumpa mcm tu..



oleh kerana hujan maka ada seorang peserta sakit dan memerlukan bantuan... sehingga terpaksa di dukung... ahahhah mcm biasa ler aku sweeper..... tp kali ni aku malas so atan dan fahi kene jaga dia... ahhah dah lah hujan kemudian tak bwk headlamp.. pergh agak mencabar juga ler... kami tiba dalam jam 9...



selesai mandi dan sembahyang kami makan..... dalam jam 12 kami masih tak tido.... kami yg kumpulan dari shah alam ni sudah bersedia dengan tempe dan pelbagai makanan lg... ahhaha
kai mmg bawak dari shah alam... siap sambal kicap lg... pergh taerbaik.. walau masak pakai meshtin.... haha



esok paginya aku ingat nak tgok matahari terbit.. tapi terlewat skit... herm takper ler... tp view ketika itu mmg best walaupun takda matahari.... kabus time tu terbaik.... bagai di lautan.... dimana segala puncak puncak gunung berdekatan umpama pulau... sangat cantik...



lama gak aku kat situ..... selesai mengambil gambar dan pelbagai aksi pelik pelik di buat maka kami di arah pulang kerana nak bersiap pulang....



semasa pulang aku sekali lagi mejadi sweeper.... tp kali ni dengan rela.... herm selesai packing kami gerak... dalam perjalanan pulang budak yg sakit semalam jalan lambat.. dengan beg yg berat.. so untuk memudah kan beliau aku mengangkat begnya... dan pergi dahulu (padahal aku malas nak jalan slow slow)... sesampai di bawah aku suruh atan plak angkat.... ahhaha (time nia tan kat depan ngan nabila.. jalan berdua dua.... sebenarnya semalam pun sama gak.. semasa naik puncak pun sama gak...sekarang tie turun pun sama gak... hehehhe ada pe pe ker??)



sesudah sampai kai berehat sebelum sekali lagi akna naik bas ke b.j... herm di b. kami membuat sorakan dan pulang ke rumah masing masing.... kami sekali lagi bersardin ke shah alam...






namun tahniah ke pada ajk... kerana ini merupakan trip palin gumbira... hahahha aku dah agak dah.. mmg best.... sebb aku kali ni tak jadi ajk... mmg best... dapat bergembira bersama sama dengan rakan rakan....

maklumlah asyik jd ajk jer... mmg bosan... so kepada yg tak pernah jadi ajk tu pergi ler jadi... bru korang tau seronok jadi ahli biasa mcm ner... hahahha

p/s: semasa aku wat entri ni aku nak ke cameron highlan ml nanti.... hahahha
p/ss: terima kasih kepada farah sebb sangup bawak kami semua ke b.j dengan naza citra dia.... (go jojova go)



Created By: RyZs


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails