Wednesday, September 10, 2008

Cara cara Untuk Memasang Khemah jenis Dome!!

Ok Mungkin anda tahu bagaimana nak pasang khemah tanpa perlu baca Buku panduan yang diberikan!! (hampir semua Lelaki akan cakap begitu). Dan semua khemah sama iaitu ada 2 tiang yang merentasi di tengah.. namun disini saya bagi sedikit tips !!


  1. Keluarkan khemah dan kain tapak (ground cloth), sebenarnya kebanyakan khemah tidak disertakan kain tapak dan anda hendaklah membelinya secara berasingan!! Kain tapak adalah bertujuan untuk pastikan khemah anda kering pada dasarnya!! Tetapi kain ini mahal jadi untuk mengantikan kain ini apa kata anda guna plastik sampah sahaja….

  2. Buka kain tapak, dan buka sepenuhnya khemah anda itu. Keluarkan tiang dan pacang pacang serta tali tali dan letakkan di tempat berbeza.

  3. Memasang tiang pada khemah merupakan di antara perkara yang terpenting dan paling menyeronokan dalam proses memasang khemah ini. Hampir semua khemah jenis dome mempunyai tiang yang bersambung dengan getah. Dan jika anda baling tiang ini dengan anda pegang pada hujung tiang itu, ia akan bersambung secara automatik…

  4. Seterusnya masukkan tiang yang tersedia itu ke lubang luar khemah bermula dari satu sisi ke sisi bertentangan. Pastikan tiang itu tidak terputus di tengah-tengah.

  5. Setalah tiang itu kelihatan seperti huruf x, sekarang anda akan mendirikan khemah tersebut. Tempatkan hujung tiang itu di lubang sisi khemah. Dan pastikan rakan anda juga buat benda yang sama pada sisi yang bertentangan. Semasa anda hendak memasukan tiang ini anda hendaklah membengkokkan tiang tersebut kepada bentuk D. ulangi proses ini untuk tiang lagi satu

  6. Seterusnya memasang kain hujan ( kain luar) pemasangan kain ini adalah sama caranya dengan pemasangan khemah tadi.

  7. Baiklah siap khemah dome. Sekarang berbalik kepada kain tapak. Kain tapak hendaklah di letak kan di bawah khemah. Kain tapak itu mestila tidak lebih besar dari khemah anda. Ini kerana jika hujan turun air akan bertakung di kain tapak dan air akan masuk ke khemah anda melalui tapak khemah. (tapak khemah kebanyakannyer adalah di buat dari kain guni dan tidak kalis air.) pastikan kain tapak itu kemas dan tidak terkeluar.

  8. Pada masa sekarang anda mungkin anggap anda sudah siap dan anda mungkin mempunyai barang di dalam beg anda untuk di masukkan di dalam khemah, ini benar jika kawasan yang anda pergi itu tidak mempunyai angin yang kuat. Tetapi jika kawasan yang anda lawati itu mempunyai angin yang kencang sila pastikan anda memasang pacang di sisi khemah anda.

  9. Taburkan belerang atau garam kasar di keliling khemah anda untuk mengelakan dari binatang berbisa masuk ke khemah anda.

  10. Seterusnya letakkan beg khemah dan alatan khemah yang tidak di gunakan seperti pacang yang berlebihan di dalam khemah supaya tidak hilang.

  11. Untuk buka semula khemah caranya sama seperti memasang khemah itu tetapi secara terbalik. Tapi sila pastikan khemah anda kering sebelum gulung dan buka semula khemah itu apabila sampai di rumah untuk pastikan khemah itu berkeadaan baik.


Tips ini disediakan untuk anda yang tak pernah pergi berkhemah. Namun begitu sila pastikan kawasan tapak perkhemahan anda itu bersih untuk mengelakan dari binatang berbisa dan sebagainya. Hargai alam sekitar (sorry pasal Spelling Error)



Created By RyZs

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails