Tuesday, August 7, 2012

Wonders Of Yong Yap Reverse…

Salam…
Its been a while sejak aku menulis blog, mungkin dengan jadual aku yg agak bz dan ketiadaan tempat berinternet untuk aku publish so aku hold up cerita aku, afta beberapa bulan dan boleh di kira tahun maka aku cuba untuk menulis kembali di blog ini.. publish kali ini adalah berkenaan dengan trip aku ke yong yap

Nama Program : Aboriginal Exploration And Team Building 2010
tarikh : 03 November 2010
peserta : 35 orang dan semua adalah dari UMAGS
Guide : Penyamun
DSC_0003 DSC_0004 DSC_0013 DSC_0040
Ini Adalah program terakhir yang aku terlibat from ground up, ini adalah antara program yang kami rancang untuk melengkapkan senarai G7 bagi peserta yang pergi ke trans titiwangsa namun pelbagai halangan dan dugaan maka hanya sebilangan sahaja yg pergi, malah pelaksana ataupun gogo pun makin kurang, masa program sebelum ini sekurang kurang ada 9 orang dengan memasing pegang pelbagai tangungjawab berbeda, namun atas alasan komunikasi, lokasi, dan lain lain ia menjadi kurang, ini juga adalah kali pertama di mana ahli yg terlibat secara langsung hanya  5 orang iaitu, aku (Publisiti, Keselamatan) , atan (fasiliti, Keselamatan), nad (biro makanan, Aktiviti), mus (pengarah program, biro pengankutan) dan chiko (tugas tugas khas, biro sahsiah). agak depresed sebenarnya pabila pada asalnya kami ada lebih tapi bila last minit ada yg terpaksa tarik diri. so untuk mencantikan perjalanan kami mencari ramai orang baru tuk kaver kami, tapi itu semua tidak membantu sangat, dalam perjalanan kali ini juga terdapat beberapa junior yg di katakan prospek untuk menjaga kelab kami ini di masa hadapan, dengan harapan mereka dapat belajar dan meneruskan kelab UMAGS di masa hadapan..
DSC_0047 DSC_0051 DSC_0053 DSC_0064 DSC_0074 DSC_0095
ini juga antara penyertaan yang ramai dari UMAGS bestari jaya dan dua orang pelajar dari iium dalam program kami, so a lot of new faces and ice breaking to do, bagi kami ini adalah part of learning, tuk trip kali ni kami follow cara trans titwangsa di mana semua ada pair dan semua peserta train sendiri, kami terpaksa buat train sendiri kerana aku agak bz dengan study dan kes menguruskan aku punya konvo, maybe its me, maybe its situation, maybe nothing to do at all ahahha, any way back to story, kami bertolak pada 3 hb selapas maghrib di masjid bestari jaya, banyak kes berlaku sebelum program lagi di mana tetiba biro makanan, biro keselamatan tarik diri kerana masalah perbadi tapi kami dapat atasi perkara itu dengan perasaan hampa…. sewaktu nak pergi nabila menghantar kami, sesunguhnya dia nak pergi tapi oleh kerana mak dia tak bagi so dia tak dapat pergi tapi takper dia muda lagi, mesti ada peluang, biorlah kami yg dah sizen (tua) ni pergi dulu.
DSC_0122 DSC_0124 DSC_0136 DSC_0145 DSC_0144 DSC_0164
Program ini tidaklah selancar apa yang kami harapkan pabila tetiba ramai biro tarik diri tapi apa leh wat, program kene teruskan setelah ia di tanda tangani oleh pegawai hep, malah kali ni kami wajib ada penasihat kelab pergi dan kami putuskan untuk membawa penasihat dari bestari jaya untuk pergi, orang nya muda dan sangat cool, aku sangat hormat pada dia dan anggap dia sebagai senior aku, agak senang aku break barrier dengan dia mungkin kerana umurnya muda dan dia tak pernah mengajar aku so berbeda dengan pelajar enjen yg lain di mana di dipandang sebagai tenaga pengajar akedemik.
DSC_0151 DSC_0200 DSC_0211 DSC_0229 DSC_0230 DSC_0240

pada pagi 3 november itu kami mempersiapkan fasiliti, makanan, dan lain lain. dan bas kami sampai dalam jam 8.30 malam, sebelum bertolak kami membahagikan barang barang dan membertahu proses perjalanan kepada mereka yg pertama kali join kami, kebanyakan dari mereka kelihatan begitu gembira kerana ini adalah gunung g7 pertama mereka, bagi aku atan dan nad trip kali ini hanyalah menjalankan tugas, tak tau nak pikir apa selain kami hanya menjalankan tugas, impak pabila nabila dan sham tak pergi sangat ketara, kami hanya mampu senyum dan sepanjang perjalanan kami berpura pura gembira, ini terbukti pabila di tanya tentang yongyap pada masa selepas program kami tak beberapa ingat, mungkin memori nya tak beberapa lekap di minda (ini di antara sebb aku banyak merepek di blog entry kali ini)
DSC_0248 DSC_0257 DSC_0279 DSC_0265
antara perkara lain yg di bertahu adalah berkaitan pembahagian kumpulan dan partner serta keselamatan oleh fendi (penyamun), trip kali ini kami akan buat reverse di mana kami jumpa gunung yong yap pada hari ke 4 (6hb november) dan jumpa tok nenek dahulu berbanding selalunya jumpa yongyap dahulu sebelum tok nenek. bas kami begerak dari unisel kampus bestari jaya menuju ke pos broke lojing kelantan, selepas itu kami meneruskan perjalanan meniki 4wd ke kampung sungai rengil, pada kami datang ini adalah waktu mengundi malah esoknya adalah hari mengundi bagi penduduk setempat so masa perjalanan kami mmg ternampak banyak bendera parti parti yang bertanding.
DSC_0258 DSC_0307 DSC_0311 DSC_0316
perjalanan ke kampung sungai rengil agak lama juga ada dalam 1-2 jam, banyak kejadian berlaku seperti 4wd rosak dan lain lain, mmg tak di sangka di tengah tengah hutan dalam keadaan sejuk ini ada orang duduk, kekadang terpikir mcm nerla dorang leh hidup dengan jauh dari bandar dan hanya perlukan perkara asas untuk hidup sahaja, tapi persoalan aku terjawab pabila aku sampai di kampung itu, mereka tak lah semundur yang di sangka, agak maju dari angapan aku, malah ada astro, rumah aku pun takda astro, ahhaha, berbanding dengan trip ke chamah dan ulu sepat orang asli di sana lagi hardcore, hahaha
DSC_0326 DSC_0332 DSC_0338 DSC_0343 DSC_0344 DSC_0348
turun sahaja dari 4wd fendi bgtahu bagaimana perjalanan kami dan di mana kami boleh berhenti untuk makan tengahari, kami di jangkakan makan tengahari di kem Y dan berkhemah di last kem belau. disebabkan kes hassan hilang maka kami berjalan agak rapat dan berhati hati. tapi sepanjang perjalanan trek agak tebal, mungkin jarang orang buat reverse maka trek agak bersemak dan banyak detour akibat pokok tumbang dan lain lain, agak kesian aku tengok orang yang menebas, pada awal perjalanan tu mmg trek cantik je dorang buat tapi bila dah 30 minit macam nak tak nak je buat, ye aku tau mmg penat menebas rotan, rumput pokok dan lain lain
DSC_0410 DSC_0359 DSC_0361 DSC_0366 DSC_0368 DSC_0457
kami tiba di kem Y dalam jam 1.00 tengahari dan selepas bersembahyang kami meneruskan perjalanan ke kem belau. kami tiba di kem belau dalam jam 5-6 petang dan kami terus pasang fly dan ground, bagi sesetengah dari kami ini merupakan pertama kali mereka tidur dalam fly dan ground, ada yang terus tido tapi di sebbkan awal lagi so kami membuat ice breaking sedikit sebb kali ni terlalu ramai muka baru, bagi aku biro publisiti ini tidak mendatangkan masalah kerana hampir 70% aku kenal so kami start la kenal kan diri dan beramah mesra sebelom tidor. esok pagi di rancang akan bangun jam 4 pagi untuk pergi ke yongyap dan tgok sunrise tapi harapan tingal harapan kerana memasing bangun sekitar jam 8. dalam jam 9 kami begerak menuju ke puncak tok nenek dan akan tidur di puncak bubu. dalam perjalanan aku di pair kan dengan nad ini kerana pace aku dan dia agak sama lagi pun barang yg kami pegang tak betukar tangan so aku jalan dengan dia, perjalanan ke yongyap banyak berbatu so tiada masalah bagi kami yg kaki panjang ini dan sesekali kami di takutkan dengan bukit pacak katanya… tapi entah bagaimana atau aku terlalu tak ambil kisah so tak perasan bukit itu, tapi apa yang aku perasan adalah setiap kali aku berhenti aku akan tidur, entah tak tau kenapa tapi trip kali ini merupakan trip paling banyak berhenti, sampai kekadang aku baru nak panas badan dah berhenti, mgkn sebb aku bgtau fendi pada awal dulu bahwa trip ini adalah trip rileks, so dia buat betul betul rileks, aku pon ok jer hahahha
DSC_0470 DSC_0483 DSC_0484
kami tiba puncak tok nenek dalam jam 11-12 dan kami akan makan tengahari di puncak kambing, puncak tok nenek mmg lain dari yang lain, sebelum pergi aku ada tengok gambar puncak yongyap dan tgok macam biasa je tapi bila di sana mmg lain, terus terang aku cakap gambar tidak menunjukan apa itu puncak tok nenek. mungkin kamera yang amek gambar tu tak dapat merakam kerana angle untuk amik gambar agak terhad tapi serius puncak dia lain dari yang lain, puncak tok nenek juga di kenali sebagai pucak table and chair atau bahasa jawanya adalah puncak meja dan kerusi, di internet mmg tak nampak mana meja mana kerusi, tapi bila dah datang mmg nampak ada satu batu besar di tengah macam meja dan dua kerusi di tepinya… tak lah jelas kene guna imiginasi tapi nampak la jugak. kami makan di puncak kambing, bila di tanya kenapa puncak kambing kami di jawab sebb nak ke puncak ini kami kene merangakak di bawah akar akar, so bila lalu tu kami pun mengembek,,, ahhaha dan dalam banyak banyak akar tu aku tersangkut dan tak dapat keluar… ahhahaha tu la aku belagak hebat sangat.. padan muka aku… kejadian ini menjadi cerita sehinggalah sekarang… ahahhaha demmit…
DSC_0508 DSC_0507 DSC_0505
setelah makan tengahari kami terus ke puncak bubu untuk tidor malam, perjalanan ke sana agak basah, dalam perjalanan huja so trek agak muddy atau berlumpur bagi rakan rakan yang kaki pendek dan 1st time perkara itu agak sukar bagi mereka, bagi kami yang kaki panjang mmg satu kelebihan pabila dapat lompat dari akar akar pokok dengan penuh kompiden berbeda dengan trip transtitiwangsa aku tension jadi orang tinggi di sini aku agak bersyukur…. ini kelebihan bagi orang tinggi tapi pabila di permatang ia jadi kekurangan pulak… mmg allah menguji setiap insannya dengan kelebihan dan kekurangan, dan allah maha adil. kami tiba di puncak bubu agak lewat dalam jam 7 petang dan semua dalam keadaan basah, di puncak bubu tiada punca air so  kami membawa sorang 3 liter air dari kem lopak air. kem lopak air mmg merupakan lopak air, ahhahaha serius lopak air, di sebbkan di sini merupakan kawasan permatang maka agak sejuk, fendi bgtahu ni tak sejuk berbanding di puncak bubu… demm mmg sejuk di puncak bubu.. mgkan kami sampai dalam keadaan basah ini memburukan keadaan,
PB050894 PB071062 PB071083
aku memberitahu supaya setiap orang tukar pakaian kering untuk mengelakan hyperthermia dan sesuadah itu kami masak dan makan, oleh kerana puncak ini kecik so tak banyak fly boleh di buka dalam 3 fly sahaja dan sebilangan lelaki terpaksa bekorban lemak menahan sejuk pabila fly di pasang agak sengat menuju ke gaung dan mengadap angin, untuk aku pulak aku tidor bersila dalam hammock yang di pasang antara dua pohon yang menjadi tanda puncak bubu part ni aku tak lupa, pada mulanya aku tak sedar ni jadi tanda dengan perkataan PUNCAK BUBU tertera tapi pabila bangun dan dapati ramai sedang amik gambar dalam aku tgah tidor dalam hammok so aku tau itu silap aku… puncak ini adalah antara kem site best best dalam trip ini kerana puncak ni beratapkan sarang labah labah yang banyak, di sebbkan kami tiba malam maka kami tak nampak tapi bila pagi mmg ternyata banyak…. bagi aku puncak ni cantik dengan khazanah alamnya…. aku tak pernah nampak puncak seperti ini… bayangkan kiri kana anda pokok renek (pokok yg biasa di puncak tu aku tak tau nama) kendian atapnya spider web… mmg da bomb…. aku sangat suka puncak ni…. tapi kekadang rasa geli pun ada… hahahahha bagi sesapa arachnophobia mmg tak di galakan datang… hahhaha
DSC_0523 DSC_0526 DSC_0524 DSC_0525
kami stay di puncak bubu agak lama kerana puncak yongyap hanya sebelah kami sahaja kami makan kek kurma ketika ini dan ambil gambar  beramai ramai…. malah menyanyi lagu negaraku… hahaha sesudah semua bersedia kami begerak ke simpang yongyap. d simpang ini kami tinggalkan beg dan free body ke puncak. dari simpang ni mmg banyak track tipu, ini terjadi kerana kes hasan hilang dan mereka open track untuk mencari nya so perjalanan kami ke puncak agak rapat dan berhati hati, setiba di puncak amik gambar dan terjumpa group cina, aku di pahamkan group cina mmg suka naik yongyap, sewaktu turun aku adalah orang terakhir jadi sweeper konon.. hahahha dalam perjalanan terperasan ada antara rakan rakan aku off track dalam 10-12 orang… dan mereka dalam perjalanan naik semula… serius mmg banyak trek di sini… nasib baik dorang jalan tak jauh kalau tak entah kemana dah dorang sampai…

setiba di simpang yongyap kami terus angkat beg dan meneruskan perjalanan… keadaan hujan dan sangat sejuk… serius.. sejuk… kami meneruskan perjalanan turuk sehingga ke kem balak pecah, di sini kami berehat sekejap, dalam sejuk hujan pun kene rehat, ramai di antara kami nampak rilek mungkin kerana barang mereka dah kurang, tapi bagi aku dan nad dari naik sampai turun sama je berat beg tak kurang tak lebih ini lah akibat kalau bawak barang fasiliti…. hahahha di balak pecah rakan aku dari iium ni sembahyang aku agak terkejut dengan keboleh upayaan dia sembahyang, mmg betul sembahyang itu mudah, di sebbkan takda punca air dorang amik wuduk guna embun dan air hujan, agak terkesima jugak la aku tengok dorang, sangat kagum dengan dorang, mmg seorang anak yang baik, tahniah kepada bapa dorang, hahahhah
selapas solat kami meneruskan perjalanan ke kem agas… nak ke kem agas ni keadaan dah gelap di tambah hujan jadi perjalanan agak perlahan dan berhati hati, kami sampai dalam jam 8 malam dan terus pasang fly, ini merupakan kem terakhir kami sepanjang trip ini…. kem ini di namakan kem agas sebb di katakan banyak agas tapi alhamdullilah aku tak rasa sangat mungkin agas tu sejuk kot, kem ni besar, sangat selesa malah punca air pun sangat dekat, tepi sungai lah katakan… kami tidor dan berehat kerana esok nya merupakan perjalanan pulang, kalau dulu dulu aku sangat menanti perjalanan pulang tapi kali ni ia dah tiada makna… mungkin mentaliti aku pada trip kali ini adalah jalankan tugas dan jaga keselamatan peserta jadi ia berbeda dengan sebelum ini yang kami pergi untuk berjumpa, bersenda, bersedih, berehat bersama, hahahha (demmit aku dah tua!!!). esoknya dalam jam 9 pagi kami meneruskan perjalanan pulang.
perjalanan pulang kali ini di beritahu banyak melalui sungai dan hujan semalam menyebabkan air agak deras… sebenarnya sungai tu satu jer, tapi kamu kene lintas banyak kali, ada dalam 29 kali lintasan sungai kalau tak silap dalam perjalanan trans yongyap ini. trip kali ini juga menybabkan kasut aku hancur, abes gam kasut aku, ingat balik umah nak jahit tapi tapak dia dah bocor so cari kasut baru la nampaknya… hahahha beli kasut murah murah sudah… ahahhahha kasut solomon yang aku pakai tuk trip kali ni pun bapak aku belikan dalam rm10 je kat kampung aku so tak nyesal lah aku kali ni… ahhahah pabila tba di sungai rengil 4wd sudah tunggu tapi ada pulak seorang peserta yang kene sengat lebah dan make matter worse dia alergic dengan lebah pulak… adeh dah hujung hujung ada pulak masalah… so aku yang berada di tengah tunggu dia kerana dia adalah di bawah tanggungjwab aku, 2 daripada 4wd tu begerak dulu, beg aku aku tinggalkan bersama salah satu 4wd dan hanya ada 1 walkie talkie, bila di tanya sama atan jauh lagi ke di hanya jawab jumlah sungai so aku kira jer la… dari 17, 18, 19, 20, 21 hinggalah tetiba di tak dapat terima lagi, mungkin bateri abes, dalam sedang aku tungu tu nampak dia dah makin hampir, trip kali ini juga trip paling banyak makan ponstan, makwe yg jadi sweeper merupakan drug deelerr terbaik bila dia kata dah hampir sedozen ponstan di beri pada peserta, aku agak against ponstan so aku kawal pengunaan ponstan tapi nampak nye  ia memberi kelebeihan pada pesakit alergik itu pabila ia memberi plasebo efek padanya untuk kedepan sedangkan muka dia makin bengkak, kami terus naik 4wd dan terus ke cameron highland dalam perjalanan bengkak itu surut….
DSC_0576 DSC_0578 DSC_0579
dalam jam 2 kami tiba di cameron dan drebar bas agak marah marah kerana kami lewat, dari dulu mmg drebar bas ni tak suka group kami sebb selalu tak ikut masa, nak buat macam mana, aktiviti outdoor bukan lah sesuatu yang boleh di jangka dengan tepat, kekadang terlalu cepat kekadang lewat satu atau dua hari itu adalah perkara biasa dalah aktiviti mendaki… kami bersihkan diri di surau di berinchang di mana kami bersiap sebelum kami bertolak pergi ketika sampai, setelah bersiap kami terus naik bas dan terus gerak pulang, nak mintak masa sedikit dengan drebar bas nak pergi shopping langsung tak di layan, dia cuma wat satu stop di kedai dalam 20 minit terus kene naik bas, personally aku lagi suka uncle yang dari shah alam dimana dia lagi care free dan senang berurusan, uncle shah alam tu siap nak bg duit rm300 kerana kes kehilangan ketika program transtitiwangsa lagi.. hahahha, kami tiba di kampus bestari jaya dalam jam 10 malam dan selesai war cry terus pulang ke rumah masing masing… bagi antara kami yg duduk jauh mereka tidur di rumah hajar dan esok nya kami membersihkan peralatan sebelum keringkan dan pulangkan ke bilik kelab….
Sekian.
P/s: ketika waktu aku buat entry ini nabila nak pergi ke yongyap ujung tahun 2012 dan follow group dari ump
P/ss: ini merupakan entry aku yang terakhir bersama umags… selepas ini semua entry adalah dari perjalanan persendirian, ribuan terima kasih kepada dayang sebb bg gambar, ribuan terima kasih kepada penganjur (muhsinin bin zainudin) sebb berjaya melaksanakan program ini, juga kepada mereka yang memeriahkan hidup aku sepanjag degree dengan pelbagai memori yang tak akan dapat di beli, walau pun masa dapat di putar kembali ke masa silam aku tetap memilih jalan ini, terima kasih semua…
P/sss: sehinggalah ke hari aku tulis entry ini (7/8/2012) kami berlima (sham,nad,atan,nabila aku) sangat jarang pergi trip gunung sebagai kami berlima kecuali trip tebu pada tahun 2011
p/ssss: demmit aku sangat rindu time hidup aku hanya belajar dan pergi trip trip gunung, sekarang setaun nak naik satu gunung pun susah…… Hate to admit it but work suck!!!
P/sssss: waktu yongyap stamina aku masih ok, maklumlah rajin gi aktiviti berpeluh, sejak awal 2012  aktivit berlemak jer, sojangan  nak kata panjat gunung, panjat katil pon malas….
P/ssssss: Bila tengok gambar ni, perbezaan antara orang asli dengan aku macam kuku dan kulit…. sebijik macam orang asli siot gambor aku dalam ni…
Created By : MrRyzs