Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Waktu Untuk Membuang Sampah

Sabtu, 2009 Oktober 24

mencari satay without money....

Salam....

pada 170709 yg lalu aku telah mengikut zul untuk hantar adik dier kembali ke kuala selangor... tetapi ada tambahan di mana beliau telah ajak untuk ke satay hut... maka dengan gumbiranya aku follow...


pada hari itu zul begitu penat kerna drive tanpa henti maka aku jadi pemandu untuk menhantar adik beliau dalam canang canang idea itu atan dan jambu ingn follow sama maka dengan bersenjatakan dslr baru jambu maka kami pon bertolak dari unisel ke kuala selangor..

gambar test 1st time pgg dslr
model 1st aku


model 2nd
gamabr epik yg ditangkap oleh jambu (diberi nama guarding hakim)
perbincangan dengan sham kerna dier tak nak ikut


di gangu oleh lia dan hajar

tipah sedang sibuk menelefon tp sempat pose

dalam perjalanan teserempak dengan mat rempit dan kuarganya

view ketika dalam kereta

aku yg memandu

tiba di satay hut dan tunggu sepupu zul


cara diorang panggang satay

satay yg di tunggu

ada mee bandung tp i have eaten better

zul oder mee sup

atan penat + lapar

terkejut pabila sepupu datang seorangan

jambu yg sedang usha awek orang


kesian atan makan sikit jer satay

adek zul dan zul


sepupu zul yg di tunggu menjelmakan diri sebelah aku

ada ikan keli tapi tiada satay keli...

setelah adik zul di culik oleh sepupu zul kami still tak puas hati kerana dslr masih tak di gunakan sepenuh nya maka kami terus naik bukit melawati... pemandangan di sana mmg best tp kalau ada makanan lg best...

berehat seketika

lama aku tahan pose ni supaya cahaya belakang nampak mcm gerak...

menara api di melawati (menara api tiada api cuma lampu jer yer)
bukti kami dah sampai di melawati jambu dengan gaya action kamen

p/s: penat tp gumbira nanti pergi lg.. tp kali ni zul belanja

p/s: im tired becouse of you but i will endure it... maybe some day u will eccept me... someday...

Created by: RyZs

abg ain kawen

Salam....

dah lama aku tak menulis blog... so ada diantara post semakin luput di memory aku... so kalau salah korang wat awat tak tau jer lah...

pada 13 07 09 yang lepas aku telah di jemput untuk menghadiri majlis perkahwinan abg ain... sebenarnya mereka dah kawen lama cuma majlisnya lambt sikit... sebelum majlis itu kelihatan ain begitu bz dengan persiapan perkahwinan mcm dier plak nak kawen... maka untuk meringankan tugas dier aku pon menolong beliau (dengan upah rm 100) dan duit itu aku belanjakan dengan belanja rakan rakan aku yg menolong aku buat tempat telur itu...


lokasi merupakan dewan beringin di cheras....

aku, atan, sham, dan nik begerak dengan kereta zul jam 9.00 pagi dengan harapan tiba di rumah ain untuk makan jer... nak ke lokasi mmg tak tau ler sebb kami pergi ke umah ain pon seklai sekala jer.....
dari umah aku dapat panggilan bahawa nabilah, aida dan thaqifah ingin begerak sekali... maka kami berjumpa di petronas unisel...

selepas berjumpa kami begerak... melalui faderal kami di beritahu bahawa dan azmi akan pergi sendiri...

tiba tiba sebelum jambatan pulau pinang kami berpecah kerana tersilap arahan si thaqifah tidak dapat menjadi co driver dengan betul... maka kami tunggu di taman belah kiri yg menghala ke damansara dengan harapan akan bertemu kembali... setalah lama tunggu maka atan telefon kembali... di tanya tanya rupanya mereka dah sampai avon.. maka kami meneruskan perjalanan kami denga sendiri dengan harapan akan berjumpa mereka di sana...

setibanya di cheras ada sedikit kekacauan berlaku kerana kami tak tau di mana dewan... maklumlah semua org bukan berasal dari selangor.. dan setelah main pusing pusing kami tiba di dewan beringin jam 2 petang.... kelihatan aida thaqi dan nabilah sudah menunggu kami...

setibanya kami di sana terus amek gambar... pergh ramai gak datang.. kami dengan tak tau malu nya terus berjumpa dengan ain... mintak makanan... nadia dan qistina sudah datang lebih awal kerana mereka tukang bg bunga telur... kelihatan azmi dan dayang sudah datang...


pengantin dan seisi keluarga kelihatan segak dengan pakaian serba emas den tema mereka warna emas.

nad si tukang bg bunga telur (abes semua telur)

makanan yg di hidangkan ada pelbagai sampai kenyang dan tak mampu begerak..

sham dan ain

group dari vcd nik atan dan sham

persiapan tuk makan beradap

pengantin tersimpul malu untuk memotong kek

suap menyuap perkara wajib di majlis perkhawinan

seisi bergambar bersama keluarga perempuan

bekas telur yg di buat aku (tak buat cuma repair jer)

thaqifah syaza dan aku kebetulan pakaian sama warna

hafis dan dieya yg datang selepas majlis hampir tamat

qistina dan azmi (mgkn pasni majlis dorang pulak)

kami yg akan kembali ke shah alam



para wanita yg hadir dan gila glamor


pengantin dan kami yg sempoi...

p/s : the one i love is fading away is there something i do that make you do this... is caring for you is not enough???

p/s: thx ain kerna jemput kami

Created By: RyZs

Jumaat, 2009 September 18

salam aidilfitri

Salam....

Selamat Aidilfitri dan maaf zahir dan batin...
sesunguhnya yang baik itu dari allah dan yang buruk itu dari aku sebagai sampah masyarakat..

p/s sori tak dapat update blog kerana bz ler... mgkn lepas raya aku cuba untuk update..

p/s terima kasih kepada rerakan kerana membantu aku dalam melaksanakan ibadah puasa tahun ini

p/s kepada sesiapa yg mengenali aku handphone aku rosak so korang tak yah ler tepon aku raya ni.. wat membazir keredit masuk dalam voice mail jer...

Created By : RyZs

Rabu, 2009 Julai 22

Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan (Gunung Angsi)


Salam...



Pada 270709 yang laluaku dan beberapa orang yang lain telah mengambil keputusan untuk pergi menyertai pendakian gunung Negeri sembilan iaitu Gunung Angsi...



aku teringin melengkapkan sirkit ini kerana ingin melengkapkan gunung gunung di malaysia dan target aku dalam tahun ini aku mesti melengkapkan 7 gunung. harapan untuk aku menang memang tipis kerana aku tahu bedasarkan perlumbaan yang lepas di gunung datuk memang kompem aku yang terakhir.....



kali ini aku di temani oleh nabilah, atan, dan nadia. oleh kerana sirkit sebelum ini iaitu gunung tampin aku takdapat sertai kerana terpaksa pergi ke langkawi maka aku sangat sangat berharap untuk pergi sirkit kali ini... semuanya bermula dengan mencari pengankutan ke sana, aku deberitahu bahawa gunung angsi ni berdekatan dengan hutan lipur ulu bendul, maka memang takda harapan untuk aku pergi menaiki bas awam.



maka dengan jasa baik nabilah kami meminjam kereta bapa dier untuk pergi menyertai pertandingan ini. nabilah memang sangat suka menyertai sirkit ini, ini adalh kerana dier dapat no 5 ketika di tampin. lagipun entry fee untuk dier cuma rm 5 berbanding kami semua rm 10 untuk kategori terbuka.



pagi sabtu itu kami begerak dari s.a menuju ke ulu bendul kami tiba di pekarangan ulu bendul pada jam 9.00 dan masih boleh untuk daftar. selesai daftar kami membuat sedikit panas badan dan terus bersedia... pertandingan ini terdapat 5 cp. dari tapak mula ke cp 1 kami berlari kerana ingin berada di tempat orang terawal.... oleh kerana aku ni lambat maka aku kompem antara orang yang terakhir..



dari cp1 ke cp2 trek dier hanya jalan hutan bersebelahan dengan sungai. cp2 ke cp3 pon sama. namun selepas cp3 trek mendaki pon bermula.... ketika ini aku dapati ramai yang dah mula give up setiap kali orang turun ramai yang tanya... "lama lagi ke puncak" aku senyum sahaja pengalaman ketika di datuk mengajar aku seribu makna yang pertama takperlu bawa beg, yang kedua bawa 1 botol air 500ml sahaja dah mencukupi.



untuk sampai ke cp 4 memang lama dalam perjalanan itu aku ter jumpa nabilah dan nadia yang mula lambat dari aku, mengikut kiraan aku diorang memang ada harapan untuk mendapat tempat dalam perlumbaan ini... ketika aku berehat nabilah suruh jaga line kerana dier nak pergi melepaskan hajat... selepas dalam 8 min dier keluar dengan muka lega... huh lama jugak dier pergi melepaskan hajat...



kami bertiga terus mendaki dengan perlahan lahan... depan kami ada pasangan uncle dan untie, mereka begitu konsisten dengan pegerakan mereka.. kami mengikut perlahan belakang mereka dalam perjalanan tiba tiba ada trek yang memerlukan kami menaiki mengunakan tali.. ketika itu aku terjuma atan sedang turun "atan baper jam lagi ke cp4?" aku bertanya dier kata dalam 5 min lagi ini membuat aku rasa nak belari pulak selepas seketika kami jumpa cp 4.


selepas cp 4 kami akan tiba di puncak... jalan ke cp 5 tak lah teruk agak mendatar tapi still mencabar.... setelah berjalan tiba tiba nabilah mengerang kesakitan. selepas letak counterpain dier terus begerak semula namun pegerakan dier agak perlahan.. oleh kerana aku tau aku takde harapan untuk menang maka aku berjalan dengan perlahan sambil membiarkan nabilah dan nadia pergi dahulu.. dalam seronok melayan perasaan tiba tiba kedengaran suara nabila mengerang.."Arghhh" (saper yang pernah dengar dier mengerang mungkin dapat bayangkan kot) rupanya kaki dier cramp...



kesakitan ini mungkin di sebabkan ketika dia turun dari gunung bunga buah kot (rujuk post sebelum ini) aku menyuruh nadia berjalan dahulu kerana dalam pikiran aku puncak dah tak jauh... selepas membuat beberapa urutan dan menyapu counterpain dia ok (mcm tak percaya aku pandai urut pulak) tiba tiba dengar suara nadia "hoi dah sampai dah puncak" rupanya puncak dan tempat nabilah sakit hanya dalam 25 tapak sahaja....


kami meneruskan perjalanan untuk sampai kepuncak dan mengambil tanda bukti kami sampai puncak selepas itu jalan turun kami berlari.. kami memotong semua orang yang di hadapan sehingga tiba di cp3 di mana aku mengambil air dan mereka berdua terus berjalan di hadapan.. sempat juga aku berbual dengan beberapa budak sekolah semasa perjalanan pulang itu (tu yang jadi semakin lambat) budak budak sekolah itu tak sampai puncak dan aku memberi kata bahwa bertapa rugi mereka kerana tak sampai puncak...



sesampai sahaja di tapak tamat aku terus mencari nadia dan nabilah... ketika ini aku dapati bahawa nadia mendapat tempat ke 5 dalam perempuan terbuka dan atan tak mendapat nombor manakala nabilah mendapat tempat ke 9 (aku tempat ke 6 perempuan terbuka kalau aku masuk kategori ini) selesai proses pengambilan hadiah kami terus mandi.. ketika ini aku berjumap saiful dia adalah hikers aktif dari unikl kami smepat bertukar tukar pendapat dan no hp...


selesai semua aku meneruskan perjalanan pulang dalam perjalanan pulang semua tidur kepenatan (aku memandu sebb aku volunter) mata kau pun makin berat... jeles siot tgok atan tido sesampai je kat bangi aku rasa mcm nak berhenti tepi untuk tidor tiba tiba atan bangun kansel berhenti tepi... aku gagahi perasaan nagntuk + penat ini sehingga ke shah alam (ikut jalan lama save duit tol) malam itu kami pergi makan di kedai tomyam.....


p/s : terima kasih kepada saiful kerana mengambil gambar kami


p/s : terima kasih kepada nabilah kerana memberi pinjam kereta dan tahniah kepada nadia dan nabilah kerana berjaya mendapat tempat ketika perlumbaan ini

p/s: this feeling is really killing me... want to said it out loud but i dont think i can handle the outcome hate it so much why must it be now??


Created By : RyZs

Isnin, 2009 Julai 20

Jalur Pendakian 10 tahun unisel Gunung Bunga Buah

Salam...





Pada 20-21 june 2009 yang lepas group dari umags s.a telah mendaki gunung Bunga Buah. Pendakian ini adalah sempena menyambut tahun ke 10 unisel di tubuhkan, oleh kerana umags juga telah 10 tahun, tujuan pendakian ini adalah untuk membuat 1000 meter apl secara kumulatif. trip pertama adalah gunung bunga buah yang terletak di genting highland







pendakian ini disertai oleh pelajar unisel seramai 40 orang dan selama 2 hari 1 malam. pendakian ini akan tidur di puncak gunung bunga buah. kali ini umags telah mengambil kumpulan explorer sebagai jurupandu kerana telah selalu berurusan dengan mereka.





publisiti telah begerak secara tertutup 2 minggu sebelum pendakian dan berjaya mencari orang yang berminat untuk pendakian ini. maka seperti yang di janjikan pada 20-21 hb kami begerak, oleh kerana pendakian ini hanyalah 2 hari dan 1 malam maka tidak banyak barang yang perlu di bawa, hanya barang barang yang penting sahaja. pada perancangan asal sebanyak 5 khemah di bawa dan 3 set fly dan ground sheet di bawa.







kesemua peserta di suruh berkumpul di pintu gate sebelah petronas pada jam 6.30 pagi dan di bahagikan barang barang makanan dan peralatan khemah yang lain. satu pujian di beri kepada peserta kerana mereka begitu disiplin menepati masa. tidak pernah trip sebelum ini yang mempunyai peserta begitu disiplin. bas tiba di pekarangan jam 9.00 pagi. dengan doa yang di ketuai oleh rejab kami memulakan langkah untuk ke genting highland.





selesai sahaja membuat pengishtiharan di balai polis gentin highland kami memulakan sesi panaskan badan di pintu masuk hotel seri malaysia. pintu masuk kali ini adalah di hotel sri malaysia. oleh kerana kami tak tahu kepantasan ahli baru maka banyak cp untuk berehat. kami membahagikan group ini kepada 3 group iaitu explorer, cargo, dan sweeper. dan sesiapa yang tertinggal akan di tinggalkan kepada sweeper.





semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan namun terdapat seorang dua yang pertama kali naik dan tidak mempunyai kelengkapan yang sesuai untuk pendakian gunung walaupun telah di beritahu. aku di tugaskan di kumpulan sweeper. seperti yang di rancangkan perjalanan ini mengambil masa selama 4 jam.





1 jam sebelum ke puncak kami tiba di punca air, oleh kerana di puncak tiada punca air maka kami perlu memenuhkan water canister kami disini. kami di bekalkan 5 canister dan setiap canister boleh berisi sebanyak 10 L. agak berat dan penat jika di bawa gunakan tangan. setiap 5 min perjalanan telah menyebabkan peluh yang boleh di lap. maka aku masukan dalam beg. beban di tangan agak kurang tapi masih berat dan perjalanan aku semakin perlahan. ini adalah kerana dalam beg aku terdapat sesuatu yang di luar dugaan aku.




1 jam kemudian kami tba di puncak. walkie talkie yang digunakan tidak dapat di gunakan sepenuhnya kerana ganguan dari pelbagai benda asing termsauklah bangla bangla dan indon indon. agak lawak apabila kami memangil atan dan bangla yang menyahut... hahaha..



selesai sahaja memasang khemah kami terus memasak. beirut kami jadikan sebagai surau sementara. agak lawak apabila salah kiblat kerana 1 kompas telah rosak dan selepas dapat kompas yang betul baru kami tau arah kiblat sebenarnya.





malam itu terdapat 2 aktiviti biasa iaitu ice breaking dan makan beradap. selesai semua program dalam jam 12.00 mlm kami di benarkan tidur dan setiap kumpulan kene sentri selama selang 1 jam. kumpulan aku adalah pada jam 5 pagi, dan aku teruskan sehingga balik. oleh kerana kumpulan aku terdiri dari tuan badlishah maka banyak hasil makanan yang aku dapat. jam 7.00 pagi kami menyediakan sarapan pagi dan makan tembikai yang telah aku bawa, namun ramai yang tak makan kerana takut ter"beri-beri"





selesai sahaja sesi ambil gambar dan bacaan doa, kami meneruskan perjalanan turun ke kaki gunung dalam jam 10.00 pagi. pada ketika ini terdapat beberapa orang yang injured, ini merupakan pengalaman sweeper aku yang paling penat kerana membawa seorang yang tak makan sarapan. semua barang barang, sampah di bawa ke bawah, di samping itu kami juga mengarahakan supaya membersihkan gunung dalam perjalanan turun.




setiap langakah budak itu berjalan dengan perlahan, dan setiap 10 langkah dia akan berhenti, pergh penat nya bukan kepalang dan ada ketika dia colapse. pergh mmg penat setibanya di kaki gunung dalam jam 3 petang, dan kami hampir di marahi oleh driver bas kerana kami berjanji untuk tiba jam 2 petang, namun tiada siapa boleh tetukan setiap benda, dan hanya allah sahaja tau setiap perkara.





dalam bas aku hanya tidor kepenatan tanpa mempedulikan sesiapa. kami tiba di pekarangan unisel jam 7.00 petang dan semua berpisah kembali kerumah masing masing.
































p/s:gambar bukanlah setusi ketika artikal... sebb banyak sangat aku upload so aku letak jer semua tapi semua mengikut timeline yang tepat kecuali gambar pertama iaitu makan meggi kepunyaan tuan badlishah.
p/s: seribu penghargaan di beri kepada peserta dari s.a kerana memberi kerjasama yang di luar dunia.
p/s: selain dari mendaki kami sebenarnya mencari pelapis umags tahniah kepada pelapis kerana telah dipilih dan semoga korang menjalankan tugas dengan amanah.

p/s: i love you but how do i know u love me too?? is this feeling deceiving me??? demn i hate this feeling of not knowing...


Created by: RyZs

Jumaat, 2009 Julai 17

Trip Backpacking to nuang ke 2

Salam....



pada 240609 yang lepas kami telah pergi ke gunung nuang kali ke 2 secara underground.... kali ni aku membawa 2 ahli umags yang tak pernah pergi.. mereka memaksa aku untuk buat trip kali ni kerana mereka tak pernah pergi lagi... tapi trip kali ni banyak dugaan...

ia bermula 2 hari sebelum pergi... pada asalnya ramai lagi nak pergi tetapi ramai yang kansel... akhirnya tinggal ler kami berlima... kami ini terdiri daripada aku, thaqifah, atan, nabilah, shada...pada asalnya ada tambahan lagi 2 orang tetapi kerana dugaan yang tak dapat di elakan maka 2 orang lagi menarik diri...





dugaan bermula pada malam sebelum pergi mungkin kerana dah terlalu biasa maka aku hanya membeli perkara yang penting seperti gas butane dan beberapa makanan dan air dan terus declare barang dah set, pada malam kejadian pekara pertama terjadi iaitu salah seorang dari kami kehilangan barang paling berharga beliau... maka kerana sedih yang teramat sangat maka beliau menarik diri...

seorang lagi menarik diri kerana pada malam sebelum bertolak kerana die pergi menonton perlawanan akhir antara man u lawan barcelona... pada masa ni aku dah putus semangat barang dah siap tetapi ramai tarik diri aku dah start pikir 2 kali apakah ini petanda?? pada malam sebelum pergi aku berkata pada diri aku jika barcelona menang 2-0 aku pergi tanpa pikir panjang..



kebetulan jam 5 pagi sahaja aku terbangun sambil terdengar sorakan dari rakan aku bahawa barcelona menang bukan 1 tapi 2... mmg allah suruh aku pergi kot.. jam 5.30 aku terus tepon bebudak lain nyatakan jadi pergi.. berbekalkan arahan cara backpacking dari salah seorang rakan aku yang aku dapat secara lisan dan secara memori dier, kami meneruskan perjalanan ke stesen pekeliling...

dier kata pergi pekeliling dan akan jumpa bas ke pangsun... so dengan tenang nyer aku memberi arahan pada nabilah mengenai cara nak ke pangsun.. dier berkata naik bas dari sek2 terus ke kl central dan naik monorail terus ke hentian di pekeliling... maka kami terus berjalan ke sek 2, keluar rumah kami bersemangat tiba tiba dalam perjalanan kami di nasihatkan supaya berjalan ke jalan yang tak pernah lalu kerana dia kata tu shortcut, setelah kami menyusuri jalan itu rupanya itu jalan mati... petanda kedua membuat aku lagi gelabah.. kami berpusing kembali, dalam perjalanan ke sek 2 aku tanya setiap seorang...




adakah korang dah bg tau sesapa semasa pergi ke nuang ni?? dan ramai yang menjawab diorang sekadar beritahu cuma nak keluar berjalan jalan sahaja... pergh lagi ler aku rasa beban bahawa mak bapak diorang tak tau.. pergh tiba tiba rasa mcam batu jatuh atas kepala.. (walaupun aku senyum dan mcm tak ambil berat ttg diorang dan aku tau diorang boleh jaga diri tapi still di sebb kan aku yg organise aku rasa sangat bertanggung jawab..) dengan senyuman mesra aku kata mari... setelah membeli tiket bas ke kl central kami teruskan perjalanan seperti di rekemen tuk ke pekeliling..

alhamdullilah kami sampai ke pekeliling jam 8.00 pagi oleh kerana semua belum sarapan maka aku decide makan dulu sebelum cari bas.. ketika makan kat situ aku bertanya pada tauke kedai makan dan tanya bas mana.. rupanya kami di salah tempat, tu bukanler route yang sepatutnya.. kami di nasihatkan untuk ke pudu... straight jer kami terus ke lrt dan turun di plaza rakyat. setibanya di pudu kami terus mencari bas... setelah tanya local citizen aku dapat arahan menyatakan untuk pergi ke stesen klang dan kami terus berjalan kaki ke sana... dalam perjalanan itu pelbagai perkara aku pikir mcm ada yang tak bagi pergi je ke nuang ini..




sesampai jer kat stesen klang kami di nasihatkan naik bas u40 dan turun di batu 8 oleh brader rapid.. kebetulan bas u40 sampai dan kami nak naik tetiba di halang oleh brader rapid lain kerana dia cakap nak ke pangsun bukan bas u40 dier nasihatkan pergi ke blakang cm.. maka kami terus bergegas pergi ke balakng cm..

setibanya belakang cm kami di nasihatkan sekali lagi tuk pergi ke tepi kota raya.. dengan pantas kami terus pergi dengan hati bengang dah sampai je kotaraya kami di nasihat tuk pergi plak kat mydin kerana kompem bas ada kat situ... maka kami pun pergi... sesampai je kat tepi mydin kami bertanya dengan bersungguh sungguh adakah ini tempatnya dan ya betul.. terasa bagai dunia aku yang punya... ahhaha akhirnya.. jam menunjukan jam 11.00 masih sempat...




oleh kerana penat maka kami pon pergi mencari air dan bhn bhn yang tak lengkap di mydin sementara tunggu bas begerak. tunggu punya tunggu bas begerak jam 1.00 petang pergh hangin satu badan lama sungguh nak tgu bas... rasa mcm nak bakar bas tu jer.. takper ler yg penting gerak... setiba di di pekan batu 16 brader bas tu kejutkan kami dan dier kata naik bas rapid tuk masuk ke lembah pangsun.. turun jer kami terjumpa bas yang dinyatakan tapi kerana belum beli belerang maka kami pun lengahkan dulu....


selesai membeli belerang kami menungu bas lagi.. kali ni 1 jam lagi.. pergh... allah jer tahu bertapa bengang nyer aku tapi oleh kerana cuba menjaga hati rakan rakan aku berlagak tenang... kami tiba di last stop nuang pada jam 2.00 petang.. cuaca kelihatan bagai tak bagi kami naik namun kami nekad juga naik... dalam hati pergh banyak dugaan bila dipikir pikir ni malam jumaat pergh meremang bulu roma sekejap...



kami tiba di kaki nuang dalam jam 2.43 petang kerana terpaksa berjalan kaki ke sana, tiba di sana ranjer plak takder.. pergh lagi ler hangin, ranjer sampai dan setelkan semua dokuman dalam jam 4.00 petang kami terus naik untuk ke kem lolo.. dalam perjalanan itu, semasa singah di shelter terperasan nama kami akibat kerja vandalisme... hahaha





jam meunjukan jam 5.30 dan cuaca makin gelap hujan mulai turun dan kami baru nak masuk jalan hutan.. herm takut jugak waktu ni.. kerana tiada seorang pun yang naik gunung pada minggu ni kerana nuang hanya ramai ketika hujung minggu je.. pergh takper kami tiba di lolo jam 6.15 nasib baik aku dan rakan rakan aku semua mempunyai pengalaman setiba jer di sana hujan dah tak kelihatan dan nabilah terus pasang khemah, shada cari kayu api, thaqifah terus pasang fly, aku dan atan terus pasang pagar kerana nasib kami yang malang ini di harap tidak berlanjutan, selesai sembahyang terus pagar di 4 pokok penjuru..


cerita ketika kami pergi nuang lama masih segar di ingatan (rujuk post kami sebelum ini) namun dengan semangat yang cekal kami buat buat keras.. aku terharu kerana kali ni hajah nabilah memasak. (boleh tahan gak pompuan ni masak..) (code name kami bila masuk hutan pompuan hajah dan lelaki haji) malam tu kami mengenang kan nasib kami.. aku decide bahawa aku dan atan serta thaqi akan sentri sampai jam 3 pagi dan shada dan nabila akan sentri pada 3 pagi sehingga 6 pagi.. jam pukul 2 pagi jer aku terus flat tak tahan penat kot.. mungkin barang dalam beg aku berat kot....



tau tau jer jam 8.00 pagi, kami bersedia tuk naik ke puncak.. tapi nabilah dan shada tak nak naik sebb dah pernah naik ke puncak... maka kami bertiga terus bersedia berbekalkan maknan yang di masak oleh mereka kami naik... setelah naik separuh jalan (dalam 25 min sebelum ke kem pacat) aku pancit.. terus tak mampu nak naik.. aku bagi arahan kat atan supaya mereka berdua sahaja meneruskan perjalanan pada masa ini aku agak tak tenteram kerana memikirkan ada 2 org perempuan sahaja kat lolo kalau aper aper terjadi pergh bedarah aku nak jawab.. tapi pada masa sama atan dan thaqi tak pernah naik ke puncak..


tapi atas alasan aku percaya dengan skill atan sebagai trekker maka aku dengan berat hati melepaskan mereka pergi berdua sahaja, dalam perjalanan turun kasut aku putus... maka aku belari ke lolo dengan berkaki ayam... sesampai sahaja mereka berdua sedang tido alhamdullilah semua masih selamat.. dalam peridiction aku mereka akan tiba puncak jam 11.00 dan sampai semula ke lolo jam 1.00 petang... semetara tunggu aku mandi dalam keadaan tak tenteram.. setiap masa memikirkan keadaan mereka berdua...


jam menunjukan jam 1.30 dah 30 min lewat hati makin tak tenang.. aku bagi lagi 20 min jika diorang tak turun aku akan naik keatas... risau siot.. sementara tu kalau aku tak turun dalam lingkungan jam 4.00 petang aku suruh mereka turun kebawah panggil renjer.... tepat jam 1.40 nampak kelibat atan.. pergh leganya ...



gila-gila, selepas semua mandi manda kami berkemas dan tanya atan apasal lewat?? rupanya diorang tidor kat puncak.. pastu hp plak tak bwk... takper ler yg penting semua selamat.. jam 4.00 petang jer kami terus turun kami tiba di pintu masuk nuang jam 6.00 dan kelihatan ada group sedang bersiap untuk naik ke lolo... kami terus ke stesen bas.. jam 7.00 kami tiba...


kami di beritahu bahawa naiki bas itu sehingga ke batu 8 dan terus naik bas u 40 ke stesen klang.. pergh senang rupanya.. sampai di stesen klang kami terus naik bas u80 ke sek 2 shah alam... alah senang jer nak ke nuang sebenarnya.. rm 3 jer di perlukan... adoi... kami berpisah apabila kami pulang kerumah kami memasing.. kami disampbut oleh syam, nad dan kawan kawan yang lain mereka tertawakan aku kerana perjalanan yang pelik demn...




yang penting semua hajah dan haji selamat tiba dengan selamat dan esok ada program mencari harta karun di sek 30 shah alam...


p/s: aku nak mintak maaf kepada semua yang mengikuti ekpidisi ini kerana aku lambat betulkan niat.. malam tu baru nak betulkan niat sorry guys... dan tahniah pada atan kerana kepercayaan aku pada dia tak di sia siakan...


p/s: sori juga pada nabilah kerana aku salahkan dier jer pasal hal bas.. jangan ambil hati yer nabilah aku sekadar begurau jer.. mgkn agak kasar kot... dan juga pasal meggi sori yer aku habiskan semua bekalan meggi sorry bebanyak...


p/s: cerita ni tribute kepada thaqifah...


p/s: my love is blosoming the way i like it but
it turn a way to another beatle.. demn those beatle


Created By : RyZs

Isnin, 2009 Julai 13

Ex-dip biotek ke langkawi


Salam.....









Pada 140509 - 180509 (sori post kali ni panjang sikit....) kumpulan ex diploma biotek unisel telah membuat reunion buat kali ke-2, walaupun namanya reunion tetapi hanya sebilangan kecil dari sepatutnya hadirkan diri, mungkin faktor utama adalah kerana masa dan masalah kewangan.








namun begitu ia dijalankan dengan berjaya oleh cik ida dan cik ap...trip kali ni akan di buat di pualu langkawi. trip ini mengambil masa selama 3 hari dan 2 malam. namun dengan mengambil kira perjalanan pergi dan kembali ia mengambil masa dalam 5 hari 4 malam. perjalanan kali ini merupakan backpacking style kerana kami mengunakan pengangkutan awam sepenuhnya.








perjalanan aku bermula dari stesen komuter padang jawa, di mana kami berjanji akan naik train sama sama jam 4.00 petang namunsemua sekali tiba dalam jam 5.30 petang. dari situ kami pergi ke kl sentral dan tiba dalam jam 7.00 petang sementara menungu rakan rakan yang lain tiba kami sempat makan di food court di atas.... di sini merupakan first time aku minum kopi susu kambing.. layan siot..








dalam jam 8.00 mlm semua peserta sudah berkumpul di kfc dan kami di jadualkan menaiki keretapi jam 8.30 mlm walaupun ada sedikit kekecohan berlaku namun ia diatasi... ini merupakan pertama kali aku naiki keretapi.. pada mulanya agak excited kerna pengalaman baru tetapi setelah 2 jam kami dah start bosan... ida dan ap membekalkan kami sedikit makanan berupa macaroni beef bolognise dan kuih serta air mineral...








pada masa ini pelbagai cerita di keluarkan namun bosan tetap bosan... perjalanan mengambil masa dalam 8-9 jam dan kami di jangka sampai dalam jam 8.00 pagi di arau. dalam perjalanan ini ramai yang tidor kerana dah tiada aper lagi nak di buat.. setibanya di stesen bukit mertajam peserta bertambah lagi seorang apabila ee datang menampilkan muka, tetapi malng tidak berbau kerna train rosak, kami terperangkap dari jam 6.00 pagi hingga jam 8.00 pagi di stesen bukit mertajam, pekerja ktm menyatakan bahawa kabel terbakar...








jam menunjukan 8.25 dan kami mula begerak kembali, selepas pelbagai setesen akhirnya tiba di stesen arau... pergh nikamat kebebasan... sekarang timbul pula masaalah kedua, kami di nyatakan dari arau ke kuala perlis jika meniki teksi adalah sebanyak rm 24 satu kereta ini agak over budget, so kami tanya local citizen bagaimana hendak menaiki bas, selepas berjalan seketika kami terjumpa stesen bas dan dalam jam 11.15 kami meniki bas ke stesen bas kanga dengan tiket berharga RM2.50 seorang.








selepas 15 min di stesen bas kangar kami meniki bas ke kuala perlis dengan harga rm 2 seorang, setibanya di kuala perlis kami di jadualkan meniki feri jam 12.30 tgh dan tiba di jeti langkawi dalam jam 2.43 petang. di situ kami menunggu guider untuk membawa kami ke tempat beradu dan makan tengahari..









selesai sahaja makan tengahari kami terus kilang gamat sebelum ke delta resort, delta resort terletak di sebelah underwater world, ia berada di tepian pantai dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di situ. selesai sahaja letak barang kami terus ke pantai untuk menangkan diri dengan bermain pasir, dan mandi manda.








malam hari pula kami di beritahu akan makan di salah satu kedai makan local di samping bersiar siar di kawasan setempat. ramai dari kami nak membeli belah tapi keadaan tak mengizinkan. selesai sahaja beronda kami pualng ke resort untuk bersedia program esok,








keesokan hari kami di jadual untuk pergi bersiar siar di pulau langkawi seperti meniki cabel car, mangrove tour dan pelbagai aktiviti lain seperti melawat muzium tun dr mahathir. petangnya kami sempat bermain volleyball bersama pekerja dari underwater world, walaupun kami tak menang tapi diorang mmg sporting, pandai ambil hati kami dengan mengimbangkan keadaan, kemudian pada malam hari kami membuat bbq secara gotong royong, diantara menu utama merupakan ikan kembung, ikan pari (the best) satay, sotong (best), udang, dan tenggiri, sementara menungu ikan dibakar, aktiviti setempat diadakan. selesai makan dan aktiviti kami menyambut burthday awe, pergh teruk member kene, merah muka. ahahhaa








malamnyer kami menikmati bintang sambil mendengar alunan ombak, aku tidor di tepi pantai tapi nyamuk banyak sangat. esok paginyer aku terus masuk ke laut. sedang seronok seronok mandi tiba tiba ada sengatan berbisa berupa racun obor obor masuk di tangan aku... pergh rasa nak mengamuk jer... semalam ketika kami bermain volleyball wan iswara terkene obor obor pastu aku gelakan, sekarang padan muka aku... ahhaha








aku jumpa wan minta ubat sikit dari sayu sayu pagi itu kedengaran awe ketawa kerana sumpahan aku kenekan dier malam tadi menjadi (d**n awe) selesai sahaja sarapan kami terus bersiap siap untuk shopping di pekan... pergh rambang mata nak beli coklat.. wan iswara siap beli beg beroda semata mata beli coklat.. free trade zone ler katakan..









selesai sahaja shopping kami di jadualkan balikke jeti kuala perlis dan naik teksi untuk ke stesen keretapi arau... sekali lagi kami terpaksa menangung bosan selama 8 jam. wan iswara pulang sendiri semasa di jeti kuala perlis kerana keluarga dia ada di sana, aqmar berpisah di salah satu stesen selepas alor star, ee di bukit mertajam, dan nadia dodot di tanjung malim, kami tiba di kl sentral pada jam 5.43 pagi dan menungu jam 6.00 pagi untuk menaiki bas ke shah alam.








dalam perjalanan pulang menaiki bas itu ada lagi satu kemalangan dimana tayar bas pula pancit, pergh kami berjalan dari bulatan kayangan sehingga seksyen 11, kesian tgok hani sebb terpaksa mengheret beg beroda.. hahaha selepas beberapa seketika kami terjumpa bas yang menghantar kami ke sek 2. di sek 2 kami sarapan dan berpisah ke rumah masing masing.







Ini merupakan sedikit gambar untuk di jadikan tatapan :
































































































p/s terima kasih kepada ee, wan iswara, nadia dodot kerana sudi ikut kami walaupun dah bekerja.

p/s : ini merupana post yang mempunyai gambar terbanyak aku buat setakat ini..

p/s aku minta maaf jika ada tersalah kata atau terlebih atau terkurang dalam bebicara... terima kasih kerana menjadi rakan aku.... hanya allah sahaja membalas budi kamu kapada aku..


p/s : the love i searching for is fading and walking away with a nother man what do i do to deserve this?? but i already know the risk...

Created by: RyZs
Related Posts with Thumbnails