Salam...
Pada 20-21 june 2009 yang lepas group dari umags s.a telah mendaki gunung Bunga Buah. Pendakian ini adalah sempena menyambut tahun ke 10 unisel di tubuhkan, oleh kerana umags juga telah 10 tahun, tujuan pendakian ini adalah untuk membuat 1000 meter apl secara kumulatif. trip pertama adalah gunung bunga buah yang terletak di genting highland
pendakian ini disertai oleh pelajar unisel seramai 40 orang dan selama 2 hari 1 malam. pendakian ini akan tidur di puncak gunung bunga buah. kali ini umags telah mengambil kumpulan explorer sebagai jurupandu kerana telah selalu berurusan dengan mereka.
publisiti telah begerak secara tertutup 2 minggu sebelum pendakian dan berjaya mencari orang yang berminat untuk pendakian ini. maka seperti yang di janjikan pada 20-21 hb kami begerak, oleh kerana pendakian ini hanyalah 2 hari dan 1 malam maka tidak banyak barang yang perlu di bawa, hanya barang barang yang penting sahaja. pada perancangan asal sebanyak 5 khemah di bawa dan 3 set fly dan ground sheet di bawa.
kesemua peserta di suruh berkumpul di pintu gate sebelah petronas pada jam 6.30 pagi dan di bahagikan barang barang makanan dan peralatan khemah yang lain. satu pujian di beri kepada peserta kerana mereka begitu disiplin menepati masa. tidak pernah trip sebelum ini yang mempunyai peserta begitu disiplin. bas tiba di pekarangan jam 9.00 pagi. dengan doa yang di ketuai oleh rejab kami memulakan langkah untuk ke genting highland.
selesai sahaja membuat pengishtiharan di balai polis gentin highland kami memulakan sesi panaskan badan di pintu masuk hotel seri malaysia. pintu masuk kali ini adalah di hotel sri malaysia. oleh kerana kami tak tahu kepantasan ahli baru maka banyak cp untuk berehat. kami membahagikan group ini kepada 3 group iaitu explorer, cargo, dan sweeper. dan sesiapa yang tertinggal akan di tinggalkan kepada sweeper.
semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan namun terdapat seorang dua yang pertama kali naik dan tidak mempunyai kelengkapan yang sesuai untuk pendakian gunung walaupun telah di beritahu. aku di tugaskan di kumpulan sweeper. seperti yang di rancangkan perjalanan ini mengambil masa selama 4 jam.
1 jam sebelum ke puncak kami tiba di punca air, oleh kerana di puncak tiada punca air maka kami perlu memenuhkan water canister kami disini. kami di bekalkan 5 canister dan setiap canister boleh berisi sebanyak 10 L. agak berat dan penat jika di bawa gunakan tangan. setiap 5 min perjalanan telah menyebabkan peluh yang boleh di lap. maka aku masukan dalam beg. beban di tangan agak kurang tapi masih berat dan perjalanan aku semakin perlahan. ini adalah kerana dalam beg aku terdapat sesuatu yang di luar dugaan aku.
1 jam kemudian kami tba di puncak. walkie talkie yang digunakan tidak dapat di gunakan sepenuhnya kerana ganguan dari pelbagai benda asing termsauklah bangla bangla dan indon indon. agak lawak apabila kami memangil atan dan bangla yang menyahut... hahaha..
selesai sahaja memasang khemah kami terus memasak. beirut kami jadikan sebagai surau sementara. agak lawak apabila salah kiblat kerana 1 kompas telah rosak dan selepas dapat kompas yang betul baru kami tau arah kiblat sebenarnya.
malam itu terdapat 2 aktiviti biasa iaitu ice breaking dan makan beradap. selesai semua program dalam jam 12.00 mlm kami di benarkan tidur dan setiap kumpulan kene sentri selama selang 1 jam. kumpulan aku adalah pada jam 5 pagi, dan aku teruskan sehingga balik. oleh kerana kumpulan aku terdiri dari tuan badlishah maka banyak hasil makanan yang aku dapat. jam 7.00 pagi kami menyediakan sarapan pagi dan makan tembikai yang telah aku bawa, namun ramai yang tak makan kerana takut ter"beri-beri"
selesai sahaja sesi ambil gambar dan bacaan doa, kami meneruskan perjalanan turun ke kaki gunung dalam jam 10.00 pagi. pada ketika ini terdapat beberapa orang yang injured, ini merupakan pengalaman sweeper aku yang paling penat kerana membawa seorang yang tak makan sarapan. semua barang barang, sampah di bawa ke bawah, di samping itu kami juga mengarahakan supaya membersihkan gunung dalam perjalanan turun.
setiap langakah budak itu berjalan dengan perlahan, dan setiap 10 langkah dia akan berhenti, pergh penat nya bukan kepalang dan ada ketika dia colapse. pergh mmg penat setibanya di kaki gunung dalam jam 3 petang, dan kami hampir di marahi oleh driver bas kerana kami berjanji untuk tiba jam 2 petang, namun tiada siapa boleh tetukan setiap benda, dan hanya allah sahaja tau setiap perkara.
dalam bas aku hanya tidor kepenatan tanpa mempedulikan sesiapa. kami tiba di pekarangan unisel jam 7.00 petang dan semua berpisah kembali kerumah masing masing.
p/s:gambar bukanlah setusi ketika artikal... sebb banyak sangat aku upload so aku letak jer semua tapi semua mengikut timeline yang tepat kecuali gambar pertama iaitu makan meggi kepunyaan tuan badlishah.
p/s: seribu penghargaan di beri kepada peserta dari s.a kerana memberi kerjasama yang di luar dunia.
p/s: selain dari mendaki kami sebenarnya mencari pelapis umags tahniah kepada pelapis kerana telah dipilih dan semoga korang menjalankan tugas dengan amanah.
p/s: i love you but how do i know u love me too?? is this feeling deceiving me??? demn i hate this feeling of not knowing...
Created by: RyZs
3 comments:
mesti bangla tuh pon name atan kan...??hahaha!
ececeh..sape tuh yg ngko chenta'n tuh ha...tanyela dier..kalo xtanyer xtahu...hahaha!
herm.. tak tau ler banla tu nama atan ker aper.. tapi mmg lawak ler.... huhuhu
err.. ida aper maksud ko spe yg aku chintan??
Tahniah and keep it up.
BHEP
Post a Comment