Monday, December 5, 2011

Menghabiskan Masa ke Jason Bay




































Salam…

Mari Ku cerita berkenaan satu projek under ground dengan rakan rakan dari kampung ku iaitu felda easter yg ku sayangi…. ahhaha setelah selesai program umags iaitu pulau sibu, aku kembali ke kampung aku berikutan waktu itu adalah cuti sem… maka dengan berat hati aku di tinggalkan di simpang kota tinggi dan kembali ke felda waha… setibanya aku di waha aku start mencari rakan rakan aku… macam biasa agak sukar mencari mereka berikutan mereka semua sudah ada hidup masing masing, malahan yg bujang pun cuma beberapa sahaja…




kebetulan ada member aku yg masih bekerja di felda aping sebagai guru sandaran, maka dengan beliau ler aku selalu lepak (ketika si hanafi ni belum kawen la), nak di jadikan cerita pada 2 6 2010 akujumpa mereka dan pergi ke bandar kota… sewaktu balik dari karaoke kami mebuat rancangan untuk pergi berkhemah di jason bay berikutan dah lama tak keluar sama sama….




lokasi jason bay menjadi pilihan berikutan kawasan nya dekat dengan kampung aku (dalam 40 min jer..) so kami rancang tuk berkhemah di sana… setelah pelbagai alatan di packing maka kami pun pergi menaiki kereta si amri… sewaktu di sana keadaan adalah mendung dan hampir hujan maka kami pun bersiar siar di tepi pantai sebelum pergi pasang khemah….




selsai beronda ronda kami makan nasi dahulu berbekalkan lauk yg aku bawak dari rumah kami makan nasi dulu.. (pada rancanagan asal nak masak tp kalau dah ada asam pedas mmg bwk je lah.. lagi senang ahhaha) selepas makan kami pun pasang khemah di tepi pantai beserta ungun api…. tak banyak boleh di cerita sekadar camping tepi pantai macam biasa je maklumlah lepas gian….




campsite adalah di belakang salah satu resort di sini… agak tenang…. sangat sesuai untuk pergi berehat….




selesai pasang khemah kami minum teh sambil bertukar pendapat dan merokok…. perkara biasa di tapak perkhemahan.. hahaha fasiliti kami agak banyak berikutan kami berada berhampiran dengan resort…




selepas selesai isyak kami pasang ungun api dan masak bbq ayam serta frankfruiter….. item yg aku sangat suka masak…



sedang seronok masak datang pulak segerombolan mat motor…. time tu hati bingit… tp rupanya anak murid si hanapi tadi… so join je ler…




di sebbkan sekarang cuti sekolah dorg wat bbq di sini….. tp dorang tak berkhemah.. dorang tidor chalet… lg maju dari kami.. hahaha




dengan kehadiran dorang kami agak meriah sikit… kalau tak kami berempat jer.. hahaha




bebudak zaman sekarang mmg berani dan matang dengan cepat… terus terang aku cakap… kalau dulu kami macam pikir 2-3 kali kalau nak keluar tapi sekarang dorang cepat jer…. mak bapak pon makin sporting.. hahaha





aku mcm biasa la tidor pakai sleeping beg je mlm tu… kat luar sambil mengira bintang… tapi tanpa di sangka rupanya tempat aku tidor tu merupakan mengahadap laut dan time matahari terbit tu mmg tepat di pandangan aku…. ahhaha syok gak…




kucing mmg extra banyak time aku kat sini mungkin sebab aku bau ikan kot…. hahaha….




pagi tu kami mandi dan bermain di tepi pantai… seronok gak layan budak budak terasa diri ni muda lagi.. hahahha




member aku ni mmg seorang guru yg baik so murid dia mmg sangat sporting dengan dia… so mmg senang rapat la… kawan aku lagi dua orang tu pulak kaki layan jer.. so senang la kerja… ahhahha




pelbagai gelagat dorang aku saksikan kekadang rindu time kawan masih ramai.. sekarang ni dah semakin kurang kawan kerana tangung jawab pada keluarga dan isteri… mmg seronok kalau muda tu tak berakhir tapi pengalaman pulak berkurangan harap harap anda menghargai masa muda anda… live to the fullest ler kata orang…




tapi kalau di tanya pada aku kalau dapat patah balik pada masa silam adakah aku nak tukar cara aku… dan aku akan kata tidak… sedikit pun tidak… sebb aku sangat gumbira time zaman muda intu… (sekarang pun masih muda kot..) ahhaha so aku sangat gembira di kurnia rakan rakan yg baik dan ambil berat tak kira anda di mana, dari unisel, waha, easter dan lain lain…




kepada pembaca muda sekalian jangan la anda hidupilah kehidupan anda dengan sepenuhnya ambil peluang, dan hadapi dengan tenang…




sewaktu aku menulis cerita ini aku sudah pun bermula menjalankan tangungjawab untuk berkerjaya namun perasaan untuk belajar lagi masih ada.. kerana waktu belajar adalah waktu paling indah… ahhaha




baru aku perasan gambar aku mmg gelap berikutan aku baru turun titiwangsa dan pulau sibu ahhaha



sekian terima kasih….

p/s : thax amri ucop dan napie sebb layan aku nak camping
p/ss: kerja mmg suck tp hadap dengan tenang jer ler…


Created by : RyZs

2 comments:

sangai biru said...

blaja ttp the best..keje, to be honest is suck..but thats life..sym jer..haha..hidop sayak kite..haha

noobb said...

hahaha betul betul