Friday, July 17, 2009

Trip Backpacking to nuang ke 2

Salam....



pada 240609 yang lepas kami telah pergi ke gunung nuang kali ke 2 secara underground.... kali ni aku membawa 2 ahli umags yang tak pernah pergi.. mereka memaksa aku untuk buat trip kali ni kerana mereka tak pernah pergi lagi... tapi trip kali ni banyak dugaan...

ia bermula 2 hari sebelum pergi... pada asalnya ramai lagi nak pergi tetapi ramai yang kansel... akhirnya tinggal ler kami berlima... kami ini terdiri daripada aku, thaqifah, atan, nabilah, shada...pada asalnya ada tambahan lagi 2 orang tetapi kerana dugaan yang tak dapat di elakan maka 2 orang lagi menarik diri...





dugaan bermula pada malam sebelum pergi mungkin kerana dah terlalu biasa maka aku hanya membeli perkara yang penting seperti gas butane dan beberapa makanan dan air dan terus declare barang dah set, pada malam kejadian pekara pertama terjadi iaitu salah seorang dari kami kehilangan barang paling berharga beliau... maka kerana sedih yang teramat sangat maka beliau menarik diri...

seorang lagi menarik diri kerana pada malam sebelum bertolak kerana die pergi menonton perlawanan akhir antara man u lawan barcelona... pada masa ni aku dah putus semangat barang dah siap tetapi ramai tarik diri aku dah start pikir 2 kali apakah ini petanda?? pada malam sebelum pergi aku berkata pada diri aku jika barcelona menang 2-0 aku pergi tanpa pikir panjang..



kebetulan jam 5 pagi sahaja aku terbangun sambil terdengar sorakan dari rakan aku bahawa barcelona menang bukan 1 tapi 2... mmg allah suruh aku pergi kot.. jam 5.30 aku terus tepon bebudak lain nyatakan jadi pergi.. berbekalkan arahan cara backpacking dari salah seorang rakan aku yang aku dapat secara lisan dan secara memori dier, kami meneruskan perjalanan ke stesen pekeliling...

dier kata pergi pekeliling dan akan jumpa bas ke pangsun... so dengan tenang nyer aku memberi arahan pada nabilah mengenai cara nak ke pangsun.. dier berkata naik bas dari sek2 terus ke kl central dan naik monorail terus ke hentian di pekeliling... maka kami terus berjalan ke sek 2, keluar rumah kami bersemangat tiba tiba dalam perjalanan kami di nasihatkan supaya berjalan ke jalan yang tak pernah lalu kerana dia kata tu shortcut, setelah kami menyusuri jalan itu rupanya itu jalan mati... petanda kedua membuat aku lagi gelabah.. kami berpusing kembali, dalam perjalanan ke sek 2 aku tanya setiap seorang...




adakah korang dah bg tau sesapa semasa pergi ke nuang ni?? dan ramai yang menjawab diorang sekadar beritahu cuma nak keluar berjalan jalan sahaja... pergh lagi ler aku rasa beban bahawa mak bapak diorang tak tau.. pergh tiba tiba rasa mcam batu jatuh atas kepala.. (walaupun aku senyum dan mcm tak ambil berat ttg diorang dan aku tau diorang boleh jaga diri tapi still di sebb kan aku yg organise aku rasa sangat bertanggung jawab..) dengan senyuman mesra aku kata mari... setelah membeli tiket bas ke kl central kami teruskan perjalanan seperti di rekemen tuk ke pekeliling..

alhamdullilah kami sampai ke pekeliling jam 8.00 pagi oleh kerana semua belum sarapan maka aku decide makan dulu sebelum cari bas.. ketika makan kat situ aku bertanya pada tauke kedai makan dan tanya bas mana.. rupanya kami di salah tempat, tu bukanler route yang sepatutnya.. kami di nasihatkan untuk ke pudu... straight jer kami terus ke lrt dan turun di plaza rakyat. setibanya di pudu kami terus mencari bas... setelah tanya local citizen aku dapat arahan menyatakan untuk pergi ke stesen klang dan kami terus berjalan kaki ke sana... dalam perjalanan itu pelbagai perkara aku pikir mcm ada yang tak bagi pergi je ke nuang ini..




sesampai jer kat stesen klang kami di nasihatkan naik bas u40 dan turun di batu 8 oleh brader rapid.. kebetulan bas u40 sampai dan kami nak naik tetiba di halang oleh brader rapid lain kerana dia cakap nak ke pangsun bukan bas u40 dier nasihatkan pergi ke blakang cm.. maka kami terus bergegas pergi ke balakng cm..

setibanya belakang cm kami di nasihatkan sekali lagi tuk pergi ke tepi kota raya.. dengan pantas kami terus pergi dengan hati bengang dah sampai je kotaraya kami di nasihat tuk pergi plak kat mydin kerana kompem bas ada kat situ... maka kami pun pergi... sesampai je kat tepi mydin kami bertanya dengan bersungguh sungguh adakah ini tempatnya dan ya betul.. terasa bagai dunia aku yang punya... ahhaha akhirnya.. jam menunjukan jam 11.00 masih sempat...




oleh kerana penat maka kami pon pergi mencari air dan bhn bhn yang tak lengkap di mydin sementara tunggu bas begerak. tunggu punya tunggu bas begerak jam 1.00 petang pergh hangin satu badan lama sungguh nak tgu bas... rasa mcm nak bakar bas tu jer.. takper ler yg penting gerak... setiba di di pekan batu 16 brader bas tu kejutkan kami dan dier kata naik bas rapid tuk masuk ke lembah pangsun.. turun jer kami terjumpa bas yang dinyatakan tapi kerana belum beli belerang maka kami pun lengahkan dulu....


selesai membeli belerang kami menungu bas lagi.. kali ni 1 jam lagi.. pergh... allah jer tahu bertapa bengang nyer aku tapi oleh kerana cuba menjaga hati rakan rakan aku berlagak tenang... kami tiba di last stop nuang pada jam 2.00 petang.. cuaca kelihatan bagai tak bagi kami naik namun kami nekad juga naik... dalam hati pergh banyak dugaan bila dipikir pikir ni malam jumaat pergh meremang bulu roma sekejap...



kami tiba di kaki nuang dalam jam 2.43 petang kerana terpaksa berjalan kaki ke sana, tiba di sana ranjer plak takder.. pergh lagi ler hangin, ranjer sampai dan setelkan semua dokuman dalam jam 4.00 petang kami terus naik untuk ke kem lolo.. dalam perjalanan itu, semasa singah di shelter terperasan nama kami akibat kerja vandalisme... hahaha





jam meunjukan jam 5.30 dan cuaca makin gelap hujan mulai turun dan kami baru nak masuk jalan hutan.. herm takut jugak waktu ni.. kerana tiada seorang pun yang naik gunung pada minggu ni kerana nuang hanya ramai ketika hujung minggu je.. pergh takper kami tiba di lolo jam 6.15 nasib baik aku dan rakan rakan aku semua mempunyai pengalaman setiba jer di sana hujan dah tak kelihatan dan nabilah terus pasang khemah, shada cari kayu api, thaqifah terus pasang fly, aku dan atan terus pasang pagar kerana nasib kami yang malang ini di harap tidak berlanjutan, selesai sembahyang terus pagar di 4 pokok penjuru..


cerita ketika kami pergi nuang lama masih segar di ingatan (rujuk post kami sebelum ini) namun dengan semangat yang cekal kami buat buat keras.. aku terharu kerana kali ni hajah nabilah memasak. (boleh tahan gak pompuan ni masak..) (code name kami bila masuk hutan pompuan hajah dan lelaki haji) malam tu kami mengenang kan nasib kami.. aku decide bahawa aku dan atan serta thaqi akan sentri sampai jam 3 pagi dan shada dan nabila akan sentri pada 3 pagi sehingga 6 pagi.. jam pukul 2 pagi jer aku terus flat tak tahan penat kot.. mungkin barang dalam beg aku berat kot....



tau tau jer jam 8.00 pagi, kami bersedia tuk naik ke puncak.. tapi nabilah dan shada tak nak naik sebb dah pernah naik ke puncak... maka kami bertiga terus bersedia berbekalkan maknan yang di masak oleh mereka kami naik... setelah naik separuh jalan (dalam 25 min sebelum ke kem pacat) aku pancit.. terus tak mampu nak naik.. aku bagi arahan kat atan supaya mereka berdua sahaja meneruskan perjalanan pada masa ini aku agak tak tenteram kerana memikirkan ada 2 org perempuan sahaja kat lolo kalau aper aper terjadi pergh bedarah aku nak jawab.. tapi pada masa sama atan dan thaqi tak pernah naik ke puncak..


tapi atas alasan aku percaya dengan skill atan sebagai trekker maka aku dengan berat hati melepaskan mereka pergi berdua sahaja, dalam perjalanan turun kasut aku putus... maka aku belari ke lolo dengan berkaki ayam... sesampai sahaja mereka berdua sedang tido alhamdullilah semua masih selamat.. dalam peridiction aku mereka akan tiba puncak jam 11.00 dan sampai semula ke lolo jam 1.00 petang... semetara tunggu aku mandi dalam keadaan tak tenteram.. setiap masa memikirkan keadaan mereka berdua...


jam menunjukan jam 1.30 dah 30 min lewat hati makin tak tenang.. aku bagi lagi 20 min jika diorang tak turun aku akan naik keatas... risau siot.. sementara tu kalau aku tak turun dalam lingkungan jam 4.00 petang aku suruh mereka turun kebawah panggil renjer.... tepat jam 1.40 nampak kelibat atan.. pergh leganya ...



gila-gila, selepas semua mandi manda kami berkemas dan tanya atan apasal lewat?? rupanya diorang tidor kat puncak.. pastu hp plak tak bwk... takper ler yg penting semua selamat.. jam 4.00 petang jer kami terus turun kami tiba di pintu masuk nuang jam 6.00 dan kelihatan ada group sedang bersiap untuk naik ke lolo... kami terus ke stesen bas.. jam 7.00 kami tiba...


kami di beritahu bahawa naiki bas itu sehingga ke batu 8 dan terus naik bas u 40 ke stesen klang.. pergh senang rupanya.. sampai di stesen klang kami terus naik bas u80 ke sek 2 shah alam... alah senang jer nak ke nuang sebenarnya.. rm 3 jer di perlukan... adoi... kami berpisah apabila kami pulang kerumah kami memasing.. kami disampbut oleh syam, nad dan kawan kawan yang lain mereka tertawakan aku kerana perjalanan yang pelik demn...




yang penting semua hajah dan haji selamat tiba dengan selamat dan esok ada program mencari harta karun di sek 30 shah alam...


p/s: aku nak mintak maaf kepada semua yang mengikuti ekpidisi ini kerana aku lambat betulkan niat.. malam tu baru nak betulkan niat sorry guys... dan tahniah pada atan kerana kepercayaan aku pada dia tak di sia siakan...


p/s: sori juga pada nabilah kerana aku salahkan dier jer pasal hal bas.. jangan ambil hati yer nabilah aku sekadar begurau jer.. mgkn agak kasar kot... dan juga pasal meggi sori yer aku habiskan semua bekalan meggi sorry bebanyak...


p/s: cerita ni tribute kepada thaqifah...


p/s: my love is blosoming the way i like it but
it turn a way to another beatle.. demn those beatle


Created By : RyZs

2 comments:

m said...

hapekes yem2 asek bpujangga je neh? the beatles ke? haaha

noobb said...

eskh..... mana ada berpujangga... cuma orang nak tau kite beritau ler.. hehehhe