Monday, April 27, 2009

Ekspedisi Mencari Ilmu Gunung Kinabalu (Hari 1)

Salam.....






pada 17.02.09 yang lalu kami sekumpulan dari kelab umags telah pergi ke kota kinabalu untuk mendaki gunung kinabalu iaitu salah satu gunung yang wajib di daki oleh para hikers tegar.... gunung ini berketinggian 4095.2 meter dan merupakan diantara gunung tertinggi di asia tenggara....




rombongan kami adalah seramai 44 orang termasuk wakil dari hep... namun begitu saya akan cerita dari perspektif umags.s.a sahaja (sebab aku dari shah alam kot).... pada jam 5.00 petang kami telah berkumpul di bilik kelab(@bilik gelap) sambil membawa peralatan dan keperluan yang akan di bawa ke k.k... kami double check ramai ramai serta cuba lengkapkan check list yg di beri.... diantara benda wajib adalah baju sejuk dan sarung tangan...




kami sepatutnya menaiki bas ke unisel b.b jam 6 tapi kami terlewat sehingga jam 7.30 berikutan melepaskan sembahyang maghrib... selesai sembahyang kami mengambil gambar kenangan dan membaca doa yang di ketuai oleh en hisyam... keadaan ketika itu agak muram (yer ler maghrib)...


selesai sahaja bacaan doa.. bas terus menuju ke unisel b.b untuk mengambil peserta dari sana.... kami tiba di masjid b.b dalam jam 9.45 dan terus sembahyang hajat.. selepas itu ada makan makan.. menu adalah air oren dan lauk ikan serta ada ayam serta sayur.. program sembahyang hajat ini juga mengambungkan umags dan jpa. jpa juga ke kota kinabalu sehari lewat dari kami...



selesai sahaja program sembahyang hajat ini kami terus pergi ke dewan biru untuk berkumpul dan bersedia untuk bertolak... pada ketika ini ada pulak orang yang buat lawak bangang dengan menyorokan ic salah seorang peserta... pergh ikutkan hati nak aja kami belasah budak tu... tapi apa bleh buat dier kawan pada peserta itu... selepas selesai dan mengambil kira semua perkara kami semua menaiki bas unisel ke lapangan terbang klia.....




kami tiba di lapangan terbang klia dalam jam 3.00 pagi setelah menghantar dua orang peserta lagi menaiki air asia.. ini berikutan dier daftar lambat... sementara tunggu jam 5 pagi kami merayau rayau di sekitar klia... (puas ambil gambar sampai nak termuntah)




selesai sahaja sembahyang subuh kami terus check in di kaunter berlepas dan terbang meningalkan semenanjung untuk tiba di destinasi kota kinabalu.... ni merupakan 1st time aku naik kapal terbang pergh best gak, tapi orang kata pramugari lawa lawa aku tgok biasa jer.. ramai lagi diantara kami lagi lawa.... nampak plastik sungguh mereka itu... kami tiba di lapangan kota kinabalu dalam jam 10.00 am. setibanya kami di situ kami terus menaiki bas untuk ke krm(kem rakan muda) itu merupakan tempat penginapan untuk sepanjang kami berada di kota kinabalu.....




setibanya di krm kami di bahagikan kepada bilik dan terus pergi bersiar siar... di berdekatan dengan krm itu ada laut pemandangan die kira ok ler.. banyak kancil kancil bersiar siar... depan krm tu juga ada kedai makan... herm.. pada hari pertama tak berani lagi nak usha usha... member sekepala pon belum jumpa walaupun dah byk kali pergi ekspidisi dengan mereka... takper tgu ler hari kedua nanti...






malam tu kami di beritahu bahawa ada majlis makan malam bersama sponsor kami di sabah maka kami pergi ke restoran sri melaka di sabah... di sana kami telah di sediakan meja, tinggal datang duduk dan makan jer... selepas sahaja makan kami balik dan terus bersedia untuk physical training jam 10 mlm... herm... agak pening gak... lepas makan terus kene lari... wakakkak jam 1 kami tidor... dengan nada terlupanya kami baru ingat bahawa kene tambah sejam awal untuk subuh di sabah..... adoi jam 5 am kene bgn sembahyang subuh... tu yg jadi ada yang sampai terlelap depan ustaz hj azrin.. nasib baik ustaz azrin pandai cerita tentang bidadari.... terbangun blik.....



created by: RyZs
p/s : ni baru hari pertama dah banyak korang besabar je yer.... aku penat cari memilih gambar.. terlalu banyak kamera dan gambar..

p/s: ni merupakan blog paloing banyak aku post gambar dan tanpa di sangka gambar tu byk plak muka teha... sesunguhnya aku tiada apa apa niat.. kebtulan ramai plak budak pegang kamera ini amek gambar dier... dah mcm blog dier plak (serius fahmi aku bukan sengaja)

2 comments:

.supertitans. said...

ini klaka!! cepat2 post yg baru..
hihihi~ rindu nk pegi KK lagi..hihi

noobb said...

kelaka?? aper yg kelaka nyer super titans?? tapi mmg rasa nak pergi lagi ke k.k kan....