Wednesday, April 29, 2009

Ekspedisi Mencari Ilmu Gunung Kinabalu (Hari 2)


Salam.......





Hari kedua di kota kinabalu merupakan hari di mana program ini bermula.... ini kerana program ini memang sepatutnya di jadualkan bermula pada 19.02.09. oleh kerana ada sedikit perubahan semasa membeli tiket maka program ini begerak awal satu hari... bedasarkan post mortem semalam hari ini sebaik sahaja selesai sembahyang subuh. para peserta akan bersarapan.....




teringat semula ketika kat dorm semuanya cara begini... tidor reramai makn reramai.. wakakaka selesai sahaja berserapan kmai di jadual kan untuk pergi ke kiulu river untuk membuat white water rafting ..... kiulu white water rafting merupakan level 1-2 dan sangat sesuai untuk para peserta yang baru berjinak jinak dengan white water rafting ini....



perjalanan dari kem rkm ke kiulu river mengambil masa selama 3 jam.... perjalanan agak membosankan namun dapat di ceriakan oleh guide yang hadir.... kebetulan pada hari itu merupakan hari lahir salah seorang peserta tertua di situ iaitu lan..... makan kami semua menyambut hari lahir beliau di dalma bas tetapi tanpa sebarang kek....



kami tiba di lokasii kejadian (kiulu river) pada jam 11... selepas selesai briefing kami terus di bahagikan kumpulan dan menaiki raft memasing.... penumpang bot aku terdiri daripada aku, ikin, erin,illi,hatta, dan brader yg bwk bot...



kami bermula dengan arus tenang sehingga ke 21 arus deras..... agak seronok buat white water rafting ini dan rasanya nak wat program sepecialy for this sahaja... kat semenanjung tempat yang boleh di pergi merupakan sungai sedim di kedah.....



setibanya di tempat rehat di kiulu, kami di sajikan dengan makanan yang baru sahaja masak.... sunguh tak dapat di lupakan makan bersama kancil kancil dan makna daging kambing... pergh enak... namun ada diantara kami tak sempat merasa santapan ini..... ini berikutan makanan itu kekurangan terutama daging kambing itu....



selesai sahaja white water rafting kami di beri sijil masing masing sebagai tanda telah mengaharungi level 1.... selesai sahaja makan kami terus begerak balik ke kota kinabalu... tetapi dalam perjalanan itu kami singgah di tanparuli untuk berjalan di jambatan tanparuli... sebagai seorang yang biasa dengan gelagat umags aku pon menawarkan diri untuk menjadi jurugambar... agak penat mengambil gambar bebudak ni sampai tak terlayan.... apa boleh buat bukan selalu pergi ke tanparuli ini... walaupun aku gayat aku dapat mengharungi jambatan ini dengan cemerlangnya.... wakakak terima kasih pada zef kerana begitu mengambil berat... selesai sahaja kami terus meknaiki bas dan terus menuju ke krm.. pada asalnya kami ber kehendakan untuk pergi ke bandar k.k namun oleh kerana sudah lewat makan terus ke krm...




selesai sahaja sembahyang isyak berjemaah kami terus berkumpul untuk membuat postmortem pada mlm ini tiada sebarang prog diadakan namun yasir dan mus telah membuat beberapa game yang agak interesting antara game itu adalah surat mengunakan tangan kiri... wakakaka kesian kat ari kene bahan kerana menulis no woman i cry (tak leh lupa siot statement tu) .... wakakka selesai sahaja prog itu kami di jadualkan tidor... namun kerana menjadi salah seorang budak nakal maka kami fly pergi makan ke kedai kat luar... first time makan local delicacies kat sini.. hari ni kau cuma makan roti kawen dan nescafe tarik sahaja sebagai testing process.... tunggu ler esok... aku dah bersedia dengan menu sendiri untuk di cuba...




dalam jam 1.35 pagi kami balik dan terus tido.... macam biasa ler jam 5 pagi kene bangun lagi dan kuliah subuh tapi kali ni aku tak tidor sangat.. dan kelibat orang sembahyang jemaah semakin ramai..... tahniah... pagi ini kami di jadualkan untuk membuat program komuniti... ... see you on next post...

p/s: kali ni pemilihan gambar aku agak berhati hati... takut ada orang makan hati... pastu taknak cakap lagi kat aku... 
p/s: herm... sori ler pada orang yang tak terlibat mungkin akan anggap post ke k.k ni boring so sori yer...  dan please i dont have time to check my vocubulary and language.... wakakka

Created By: RyZs

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails