Saturday, July 11, 2009

Ekspedisi Mencari Ilmu Gunung Kinabalu (Hari 8)

Salam...




ini merupakan hari terakhir aku berada di kota kinabalu kami di jadualkan balik ke semenanjung jam 2.00 petang... tetapi sebelum itu mestilah membeli sedikit cenderamata untuk rakan rakan di semenajung...

selepas sahaja sarapan kami terus bersiap sedia untuk pergi ke kota kinabalu... kami di beritahu bahawa masa untuk membeli cenderamata hanyalah 3 jam... maka seperti kambing terlepas mereka terus pergi membeli belah..



oleh kerana aku datang hanyalah untuk mendaki dan bukan seorang yang membeli belah maka aku rasa 3 jam itu agak lama... tempat menjadi pilihan adalah pasar filipina... aku terus membuka hp dan melihat pelbagai list untuk di beli... setelah mengambil kiira wang maka aku memutuskan untuk membeli beberapa barangan mutiara, gendang bertulisan borneo (tapi sama macam sham beli kat medan) pen tulisan borneo (sama gak mcm dier beli kat medan) dan ikan terubuk serawak (sabah dan serawak bejiran) kemudian aku beli sehelai baju untuk kenang kenagan.. sekejap jer.. 15 min jer perlukan...



aku dapati kalau beli dari satu kedai lagi senang dapat murah... malahan peniaga itu memberi aku seutas gelang batu tiger eye sebagai hadiah... hahaha bangga jugak.. pastu dapat nombor adik dier yang belajar kat uitm (dapat jer tapi langsung tak tepon nombor tu pon tah kemana) hahaha cool jugak...


tugas aku pada masa ini adalah mengambil gambar sahaja walaupun tiada unsur seni tapi aku gian dengan dslr itu yang di miliki ell dan kiwi... demn nanti ada duit aku curi satu... hahhahha
oleh kerana aku banyak masa maka aku banyak telatah rakan yg dapat di lihat.. ada yang beli ketam, ada beli kayu, ada yang beli tah apa apa tah..


Dalam kesibukan itu tiba tiba aku tetarik oleh kehadiran seorang wanita.. rupanya kak atie.. mereka yang kenal kak atie bercium dan berpeluk sambil mengeluarkan butiran air mata. keadaan menjadi lebih hiba apabila dapat tau seseorang guider dari tasik banding meinngal dunia... herm... semoga allah merahmati roh almarhum... alfatiha.






tepat jam 12.00 semua naiki bas untuk menghantar ell dan nas ke lapangan terbang air asia di k.k oleh kerana mereka naik air asia maka mereka begerak awal... setelah tiba di lapangan terbang kota kinabalu, kami memulakan program penutup.. ini termasuklah memberi cenderemata kepada tuan haji azrin, dan wakil team tact...


sementara tunggu kapal terbang sempat lagi berbelanja dan membeli belah.. kami meningalkan kota kinabalu dengan perasaan bangga kerana telah berjaya mendaki gunung kinabalu dan hiba kerana tak tahu bila lagi akan datang...



setibanya di klia kami berpisah kerana ada yang di ambil oleh keluarga masing-masing dan ada balik sendiri berikutan dah dekat dengan kl.. sementara selebihnya meniki bas dan menghantar peserta b.b pulang selepas itu kami tiba di shah alam jam 8.00 pm... kami terus balik dan tidor kerana hari yang memenatkan..




p/s: terima kasih kepada rakan rakan dari umags s.a terutama atan dan nadia kerana membenarkan perkara magis ini berlaku dalam kehidupan aku... turunya dari gunung kinabalu telah mebuka mata aku bertapa kerdilnya pemikiran aku selama ini.. semoga allah merahmati perjalanan hidup aku akan datang....
P/s: sebenarnya program ini adalah untuk mengambil 1000 tapak tangan dan dibawa ke puncak.. kami berjaya membawanya malangnya gambar nya tiada... kerana masaalah teknikal.. ketika itu hanya terdapat dslr dan oleh kerana cuaca yang sejuk kami tak dapat mengunkan dslr itu bukan kerana rosak tapi kerna kami takdapat bukak sarung tangan kesejukan..

Created By : Ryzs

Friday, July 10, 2009

Ekspedisi Mencari Ilmu Gunung Kinabalu (Hari 7)

Salam...







Hari ketujuh... ia bermula luar biasa sedikit dari biasa... kerana jam menunjukan 12.00 tgh pagi dan kami berada di dalam kesejukan mengharungi cuaca sejuk untuk melengkapkan misi ke puncak gunung kinabalu... dengan harapan tidak terkene ams (attitude mountain sickness) maka kami di arahkan untuk berkumpul di panar laban hut pada jam 12.oo pagi kerana perlu pintu gate akan di bukak pada jam 2.30.... terasa bagai malas je nak bangun namun pintu ke puncak hanya akan di buka dari jam 2.30 pagi dan akan di tutup pada jam 11.00 pagi... maka dengan berat hati kami bangun untuk bersiap..




seperti yang di nyatakan post aku sebelum ini, aku duduk di waras hut bersama dengan fahmi, is, dan atan... ketika bangun aku lihat atan sudah bangun.... kami terus mengenakan baju tebal untuk daki ke puncak... dari panar laban ke puncak hanya sebanyak 2.7 km sahaja... hati kecil ku bertanya mengapa perlu malam ini untuk ke puncak jam 5.00 pagi pun bleh pergi.. tapi oleh kerana aku ikut program maka aku pun begerak dengan berat hati... alah tak sampai 3km jer... mesti boleh wat dalam 4 jam jer...



aku menyiapkan diri dengan berpakaian wind breaker jenama Givi, aku 2 lapis baju dan seluar serta memakai givi... kemundian membawa beberapa biji epal dan 2 botol air kecil... serta tongkat yg di beli ketika sakit 2 hari lepas... rakan rakan kabin aku tertawakan kan aku menyatakan bahawa aku macam mat rempit nak naik gunung... hah lantak lah.. yg penting aku tak sejuk...



setelah siap pasang head lamp, aku dan atan terus ke panar laban, oleh kerana is dan fahmi lambat maka kami pergi ler dahulu.. perjalanan ke panar laban dari waras hut tidak lah jauh tapi baru beberapa langkah begerak sudah terasa penatnyer... gila baru aku tau kenapa perlu waktu yang lama untuk daki ke puncak walaupun jaraknya tidak lah lama... sesampai sahaja di panar laban aku rehat dan terus makan epal sebiji bersama atan... rasa mcm dah samapi puncak pulak.. ketika di tangga sementara menunngu budak lain bersiap aku melihat pemandangan... ya allah menakjubkan... melihat bintang bagai boleh ku petik buat kerongsang, dan bandar bandar di bawah yang besar beratus km bagai lilin yang boleh di tiup untuk dipadamkan...

lebih kurang sejam masa berlalu tetiba kami di pangil untuk masuk ke panar laban hut... setibanya kami di dalam sahaja kelihatan ramai orang tapi aku tak berani nak tegur berikutan semua memakai topeng, bewarna warni... namun aku masih di kenali kerna aku seorang akan pakai Givi ini... hahaha lawak pulak ketika inigin berkenalan satu sama lain... kami akan tanya dulu nama kemudian baru kutuk... hahahaada yang tesarlah berbual dengan orang asing... hahaha... seperti menaiki tadi kami di bahagi 3 kumpulan lagi...


selepas warming up dan membaca doa oleh ustaz azrin maka kami beratur satu persatu mengikut kumpulan yang di beri... tepat jam 2.30 sahaja pintu di buka... maka bermula lah pendakian...oleh kerana aku dah 2 kali warm up maka perjalanan itu tidak lah sukar... tetapi kesian melihat rakan rakan ku yang lain... setapak jalan berhenti setapak jalan berhenti.. oleh kerana aku nak naikan kadar psikologikal lelaki maka aku buat janji untuk memastikan selagi semua perempuan tidak menghidap ams aku akan pastikan mereka ke puncak...


ramai di peserta yang tidak sabar terus menaiki ke puncak tanpa mengikut dalam kumpulan.. namun oleh kerana aku dah berjanji maka aku kana buat... pada mula perjalanan aku bersama dengan atan... tetapai semakin lama atan makin laju dan aku menungu teha, amalina dan shah, fahmi, sahli.... dalam perjalanan ke sayat sayat agak cepat dan jalan dalam gelap menyebabkan tak nampak sebarang bahaya.. tiba tiba keadaan menjadi begitu perlahan.. di tanya mengapa pada orang depan mereka berkata terpaksa menguna tali.. herm perasaan tidak selesa aku meningkat... herm nampaknyer perjalanan ke puncak ini agak mencabar kerana terpaksa berpegang tali supaya tidak jatuh...kami terus mendaki mengunakan tali sehingga sayat sayat hut.. di situ terdapat ramai rakan rakan kami yang hampir putus asa...




setibanya sayat sayat kami mendaftar dengan menunjukan tag tadi... dan tanpa melengahkan masa kami terus ke puncak low.. dalam perjalanan itu rasa bagai baru lepas beperang pulak... ramai yang tersadai bagai askar cedera parah.... dan tidak dapat meneruskan perjalanan.. kesukaran bernafas memberi kesan besar pada peserta sampai ada yang terpaksa di usung kembali ke sayat sayat.. malangnyer mereka adalah lelaki.... oleh kerana aku dah berjanji akan membawa mereka ke puncak maka aku terpaksa guna skill sweeper terulung... iaitu membebel...




ketika ini aku baru sahaja lepas south peak... dan kelihatan matahari sudah terbit menhilangkan kegelapan malam dari donkey ear peak... mmg menakjubkan.. cantik namun kami harus begerak laju... aku meksa amalina dengan marah dia... memang agak berat hati namun perang psikologikal ini mesti di menangi... ini termasuk lah memarah atau memukul mereka..




dalam perjalan naik ini ramai peserta sudah mula turun... lagi ler sakit membawa mereka... namun dengan kudrat yang di beri tuhan maka aku membawa beberapa beg untuk memudah kan mereka begerak.. setibanya kaki bukit low peak ranger tidak memberi kami naik ke puncak... namun setelah memaksa guider menyatakan ini merupakan antara misi paling jauh maka dier melepas kan dengan syarat semangat mesti kuat.. itu merupakan kata kata guider yang di pegang oleh aku..


aku membawa mereka semua ke puncak... setibanya ke puncak memang menakjubkan... hilang segala penat... kami terus mengambil gambar dan terus memulakan perjalanan turun... guider berbisik pada aku menyatakan jika kami turun lebih dari jam 11.00 maka kami terpaksa memberi duit lebih masa kepada guider... maka kerana risau aku terus memaksa mereka semua turun dengan pantas... perjalanan turun tidaklah sukar namun keadaan angin boleh menyebabkan badan aku terbang,... ketika ini aku bersyukur memakai wind breaker...



aku dapat mengukuhkan keadaan badan... dan terus belari turun... memandangkan kami memulakan perjalanan turun jam 8.00 pagi maka ada lagi 3 jam sebelum perlu bayar lebih masa.... dalam perjalanan turun ini oleh kerana aku begitu excited maka buku lalukiri aku terkehel ketika pergi ke panar laban... namun ki kuatkan badan dan terus melompat lompat... akhirnya aku smapai di gate tepat jam 11.00 pagi... ah lega semua turun dalam keadaan yang tepat... aku dapat pangilan menyatakan atan dah ada di waras hut dan kuci bilik pada aku...


aku terus turun ke laban rata dan memberitahu kat kafe untuk sediakan makanan kepada kami kerana masih ada beberapa peserta yang belum makan, dan turun ke waras hut untuk jumpa atan dan berkemas kerana kami perlu turun segera... dalam perjalanan ke waras hut itu group pertama baru sahaja start turun...



selesai sahaja berkemas aku terus makan bersama sama yang lain dan teruskan perjalana turun... oleh kerana aku sakit makan aku berjalan dengan perlahan tetapi aku langsung tidak berhenti di mana mana pondok... sepanjang perjalanan aku berjalan perlahan lahan seorang kerna ada yang tidak boleh ikut kelajuan aku maka ramai yang memintas aku...



perjalanan ke timpohon ini berasa sungguh lama dan sungguh sakit.. oleh kerana aku pun dah injured maka aku teruskan perjalanan seorang diri... di timpohon gate aku berjumpa dengan beberapa peserta dan kami ditumpangkan ke kinabalu park.. perasaan laga apabila melihat smua sudah ada... sementara menunggu mereka yang lain sampai aku makan sekali lagi... selesai sahaja kami terus ke krm untuk tido dan malam ini ada post mortem..



kami di ajar r.i.c.e (rest, ice, compress, elevate) atau r.a.b.a (rehat, ais, bekam, angkat) oleh yasir foo dari team tact... selesai sahaja kami terus berehat tetapi rindu lakas serawak melanda maka kami terus ke kedai depan krm untuk terakhir kalinya...


jam 1.00 pagi kami pulang dan terus tidor.. esok pagi kami akan beli cenderahati di pasar filipina... semoga jumpa di post seterusnya


P/s: tahniah kepada cinta cinta kinabalu.... hehehe paham paham suder.... ada beberapa orang sudah jumpa cinta kinabalu mereka...
Created By : RyZs

Ekspedisi Mencari Ilmu Gunung Kinabalu (Hari 6)


Salam...

selamat bertemu kembali... setelah seberapa ketika aku hampir melupakan blog ini.. namun jika aku tak setelkan pasal kinabalu ini maka aku akan rasa diri aku tak lengkap so aku cuba untuk menyiapkanyer... pada hari ke enam seperti di janjikan oleh team tact kami akan ke kinabalu park untuk mendaki gunung kinabalu...


kami di beritahu untuk sampai di kinabalu park sebelum jam 8 namun atas sedikit teknikal error kami menanguhkan dan tiba di kinabalu park pada jam 11 pagi, keadaan di situ agak sejuk dan itu baru kaki bukit.... setibanya di sana semua peserta membuat warm up, sementara ajk menguruskan mengenai pendaftaran dan berurusan dengan porter. kami di bekalkan dengan makanan lunch set berupa air tin oren f&n epal, roti, telur rebus, dan nasi.... bekalan ini adalah untuk di makan ketika di perhentian ketika perjalanan.. di samping itu kami di beri tag yg tertulis nama kami... tag ini di perlukan untuk mendapatkan sijil bukti sampai ke puncak... kami di beritahu bahawa tag itu mesti di tunjuk pada timpohon gate, sayat- sayat, dan puncak...



di antara pondok pondok yg mesti di harungi adalah 1) timpohon 2)kandis 3)uban 4)lowii 5)mempening 6)layang layang 7)vilosa 8)paka 9)laban rata 10)sayat sayat 11)low's peak (puncak) kami berhenti makan di pondok mempening... sepanjan perjalanan ini anda tidak perlu risau mengenai air kerana setiap pondok menyediakan tempat air... trek ia agak senang berbanding dengan gunung gunung di semenanjung.. ini kerana sepanjang perjalanan hanya lah pada 20 kecerunanan...

dengan hati yang terbuka kami begerak dari timpohon gate.. kami di beri 3 kumpulan bedasarkan pada prestasi kami di gunung rajah.. secara am nyer kebanyakan peserta dari shah alam di beri tugas sebagai sweeper... dengan hati yg sangsi kami memulakan perjalanan... macam tak percaya bahawa kami sedang mendaki gunung tertinggi di malaysia.. dalam perjalanan kami jumpa pelbagai pendaki luar negara... dalam perjalanan itu mereka menyatakan bahawa di atas banjir.. terkejut jugak... mcm ner kat atas gunung boleh banjir...

selepas timpohon terus jumpa kandis selepas 5.6 km perjalanan.. oleh kerana cuaca agak sejuk maka kami tidak terasa snagat penat malahan training kami (shah alam) membuahkan hasil segala kami buat begitu terasa nikmatnyer... pada ketika ini pegerakan group masih nampak terkawal....


pada 7000kaki kami jumpa pondok uban... masih segar di ingatan trek k.k ini sungguh cantik.. pada ketika ini sudah nampak stamina setiap peserta semaikn bekurangan bagi yg tidak buat training ini semakin nampak jelas... kami begerak dahulu tetapi porter yg membawa barang kami boleh sampai dahulu berbanding kami... aku sangat kagum dengan mereka... mereka boleh membawa berat sehingga 80kg untuk naik gunung kinabalu ini.. gila.. mcm tak percaya... il take my hat and head off to you guys..
pondok seterusnya adalah pondok mempening ia dinamakan begini berikutan pendaki akan berasa pening berikutan tekanan berbeza... kami makan tengahari di sini... setibanya di sini membuktikan bahawa kami sudah bejalan sebanyak 8km... perjalanan ia sungguh seronok... di tambah dengan rakan rakan yang suka berbual bagai tak terasa penat perjalanan ini...



keadaan sejuk ini sungguh terasa... mengikut jam atan yg di beli khas untuk perjalanan ini sekarang hanya 20'c tapi sejuknyer agak terasa... namun kaki tidak terasa... seterusnya kami akan taiba di layang layang hut... kelihatan semakin ramai pendaki dengan muram turun dari laban rata... kadang kala kami tanya bagaimana puncak dan jawapan sama kami terima "is beutiful man you should see them at least once in a life time" ayat ini menyebabkan aku labih bersemangat untuk ke puncak... herm tak sabar nak samapi ke layang layang hut...



setelah meningalkan mempening group kami bersepah sesiapa yg tak larat akan di tinggalakan.. oleh kerana aku agak kesian kan kawan kawan maka aku stay jalan lambat... ramai dari kami (peserta s.a) pergi laju dulu... oleh kerana aku sweeper aku jumpa ramai peserta lain dalam perjalanan ke layang layang... setibanya di layang layang bermakna kami sudah tiba pada 8865 kaki pergh di sini aku rehat agak lama.. kesan dari makan tadi masih ada di dalam sistem badan aku.. mengah siot...



setelah berehat dgn lama nyer kami terus begerak pada ketika ini kalau tak silap aku aku bersama dengan fateha, ika, sahli, fahmi, amalina,... aku jalan dengan diorang sebb diorang bwk kamera... ahhaha sory guys.. seterusnya kami akan tiba di vilarosa...... dalam perjalanan ke vilarosa kami terjumpa pendaki dari singapura... mereka bertiga.... sempat ler jugak bertukar tukar pendapat dengan broken inggelish aku... hahaha.... kami berbual sehingga ke vilosa..... setibanya di situ makin ramai peserta yang tertinggal... so aku stay lama sikit... dalam 14 min kami begerak dari vilosa... seterusnya kami akan tiba di paka.... teringat trip ke terengganu ketika konvoi... kami teperangkap di paka terengganu...

.


setelah 30 min pejalanan tiba tiba hp aku bedering.... memecah sunyi kenangan... rupa rupanya sham telefon aku dari seberang... mereka yang berada di medan.. patut ler nombornye begitu panjang... mereka sekarang berada di medan dalam program usahasama my red gpms bertukar tukar budaya di usu... pergh... tak sangka betul ..... setelah berbual seketika... kami memutuskan perbualan berikutan risau member kene bayar mahal.. sempat juga dier kirim salam pada kami semua...... hanya lagi 30 min untuk sampai di paka... tapi rasa begitu penat... mgkin cuaca menyebabkan keadaan lagi sukar.....



setibanya di paka iaitu 10,105 apl keseronokan itu sungguh terasa... pergh nikmat duduk setelah beberapa minit kami meneruskan perjalanan... dalam perjalanan itu kami melihat tapak helikopter dan pelbagai pemandangan yg cantik... pemandangan ketika itu tak dapat di ucapkan... seperti kita berada di taman bonzai yg ada lebih dari 1000tahun... redup dingin... herm... mmg pengalaman yang tak dapt di lupakan.... cantik mmg cantik... ketika ini segala puji di beri pada allah keran membenarkan aku melihat bertapa cantiknya ciptaanya... allah maha besar....



oleh kerana oksigen semakin menipis... kadar penat kami begitu teruk.. setiap 20 min kami akan berhenti.... panat ia sungguh terasa...... tatapi janji bahawa laban rata tempat di mana kami akan rehat sudah berada di depan kami..... kami tiba di laban rata jam 5.00 petang... setibanya kami di sana kami terus makan... makanan pertama aku nampak ketika itu adalah kambing.... aku diantara orang bertuah kerana ketika aku tiba kabus sudah mula bergerak untuk tempoh 5 min... dan aku nampak permandangan yg takkan dilupakan... no word can dscribe it... it was magical... dengan keadaan cahaya matahari yang menyinari gunung you got to see to believe it... selepas makan kambing kami di suruh ke kabin masing masing....



aku di beri waras hut... pondok paling bawah.... dalam kabin aku adalah aku, atan, is, dan fahmi... setibanya kami di kabin terus bersedia untuk tido kerna perjalanan ke puncak akan di buat jam 2.00 pagi dan kami perlu berkumpul jam 1.00 pagi.... tetapi kerana kami ni nakal sikit... aku dan atan terus bukak baju hanya meningalkan seluar... pergh kerja gila kami mmg bodoh.. kemundian si atan caba untuk tido tak berpakaian.. oleh kerana nak jugak cuba maka aku pun menagalkan pakaian.. dan tido belengeng... mmg sejuk tapi aku masih boleh tahan.. suhu ketika ini adalah 16-17'c herm.. pastu nak kencing pulak... pergh air kat atas tu mcm HARAM...... serius... gila bukak jer air paip dier pergh mcm basuh bontot dengan air batu.... gila..... tobat terus nak berak lagi lepas tu... merah bontot kesejukan... ingat aku sahaja.. rupanya atan pon sama...



jam menunjukan jam 12.00 tmlm dan aku bersiap sedia untuk mendaki ke puncak.... ketika ini kami masih tidor berlenging, terus pakai baju... badan rasa sejuk... tapi desebabkan keadaan begini badan aku biasa dengan keadaan sejuk.. hahaha tetiba rasa pelik pulak... sesudah bersiap.. aku kejut fahmi dan yg lain... din dan el juga di kejut di kabin sebelah.. semangat sunguh meluap ketika itu.. tetapi thats another story....





p/s kalau salah info tolong maafkan yer kwan kawan.... this is base my human memory..... mlm tu sebenarnya kami ada pillow talk... akhirnya fahmi mengaku... hehehe

Created by : Ryzs


Sunday, May 31, 2009

Siaran Tergangu....

salam.. kepada para blogger....

oleh kerana saya akan bercuti makan selama 2 bulan maka tidak lah dapat saya membuat siaran lanjutan dalam masa terdekat \ini...

ribuan terima kasih kerana anda semua sanggup besabar.. bukan malas nak update.. tapi agak bz buat beberapa ketika ini..malahan kemudahan juga tidak membenarkan saya terus meng'update' blog ini.. salam cuti dan ketemu lagi..

Created By: RyZs

Friday, May 1, 2009

Ekspedisi Mencari Ilmu Gunung Kinabalu (Hari 5)



Salam...

Seperti apa yang aku nyatakan dalam post aku sebelum ini... pada hari ke-5 ini aku akan pergi ke poring hot spring... poring hot spring merupakan tempat di mana para penduduk tempatan melawat ketika mereka cuti.... tempat ini berada 1 jam perjalanan dari krm dan untuk kesana kami harus melalui gunung k.k (bukan mendaki tapi lalu jer...) herm.. debaran ketika gunung itu depan mata sungguh terasa.... 



setibanya di poring.. kami terus pergi dan mencuba aktiviti di sana... aktiviti yang ada di sana adalah termasuk melalui jambatan gantung atas pokok.. kira canopy walk canopy walk ini tidak lah jauh.... cuma 2km jer.... tapi oleh kerana aku gayat maka perjalanan itu umpama 4 jam... pergh tapi dengan semangat kental aku meneruskan perjalanan walaupun kekadang kene sergah namun aku tetap yakin dengan tali (padahal ego malu ler tak lepas) 



selepas itu kami terus pergi ke kolam air panas.... herm sebenarnya kaki aku injured ketika pulang dari pulau manukan... namun sebab nak kaver maka aku pura pura tak sakit... namun hari ini sakit dier sungguh menucuk.... herm baru jalan beberapa meter dah terasa macam nak tercabut.... herm harap harap selepas masuk air panas  kaki aku baik ler...



herm memang agak lega sikit namun sakit tetap sakit... time ni mula terpikir macam ner ler esok nak naik gunung kinabalu besok.. malu ler kalau tak sampai puncak.... keadaan kolam air panas di sini agak berbeza... di mana setiap kolam akan ada 2 kepala paip untuk mengisi air panas dan air sejuk.... seterusnya kita kene isi sendiri... tapi lamanya macam setahun tunggu.. last last kami minum kelapa sambil mandi di kolam besar dan hanya menjejak kaki di air panas cukup ler sekadar merasa....



semasa balik kami di benarkan untuk besiar siar di bandar k.k pada masa ini ler aku terpaksa ler beli tongkat.... herm ramai diantara group shah alam membeli peralatan tambahan termasuk ler muffler, topi, mask, dan sebagainyer... agak murah jugak perlatan mendaki di bandar k.k ini... selepas beberapa seketika kami menaiki bas untuk pulang ke krm.... 



pada malam ini kami di suruh untuk memakai peralatan untuk mendaki.... aku bawak le tongkat itu... tetiba ramai pulak nak beli..... herm... selesai sahaja persiapan kami di beri breifing untuk bagaimana keadaan disana bedasarkan pada pengalaman orang yang turun dari kinabalu.... keadaan nyer sungguh sedih kerana hujan.. dan mengikut kata yasir jika hujan maka guide tidak akan benarkan naik puncak.. maka dengan harapan bahawa esok tak hujan aku tidur ... malam ni tak makan laksa sebab ngantuk sangat...macam biasa esok pagi kene bangun pagi jam 5 pagi...



p/s : aku rasa macam ada info salah tapi akuterjah jer la... sbb dah lama ler.. agak lupa... sori yer...

Created By: RyZs