Sunday, July 12, 2009

bring your own sleeping bag (byosb)

Salam....





Pada 020509 yang lepas aku telah cuber untuk memenuhi hasrat rakan aku untuk pergi ke johor dengan konsep berjalan jalan menaiki kereta, trip ini pada dasarnya memerlukan 5 hari tetapi atas sedikit masalah jadual maka trip ini di hadkan selama 3 hari...



beberapa tempat telah di cadangkan dengan mengambil kira permintaan dari semua peserta... konsepnyer adalah melawat rumah rumah rakan rakan di johor, ini termasuklah rumah atan di muar, rumah aku di kota tinggi, rumah azmi di segamat...





syarat untuk trip ni adalah semua perjalanan mestilah tidak melalui lebuh raya... pada asal rancangan kami ingin memasuki kesemua daerah di johor tapi oleh kerana masa tidak mencukupi daerah mersing tidak dapat pergi...


pergerakan kami di sertai oleh 2 buah kereta iaitu kereta azmi dan kereta dayang. program ini di namakan byosb (bukan bring your own sleeping bitch yer) kami bermula dengan berkumpul di khulafa sek 7 kemudian semua bersiap untuk bergerak... kami berkumpul semula di petronas sek 7 jam 3.30 petang.... selepas majlis baca doa yang di kelola oleh azmi maka perjalanan kami bermula...






perjalanan ini melalui bangi kemudian melalui semenyih, beranang, seremban, air panas, durian tunggal, ayer keruh. kemudian kami berhenti seketika untuk menikmati melaka pada malam hari, destinasi pertama (cp1) merupakan jonker walk di ayer keruh.




jonker walk merupakan tempat kegemaran aku setiap kali membuat trip byosb ini kerana di situ terdapat pelbagai panorama yang mengembirakan hati termasuklah kawasan ini happening dan mempunyai pelbagai barang barang yang murah... malahan ia berdekatan dengan pelbagai tempat lawatan lain seperti menara taming sari, mahkota parade, kesan kesan sejarah, dan pelbagai muzium..



selesai lawatan itu kami meneruskan perjalanan ke cp2 iaitu rumah atan di sunagi abong, keadaan friendly rumah atan menyebabkan para peserta rombongan mak kiah tetarik untuk datang 2-3 kali, ketika kami datang atan sedang demam, maka tommy (kucing atan) menjadi tumpuan utama, mengikut tetatif program atan di jadualkan untuk mengikut trip tp keadaan itu tidak mengizinkan..



esok paginyer selesai sahaja sarapan di rumah atan kami pergi ke bandar muar untuk merasa kopi 434 secara live... pelbagai produk kopi di sediakan... kedai itu sungguh unik.. oleh kerana ramai di antara kami meminati minuman berkafin ini maka ini memudah kan keadaan...



selesai sisipan kami terus begerak ke cp 3 iaitu tanjung piai (merupakan kawasan paling selatan di asia) kami melalui batu pahat, dalam seronok seronok tiba tiba azmi berhenti seketika kerana mendakwa terdapat bunti pelik di tayar belakang penumpang, maka kami dengan perlahan lahan mencari kedai untuk membaiki kerosakan yang tidak di kethui itu.. setahu kami tayar azmi tu baru.. setiba di parit raja kami meninggu seketika mekanik pun tak tau aper massalah tayar itu..selepas 3 jam rupanya masalah utama addalah tayar itu tak dikunci dengan baik itu sahaja.. kalau teruskan perjalan boleh menyebabkan tercabut.. masaalah simple tapi boleh menyebabkan maut...




selesai menyekru semula kami meneruskan perjalanan melalui pontian, benut, dan akhirnya samapi ke tanjung piai, setibanya di sini kami bergambar, menikmati keadaan laut selama 2 jam dan kami menuruskan perjalanan ke bandar johor bahru untuk pergi ke rumah atuk naya, kami menghabiskan selama 1 jam di rumah atuk naya sebelum meneruskan perjalanan ke danga bay,



di danga bay kami makan kerna kami belum makan dari pagi, kemudian kami meneruskan perjalanan ke kota tinggi melalui senai,kulai, dan kota tinggi, stibanya rumah aku (cp4) kami di beri makan lagi, selesai makan sahaja kami terus tido, kesokan paginya kami dirancang bertolak dalam jam 11.00 pagi tapi kerana ada delay maka kami begerak lambat sedikit, selepas sarapan, kami begerak ke pantai balau jiran desaru, melalui jalan mawai, dan seterusnya begerak ke air terjun, kami berhenti berehat di sungai pisang untuk makan tengahari (qist masak sambal ikan bilis kat umah aku), seterusnya merupakan cp5 (rumah azmi),


dari air terjun ke cp5 kami melalui jalan bandar tenggara dan singgah di kluang untuk menikmati kopi kluang yang terkenal, di sini tak banyak variasi kopi, still ikut zaman perang minuman basic jer ada tapi rasanya mmg di luar dunia.. sedap siot kopi kluang, mg berbeza dengan kopi lain, selesai sahaja kami terus begerak ke segamat, sebelu sampai ke segamat kami berhenti di yongpeng untuk membeli cenderahati kepada mak azmi, perjalanan yang lama menyebabkan ramai tak sabar untuk sampai ke segamat, setibanya di segat azmi mengambil alih utnuk ronda ronda bandar segamat, malam itu kami tido di rumah azmi, mak azmi mmg cool, dier pandai buat pelbagai makanan,




kesokan paginyer selesai makan nasi goreng (azmi masak) dan nasi serta daging masak kurma (azmi tolong panaskan) kami menghantar adik azmi ke sekolah dan jumpa mak azmi di tempat kerjanya, selesai sahaja itu kami terus begerak pulang ke shah alam, perjalan ini melalui jalan dalam sehingga di simpang ampat kerana kami sudah kesuntukan masa maka kami membuat keputusan masuk lebuhraya,



kami berhenti berehat di r&r seremban, selesai makan betik (beli semalm kat yong peng) kami meneruskan perjalan ke shah alam, setibanya di shah alam kami tolong dayang pindah rumah. tamat lah trip byosb kali ini, tapi rasanya mcm nak buat lagi untuk rakan rakan lai pulak kerna kalau tak buat begini kawan kawan tak kan datang ke rumah kami di johor.
jarak waktu perjalanan (ikut jalan lama):
  1. dari shah alam ke melaka = 2.45
  2. melaka ke umah atan = 1.53
  3. dari umah atan ke tanjung piai = 3.23
  4. tanjung piai ke rumah aku =3.15
  5. rumah aku ke segamat = 4.38
  6. segamat ke shah alam = 3.58

jumlah kos minyak adalah setiap peserta mengeluarkan rm 50 sahaja

p/s : sepatutnyer lagi ramai follw tapi kerna ada masaalah jadual maka 2 kereta sahaja boleh pergi, terima kasih kepada dayang dan shikin kerna ikut walapun dalam short notice.

p/s : sayang tak dapat nak pergi habiskan seluruh jhr, harap trip ini gembirakan kamu.

p/s : to love or to be love hate to chose but i have planted the seed of love within her does i have to go through all of this??

Created By : RyZs

No comments: