Friday, September 14, 2012

My Konvo….

Salam…

Setiap pelajar institusi pasti akan melalui satu upacara konvokesyen sebagai tanda bahawa mereka sudah tamat mengahbiskan pelajaran mereka, tapi secara terus terang aku kata majlis konvokesyen ni sebenarnya its all about ur parents rather than u, the reason aku cakap macam ni adalah mak bapak akan lebih gembira daripada mereka yang menghadiri, memang dah menjadi impian semua mak bapak nak melihat anak mereka berjalan di pentas untuk mendapatkan segulung kertas yang pada itu cuma tulis tahniah dan di hujung kiri di conteng dengan pen hitam oleh orang yang selalu menghalang anda dalam segi kewangan, segi moral, segi fasiliti, malah aku rasa aku sendiri tak pernah jumpa orang yang tanda tangan skrool konvo aku itu…  and make it worse banyak pembelanjaan di perlukan oleh pelajar untuk pihak institusi menjayakan majlis keraian untuk pelajar, tapi itu mungkin just the way it is. hahahah

IMG_6702 IMG_6708 IMG_6709

Buat masa sekarang aku sudah melalui 3 kali majlis konvo di mana yang pertama kali ketika aku stpm di smk tun habab kota tinggi tahun 2003 (kalau tak silap) di majlis tu terus terang aku mmg tak tau apa apa mengenai majlis bernomo KONVO ini, aku merupakan insan birth n breed dari felda yang agak ke dalam sedikit, felda aku agak peacefull, so agak sukar untuk penduduk menerima sesuatu yg mereka kurang selesa, most dari mereka mengamalkan typical conservative malay way of living, bukan lah aku nak cakap benda tu teruk, bagai aku personaly benda tu bagus, dalam arus perdana yang kiat membangun ini aku rasa nilai nilai typical tu penting untuk meneruskan kebolehlansungan adat dan agama. so back to konvo, tahun 2003 itu merupakan 1st time aku dengar perkataan konvo itu, pada aku itu cuma majlis biasa di mana guru guru kumpulkan pelajar dan mak bapak macam dalam majlis majlis di sekolah yang biasa, so oleh kerana aku tak nak susahkan mak bapak aku, aku berkata tak yah la datang ke majlis tahun 2003 ini, dan ini mendatang parah pada sendiri

IMG_6725 IMG_6756 IMG_6750

bayangkan semua rakan anda mempunyai seseorang berkongsi kegembiraan tapi anda hanya di temani oleh sehelai kertas yang di tanda tangani oleh entah sapa tah, hahaha, so aku cakap dengan mak aku nanti aku dapat degree atau diploma baru aku suh dorang datang, within a few month aku dapat pangilan di sesebuah institusi bergelas universiti industri selangor, like normal, semua parents akan hantar anak mereka keluar untuk belajar di hari pertama itu, terus terang aku kata ini merupak a big step for me, a lot of new thing, experience yang aku hadapi dalam masa aku mengahabiskan subjek subjek untuk mendapatkan segulung kertas ketika konvo itu, walaupunn ketika itu aku cuma berada di shah alam, di sebbkan lokasi felda aku dan shah alam agak jauh so my parents tidak pernah melawat aku walaupun sekali,

DSC06974 DSC06972 DSC06985 

tapi aku paham bukan mereka tak nak tapi it just take to many thing to consider, so my whole life in diploma is all about friendship, hidup aku ketika di diploma hanya penuh tawa dan duka bersama kawan kawan yang senasib dengan aku, dari utara semenanjung hinggalah mereka yang berada di sabah serawak, setelah selesai 3 tahun sebagai pelajar diploma bioteknologi maka tiba aku untuk mengambil sehelai kertas yang menjadi tanda aku dah habis belajar, tapi ketika itu terdapat sedikit perubahan dalam tanguk pemerintahan unisel khasnya dan selangor amnya.

P1040488 P1040500 DSC06959

perubahan itu sangat memberi impak besar pada aku dan rakan rakan diploma aku, hasil dari itu aku tak dapat menghadiri majlis konvo. so impian seorang pelajar diploma ini tertanguh, dalam kecelaruan itu aku masih pergi menyambut majlis konvo rakan rakan aku yang dapat menghadiri, ada sedikit rasa terkilan ketika di situ. masih segar dalam ingatan aku apabila jambu di paksa oleh mak dia untuk straightkan rambut kerana majlis konvo dan asri yang tak nak gosok baju ketika majlis konvo itu, bila di tanya asri ko kenapa tak gosok, di jawabnya dengan selamba “ alah kalau gosok pun memember aku yang lain semua tak konvo nak begamabar pun tak seronok” mmg tak akan aku lupa ayat sedih si asri tu.

P1040341 15102011263 15102011262

 

penyelasaian untuk aku mendapatkan skrol dan majlis konvo itu adalah dengan aku masuk ke unisel semula dan meneruskan pelajaran dalam ijazah bioteknologi dan sains hayat dengan kepijian, agak pelik bila di pikir semula aku belajar tahap ijazah untuk mendapatkan sijil tahap diploma, tapi itu lah yang terjadi pada kami di unisel satu ketika dulu (tak tau sekarang masih berlaku lagi ke tak) sehinggalah pada hujung tahun 2010 di mana aku dapat makluman aku dah boleh grad untuk diploma, walaupun ketika itu aku taengah menghabiskan masa untuk projek akhir tahun, atas kerjasama rakan rakan aku membuat surat dan perkara perkara yang lain akhirnya aku graduasi untuk diploma walaupun pada masa sama rakan rakan aku yang lain semua graduasi untuk ijazah (aku sambung belajar lambat), tapi takper lah yang penting dapat graduasi, itu juga merupakan waktu yang di tunggu untuk parents aku, mereka sangat gembira, dan ini merupkan kali ke dua mereka datang selepas 6 tahun dulu menghantar aku,

Photo-0163 gambar graduasi 2 hari graduasi 2

pada awalnya aku m,mg tak nak nak grad diploma ni tapi di paksa oleh mak bapak aku so aku teruskan juga, tapi ternyata mereka lebih gembira dari aku yg sedang sambut, selepas sahaja aku grad itu aku memaklumkan pada parents aku bahawa datang lagi tahun depan kerana tahun depan aku graduasi untuk ijazah pula, untuk aku yg jenis seorang yg simpleton, ini sahaja yang aku boleh bagi pada keluarga atas segala penat lelah, pengorbanan dari segi kewangan, doa dan sokongan moral yang ducurah pada aku tak kira masa. aku konvo diploma pada 21 hb november 2010 bersamaan konvo unisel kali ke 6 dan aku konvo ijazah pada tahun seterusnya iaitu 15 oktober 2011. aku di antara yang bertuah apabila melangsungkan majlis konvo berturut turut.

75786_469245235039_647850039_5554753_1795579_n P1040420 P1040459

Bagi aku konvo ini hanyalah untuk parents aku sahaja, ini adalah antara perkara aku boleh beri pada mereka, sehelai kertas itu tak dapat menulis apa yang sebenarnya aku dapat sepanjang aku begelar pelajar undergrad. mungkin ia dapat tulis keputusan aku tapi ia tak dapat tulis berpa kali aku ketawa, berapa kali aku sedih, berapa kali aku sakit, berapa jauh aku dah pergi berjalan, berapa ramai rakan rakan aku, berapa ramai pensyarah aku, berpa jam aku tidur. skrol hanya sehelai kertas tapi memori nak dapatkan sehelai kertas itu lebih bermakna. sehingga sekarang aku akan nasihat sesapa yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat universiti untuk tidak mengejar skroll tapi pengalaman ketika mendapatkanya, seorang rakan aku pernah mengigatkan aku bahawa “kejayaan itu hanya bonus, perjalanan itu adalah kejayaan” (lebih kurang gitu lah)

Sekian

P/s: time Konvo Degree aku kecewa bila kurang gambar sebb semua tak bawa kamera dan adik aku lebih banyak amek gambar diri dia dari gambar aku (adeh!!) dan satu satu gambar yang dia amek aku adlah time aku naik moto dalam keadaan basah (Facepalm!!)

Created By : MrRyzs

1 comment:

Unknown said...

yem best tgk korg bergambar, sedihnye aku..aku bergambar mse diploma bersama parents aku.. n degree bersama mak dan abang aku..
gembira tgk mmbe2 lain yg bergambar beramai2. tp mcm ko cakap..kegembiraan mereka yg lebih mengatasi kegembiraan kte. so kte bergembira melihat mereka gembira.

btw. tahniah abg yem!