Salam....
Untuk entry aku kali ini adalah berkenaan dengan Program Mencari Ramadhan 2009... Seperti biasa entry aku adalah berkenaan dengan program tahun lepas.. ini adalah kerana aku tiada masa tahun lepas... agak bz.. so terpaksalah aku buat tahun ini... sorry 4 the late entry...
so cerita ini bermula apabila kami dapati setiap kali bulan ramadhan umags tidak akan membuat sebarang program berikutan masyarakat islam akan berpuasa pada siang hari... so untuk membuktikan bahawa aktiviti rekreasi boleh di buat dimana mana dan pada bila bila maka kami telah membuat satu program di bulan ramadhan yang mulia ini...
program ini bertarikh 05 09 09... dalam 2 minggu selepas ramadhan... kebetulan kelab insan juga mengadakan program anak yatim maka kami di beri peluang untuk bekerjasama dengan program mereka iaitu berbuka puasa bersama anak yatim pada 06 09 09....
program ini bermula pada hari jumaat selepas sembahyang jumaat.. kami berkumpul di unisel... oleh kerana program ini di adakan di dalam unisel maka kami ingat ia agak leasure... dengan aktiviti utama adalah bbq...
Namun sangkaan kami agak meleset kerana ternyata ia ada cabaranya tertentu... kami bermula denganpetang nya bergotong royong untuk memasang khemah atau pasak bumi... ternyata ramai muka muka baru yang akan memeriahkan keluarga umags untuk aktiviti akan datang tunjuk muka... antaranya adalah muhsinin... ini merupakan program pertama dia bersama umags...
kebetulan aku satu kumpulan dengan dia.... kami berdua sahaja lelaki... sesudah pasang khemah maka kami harus bersedia untuk makanan berbuka puasa.... semuanya di lakukan dengan cara seperti di luar... basicly dalam kumpulan kami hanya kami berdua sahaja kerana shahada masih bekerja dan aida terpaksa pergi mencari barang tambahan...
agak lawak 1st time tengok mus memasak nasi... aku saja jer biarkan dier buat kerana nak tengok sejauh mana dier mampu masak nasi menggunakan messtin.. herm ternyata aku akan kelaparan kalau dibaiarkan dier masak.... dier masukan semua beras penuh... nasib baik perasan kalau tak.. abis fail.... seterusnya memasak...
satu lagi cabaran kerana kumpulan sebelah iaitu kumpulan dayang dan arina memasak dengan cara berbeza dengan kami... hahaha mereka memasak nasi dengan cara mengodak nasi tu... tapi cara aku hanya lah biarkan sahaja... hahaha ternyata cara aku lebih berkesan.... taida kerak atau hangus langsung berbanding mereka....
saja jer.... ada jugak aku ajra mereka tapi mereka tak percaya... ahhahah padan muka... nasi itu di buat sebagai nasi goreng... ok ler.. tak ler sedap tp boleh ler di makan... hahahha
program kali ini disertai oleh kebanyakan muka muka yang aku kenal berikutan mereka semua adalah rakan rakan diploma aku... hahahha so agak bangga apabila lihat mereka support kami...
disebabkan program kali ini agak leisure so ramai yg bawak bantal dan tak membawa baju.... walaupun telah di beritahu... tak nak berat beg katanya....
selesai memasak kami menunggu azan maghrib... azan maghrib berkumandang dan kami berbuka... herm sekejap jer.... selepas itu solat maghrib dan tarawikh berjemaah di surau unisel... (surau belakang jer)
sesudah tarawikh terus wat bbq... arang siap di bakar, maka apa lagi bakar ayam dan sosej ler... hehehe... sekejap jer masak... selepas makan program ice breaking diadakan... herm... kebetulan dalam waktu ini gee dan im datang.. fateha juga ada pabila dier kene hadir untuk meeting mpp di shah alam....
walaupun program ini di lakukan dalam unisel tp kami tetap buat unggun api... abes kayu kayu kami bakar... hahaha
sedang seronok seronok ice breaking tiba tiba hujan turun.... memula renyai... tp semakin lama semakin lebat.... tiba tiba angin dengan kencang bertiup.... abes roboh semua khemah.... terpaksa la kami menyelamatkan diri dan khemah ke rumah hijau...
tak sangka perkara itu berlaku maka kai berkumpul dan mengagihkan bahwa peserta wanita tidur di surau manakala peserta lelaki tidur di surau lelaki .... sedih gak kerana peristiwa ini.. namun semuanya ada hikmah nya....
so program ini berpindah di kawasan rumah hijau di unisel.... semua peralatan di agihkan semula dan memasak di sana utnuk sahur... hahaha agak pelik program kali ini... takpernah di buat orang... bukan jauh sangat kedai mamak tu... boleh jer pergi.. ehhehe
pelbagai lauk di sajikan.... selesai sahaja memasak peserta di benarkan untuk sembahyang dan tidur... pada asalnya pagi tu ada senaman pagi dan beberapa program lain namun oleh kerana peserta dah ngantuk so kai lepaskan mereka tidur dan mereka di kehendaki berkumpul semula pada 9.00 pagi...
program sterusnya adalah gotong royong membersihkan peralatan... oleh kerana hujan yg lebat maka ada sesetengah barang rosak dan kotor... semua di bersihkan termasuk bilik kelab... tahniah kepada perserta.. hahaha
selesai sahaja mengemas kami berkumpul di bk22 untuk program seterusnya iaitu pengenalan umags... sepatutnya ada beberapa perkara lagi nak di perceritakan kepada para peserta namun masa tak mengizinkan... maka di teruskan dengan program lain iaitu angel and devil, serta game tangan kiri, serta suratmu suratku jua...
program tamat dalam 2.30. pm... sekejap jer program ini... namun semua peserta di jemput untuk memeriahkan program insan iaitu berbuka bersama anak yatim di depan lobby.... program ini berlangsung dengan lancar....
ada beberapa ajk umags terpaksa menjaga 2 program pada dua masa so tahniah kepada mereka... kerana menjadi ajk kami walaupun sibuk dengan tugas lain...
sesudah program ini kami merancang untuk meneruskan lagi dengan pergi ke ani sup utara seksyen 11, bukan kerana kami lapar tapi masih tak puas program yang begitu cepat ...
so kami meneruskan ke seksyen 11, oleh kerana ini bulan ramadhan maka banyak kedai yang membuka kedai untuk orang bersahur...
setibanya kami di sana tiba tiba asri telefon menyatakan hendak berjumpa kami.... sudah lama tak jumpa asri ni so kami terus ke tempat di janjikan iaitu di simple cafe berdekatan dengan plaza alam sentral...
sepanjang waktu ini banyak gambar di ambil kerana kemaruk kamera dslr... lantak....
secara amnya hanya aku, syam, atan je yang kenal si asri ni... so hanya kami sahaja yang berbual... asri ada juga membawa akaknya yang bekerja di ppum... tapi beliau senyap sahaja... malu kot...
lama juga kami berbual adalah dalam 1-2 jam... sesudah itu aku mencadangkan untuk ke uptown... ini adalah sudah lama aku tak kesana... (sebenarnya kemaruk dslr)
pelbagai aksi peniaga di uptown ini ada yang selamba ada yang muka ketat... namun semua tetap mesra setelah memulakn bicara...
ramai antara mereka terkejut berikutan ada antara kami berpakaian traditional siap bersongkok siap ada tanya baru balik dari nikah ker.... hehehe di tambah dengan dslr maka kami kelihatan pelajar yang sedang buat projek pengabaran... tp sebenarnya kami sedang berfoya foya.. hahah
oleh kerana raya sudah hampir maka pelbagai jualan sempena raya di jual... termasuklah bskut, baju, perhiasan dan pelbagai lagi... basicly aku hanya nak jalan jalan jer... tapi tiba tiba nabila berhenti di kedai menjual aksesori... dan merancang untuk membeli gelang... dan memaksa kami semua membelinya sekali.... so terpaksa le akur....
semuanya berakhir dalam jam 5 pagi dan kami terus bersahur..... penat siot... satu hari berjalan...
p/s: gelang tu bewarna hitam dan belang putih dan kai mesti membawanya ke irau...
p/ss: disebabkan kebanyakan gambar ini dari kamera dslr maka ia agak besar dan hanya sebilangan kecil jer aku upload... furhermore aku punya online sever hampir penuh.... ces....
Created By : RyZs
No comments:
Post a Comment