Thursday, July 24, 2008

tips untuk 3 hari 2 malam backpacking!! ( hiking, outing, vacation)

Kepada anda-anda yang suka keluar Backpacking tapi tak tahu apa perlu bawa, di sini saya ada senaraikan beberapa perkara yang penting namun begitu ini hanyalah dari pengalaman saya sahaja jika ada tambahan atau komen boleh lah hantar kepada Ryzs84@Gmail.com

Persediaan


  • kurangkan berat bag :-bawa barang dengan kadar sedikit, tak perlu bawa jika tak perlu!!!, kalau kat sana ada air tak perlu bawak air dari rumah.
  • beritahu seseorang:- bila anda hendak pergi dan berapa lama , contohnya mak ker, bapak ker, kengkawan ker, balak dan kayu kayan lain
  • pastikan anda bersedia untuk hujan :- dah namanyer hutan hujan maka bersedialah dengan baju hujan dan pastikan beg anda ada "raincoat" atau pastikan semua pakaian dalam beg itu di bungkus dengan beg plastik
  • minum air dengan banyak sebelum keluar dan buat carbo-loading
  • jika keadaan panas mendakilah dengan pakaian cerah dan nipis
  • periksa tempat tujuan berulang kali :- untuk mengelakan dari tersilap

Barang yang perlu di bawa

  • Pita Pelekat :- benda ni boleh baiki aper saja kerosakan dari khemah bocor hingga pakaian koyak..
  • kurangkan pakaian kapas :- kapas lambat kering, jika basah ia akan terus basah untuk jangka masa yang lama
  • lampu suluh :- untuk kecemasan
  • pakaian :- dalam kadar maksimum termasuk pakain pergi (5 helai baju, 2 seluar panjang, 1 seluar sukan, 2 seluar pendek, 3 seluar dalam, tuala, topi)
  • kasut atau sandal :- bergantung tempat yang anda akan pergi tapi pastikan bawa selipar
  • makanan sampingan :- 3 power bar, air 1.5L( dibahagikan kepada 3 botol 500mL)
  • khemah :- jika perlu
  • pisau atau parang :- untuk kecemasan
  • sleeping bag :- optional
  • plastik sampah (benda paling penting) :- sebagai beg pakaian basah, tempat duduk, dan beg sampah
  • tali :- untuk sidaian atau sebagainya
  • alatan memancing (optional) :- rugi lah kalau tak memancing jika pergi tempat yang boleh memancing
  • first aid kit :- untuk kecemasan
  • Kamera :- pastikan bateri di cas semalaman sebelum bertolak.

Teknik Mendaki

  • Gunakan "rest step":- untuk keterangan lanjut =>http://www.ideagardens.com/html/resting_step.html
  • minum sebelum dahaga dan makan sebelum lapar :- sunah nabi dan menyebabkan anda tidak muak ketika mendaki
  • makan makanan sedikit demi sedikit dan elak kan makan dengan banyak sekali gus
  • semasa rehat longarkan kasut :- letak kan kaki keatas untuk mengelakan bengkak
  • bawa kain untuk dibasahkan :- kemudian letak di leher atau dahi untuk sejukkan badan
  • relaks dan nikmati keadaan sekitar :- dengan berbuat begini anda boleh pergi lebih jauh

Semasa mendaki hendaklah anda menjaga keselamatan diri dan ahli kumpulan anda. jagalah alam sekitar untuk kita dan anak cucu kita.....

Created by RyZs

2 comments:

Anonymous said...

I'm very into 80s new wave and italo and came across this sample. In 2009 Deadmau5 was nominated for a Grammy for his remix of the track "The Longest Road" by Morgan Page featuring Lissie in the category of "Best Remixed Recording, Non-Classical"In 2010 he won a Juno Award in the category of Dance Recording of the Year for the album "For Lack of a Better Name". · The 3D technology in "TRON: Legacy" was developed post-"Avatar" and represents the most advanced in the world today.

My site Daft Punk - Random Access Memories FLAC

Anonymous said...

For more information about this app, visit the official site
of MP3tunes Locker. Other interesting products include unique jewelry, glass
work, and many types of art work. Jon and Richie Sambora were inducted into the
Songwriters Hall of Fame in 2009.

my site ... Weekly Top 20 Music