Saturday, July 11, 2009

Ekspedisi Mencari Ilmu Gunung Kinabalu (Hari 8)

Salam...




ini merupakan hari terakhir aku berada di kota kinabalu kami di jadualkan balik ke semenanjung jam 2.00 petang... tetapi sebelum itu mestilah membeli sedikit cenderamata untuk rakan rakan di semenajung...

selepas sahaja sarapan kami terus bersiap sedia untuk pergi ke kota kinabalu... kami di beritahu bahawa masa untuk membeli cenderamata hanyalah 3 jam... maka seperti kambing terlepas mereka terus pergi membeli belah..



oleh kerana aku datang hanyalah untuk mendaki dan bukan seorang yang membeli belah maka aku rasa 3 jam itu agak lama... tempat menjadi pilihan adalah pasar filipina... aku terus membuka hp dan melihat pelbagai list untuk di beli... setelah mengambil kiira wang maka aku memutuskan untuk membeli beberapa barangan mutiara, gendang bertulisan borneo (tapi sama macam sham beli kat medan) pen tulisan borneo (sama gak mcm dier beli kat medan) dan ikan terubuk serawak (sabah dan serawak bejiran) kemudian aku beli sehelai baju untuk kenang kenagan.. sekejap jer.. 15 min jer perlukan...



aku dapati kalau beli dari satu kedai lagi senang dapat murah... malahan peniaga itu memberi aku seutas gelang batu tiger eye sebagai hadiah... hahaha bangga jugak.. pastu dapat nombor adik dier yang belajar kat uitm (dapat jer tapi langsung tak tepon nombor tu pon tah kemana) hahaha cool jugak...


tugas aku pada masa ini adalah mengambil gambar sahaja walaupun tiada unsur seni tapi aku gian dengan dslr itu yang di miliki ell dan kiwi... demn nanti ada duit aku curi satu... hahhahha
oleh kerana aku banyak masa maka aku banyak telatah rakan yg dapat di lihat.. ada yang beli ketam, ada beli kayu, ada yang beli tah apa apa tah..


Dalam kesibukan itu tiba tiba aku tetarik oleh kehadiran seorang wanita.. rupanya kak atie.. mereka yang kenal kak atie bercium dan berpeluk sambil mengeluarkan butiran air mata. keadaan menjadi lebih hiba apabila dapat tau seseorang guider dari tasik banding meinngal dunia... herm... semoga allah merahmati roh almarhum... alfatiha.






tepat jam 12.00 semua naiki bas untuk menghantar ell dan nas ke lapangan terbang air asia di k.k oleh kerana mereka naik air asia maka mereka begerak awal... setelah tiba di lapangan terbang kota kinabalu, kami memulakan program penutup.. ini termasuklah memberi cenderemata kepada tuan haji azrin, dan wakil team tact...


sementara tunggu kapal terbang sempat lagi berbelanja dan membeli belah.. kami meningalkan kota kinabalu dengan perasaan bangga kerana telah berjaya mendaki gunung kinabalu dan hiba kerana tak tahu bila lagi akan datang...



setibanya di klia kami berpisah kerana ada yang di ambil oleh keluarga masing-masing dan ada balik sendiri berikutan dah dekat dengan kl.. sementara selebihnya meniki bas dan menghantar peserta b.b pulang selepas itu kami tiba di shah alam jam 8.00 pm... kami terus balik dan tidor kerana hari yang memenatkan..




p/s: terima kasih kepada rakan rakan dari umags s.a terutama atan dan nadia kerana membenarkan perkara magis ini berlaku dalam kehidupan aku... turunya dari gunung kinabalu telah mebuka mata aku bertapa kerdilnya pemikiran aku selama ini.. semoga allah merahmati perjalanan hidup aku akan datang....
P/s: sebenarnya program ini adalah untuk mengambil 1000 tapak tangan dan dibawa ke puncak.. kami berjaya membawanya malangnya gambar nya tiada... kerana masaalah teknikal.. ketika itu hanya terdapat dslr dan oleh kerana cuaca yang sejuk kami tak dapat mengunkan dslr itu bukan kerana rosak tapi kerna kami takdapat bukak sarung tangan kesejukan..

Created By : Ryzs

No comments: