Saturday, August 21, 2010

XPDC Gunung berinchag Irau Umags


Salam..








Seperti biasa aku punya blog adalah berkenaan cerita program yg telah aku ikuti...


program kali ini adalah program expidisi gunung berinchang irau, cameron highland

program ini adalah program dari umags shah alam, ia merupakan salah satu program jalur pendakian 10 tahun unisel di mana kami cuba melngkapkan pendakian setinggi 10 ribu kaki dalam 5 gunung (sebenarnya lebih sebb byk anak gunung)








ekspidisi ini juga merupakan salah satu cara kami mencari ahli untuk ke program trans titiwangsa.







program ini bermula pada 16 10 2009, pada kali ini umags telah mengupah team h2o untuk membawa mereka ke berinchang dan gunung irau. dalam program ini juga aku secara peribadi telah di uji pelbagai cabaran...



kami bertolak selepas sembahyang jumaat dari unisel shah alam dan terus ke batang berjuntai untuk mengambil beberapa peserta dari sana... setibanya di pekan berinchang kami berhenti di surau pekan berinchang untuk sembahyang dan menunggu 4x4 datang membawa kami ke puncak berinchang...







ni merupakan kali ke 2 aku naik 4x4 dan the best thing is aku dapat naik defender 1.10 pergh mmg best terutama semasa layan selekoh ke puncak... terasa nak beli satu kemudian masuk hutan jer...








setibanya kami di puncak kami mulakan memasang khemah. oleh kerana etika kami duduk di fly yg berbeza untuk menjaga mereka.... (ayat poyo nak mampus). sementara menungu malam, semua peserta di arah untuk mencari kayu api, di samping itu mereka di bawa ke menara di puncak beriunchang itu..










aku adalah antara sweeper so aku adalah org terakhir yg akan turun dari menara itu... setelah seketika menunggu thaqifah turun dari menara, menara tu tak lah tinggi sangat tapi tanga nya di perbuat dari besi dan ketika kami datang kabus tebal dan sejuk melanda. sangat sejuk....










ketika thaqi turun dari menara beliau jatuh (aku tulis mcm budak darjah 6 daa...) ni merupakan cabaran pertama aku sebgai 1st aider, dengan bantuan aida kami membawa thaqi pergi ke khemah. setelah di lihat rupanya kaki thaqi lebam... siap wana biru lg...










oleh kerana mereka nak naik puncak maka aku terpaksa mengikat mengunakan bandage... rule dalam 1st aid ialah r.i.c.e atau dalam bahasa melayu r.a.b.a iaitu rest, ice, compres, dan elevate. selepas makan malam, aku sekali lagi pergi ke khemah thaqi untuk melihat keadaan nya.. dia masih boleh jalan dan ingin meneruskan pendakian ini... tahniah thaqifah syaza....










sedang aku melihat tthaqi, kelihatan nabila sedang memotong kayu api, di belakangnya sham dan atan juga sedang memotong kayu itu, tiba tiba kelihatan nad berlari mencari beg 1st aid, aku dgn tenang ckp pada mus, kemudian kelihatan sham pulak cari 1st aid... herm pelik benar mereka ni... aku pun pergi ke fly dalam perjalanan tu atan tiba tiba pangil aku "medic medic" dengan nada pelahan..










aku pun tanya dier " ko asal??" kemudian dia jawab " aku terputung jari aku ketika potong kayu api" aku ketawa jer... (hahahah) "agak agak ler atan, jgn gurau mcm ni sekali" aku masih ketawa sinis (aku hampir sampai tempat beliau).










setibanya kau sampai nad pun sampai, rupanya mmg betul... jari dia terpotong kerana parang....

patut ler si sham dan nad panik... rule 1st aider pertama sekali ialah jgn panik, ni adalah benda pertama terlintas dalam kepala aku ketika menghadapi situasi ini. setelah sham dan nad membawa beg 1st aid aku start ler merawat kononyer....










cari punya cari tak jumpa, mana dettol? mana iodin? man surgical tape? mana gauze... demm.. rupanya semua ini tak di bawa.... nasib baik ada alcohol swap dan instant gauze. darah yg keluar pada masa itu agak banyak juga. tp kami bernasib baik kerana pada ketika ini cuaca sejuk so ia tak ler laju sangat.










setelah menutup jari tu aku sruh atan duduk dalam khemah... (pada ketika ini semua berlagak seperti tiada apa apa berlaku) mula ler terpikir, apsal ler kita tak buat insurans ketika datang ke sini?? hesh bebudak len semua ada insuran cuma kami ber5 jer tak ada...










sedang atan rehat kami di cadangkan untuk mencari getah pisang yg kununya dap memberhentikan pendarahan. setelah cari jumpa satu tp jauh sangat.. maka kami gunakan apa yg ada sahaja.






esok pagi nya kami menasihati beliau untuk tidak pergi mendaki tp beliau kata takda masaalah. so pagi itu setelah sarapan, dan makanan tuk di bawa ke puncak maka kami pun pergi membawa mereka, kami ber5 nad sebagai explorer, sham runner 1, nabila cargo, atan runner 2 dan aku sweeper (tugas biasa aku)










dari puncak berinchang ke anak irau mengambil masa dalam 3 jam, baru jer aku nak turun dari tangga menuju ke chek point 1 tiba tiba terlihat ada budak berkumpul. rupnya ada salah seorang peserta ashtma, setelah menyapu minyak panas, atan, thaqi dan aida membawa peserta itu ke khemah kemudian die akan follow semula perlahan lahan...










sepanjang perjalanan ramai yg cedera kerana terseliuh, ini biasa kerana berjalan di kawasan berlumpur dan berakar ini. walkie talkie merupakan perlatan pling penting dalam trip kali ini.










setibanya di anak irau sham walkie aku bahawa beliau dah sampai di puncak. 25 min selepas itu nad dan group explorer walkie bahwa mereka juga dah sampai puncak dalam perjalanan ini ada satu group lg yg datang lmbt iaitu group outsider di mana mereka semua adalah rakan rakan umags kami yg ada masaalah dan terpaksa datang lambat tp mereka samapai saing dengan kumpulan explorer.



team cargo ada di hadapan aku setibanya aku di anak irau atan juga walkie aku bahwa beliau dalam 10 min belakang aku... (dier agak jer padahal dalam 5 min jer) aku bergerak bersama ngan atan dan thaqi..



dalam 45 min selepas itu team cargo sampai, dan 1 jam selepas itu team sweeper sampai.

setelah bergambar dan makan tengahari sempena raya kami pun turun... sekali lagi aku jadi sweeper (aku mmg suka jadi sweeper sebb bleh tenang tenang) waktu semakin gelap.. tp perjalnan mesti diteruskan...



dalam perjalanan turun waktu dah malam. kebetulan aku tak bwk head lamp (sebenarnya ada tp tak jumpa ketika cari sori sham) dan aku memangil sham sebagai rescue tuk membawa minuman dan headlamp lebih... ketika ini hujan turun agak lebat, kabuspun tebal... jalan makin sukar... nasib baik aku pernah pergi... aklau tak akan sesat... aku suruh mus dan yazid jalan di hadapan tuk push mereka supaya mereka cepat... setelah seketika aku sampai di tangga hutan.. lega.... kami walkie, dan tanya adakah semua ada?? tiba tiba terdengar suara yazid bahawa dia dan mus belum keluar lg.. (perghh parah) sedang aku sedia untuk masuk blik kedalam tiba tiba ternampak cahaya mereka... rupanya mereka tak jumpa jalan ke tangga (jalan tu mmg pelik sebb ada cabang tp ianya berpusing jer) kami memandu mengunakan walkie talkie mereka ke tangga... ketika ini team outsider dah pualng kerana ada hal penting katanya...










fendi (chief penyamun) dah datang dari pagi tadi kerana dia janji nak bgtau info mengenai transtitiwangsa. aku sampai sampai terus ke khemah fendi (sebb ada jagung rebus, jagung rebus cameron highland mmg owning siot) setelah nad siapkan juadah kami ke fly kami, dalam tu kami berbincang mengenai kejadian hari ini. nasib baik esok dah blik, sebelum aku tido aku cari thaqi dan suruh aina tuk urut kaki beliau dan membuat tuam.



esok paginya selepas subuh kami bgn dan sarapan... dalam jam 9 kami di brief tentang trans titwangsa (pegh time ni mmg agak seram ketika dipikir pasal trans titwangsa tp setelah pergi rasa nak pergi lg sekali)



setelah di brief fendi telefon 4x4 dan kami pergi ke pekan berinchang... para peserta di beri masa untuk berbelanja di pekan berinchang tersebut... herm mcm mcm aku tgok dorang beli, siap ada kaktus, dengan patung stroberi besar ler dan tah apa apa....



aku sekadar makan sate sahaja. hehehe selepas itu kami pulang ke kampus shah alam.



p/s: sori sham aku taksedar dow headlamp tu dalam beg

p/ss: nad makanan ko masak mmg sdap dow... terutama sambal belacan yg sham masak tu mmg owning siot... pedas dan pijor...

p/sss: terima kasih yda sebb bg sekotak strawbery

p/ssss: banyak lagi program ni.....

Created By : Mr Ryzs


Friday, May 21, 2010

gunung stong 011009


Salam...

Seperti biasa aku meinta maaf akan lambatnye entry aku ini... dan seperti abiasa juga kau nak mohon maaf atas kesalahan gramar yg akan aku lakukan...
dan seperti biasa lagi lah aku kan bercerita mengenai perjalanan kai ke gunung stong yg seperti biasa pada tahun lepas

XTVT: pendakian gunung stong dan ayam (ayam tak jadi masa tak cukup)
tarikh 1/10/09
peserta: 80 org Umags B.J (termasuk 8 orang dari shah alam)
lokasi : Dabong, kelantan


bermulanya kisah kai yg dapat invitaion dari pihak umags b.j untuk menyertai program mereka ke gunung stong.... oleh kerana ramai dari kami ada perancangan lain maka hanya 8 org sahaja dari shah alam,


kami terdiri dari aku, syam, atan, mus, thaqi, tasha, nabila, farah... perjalan bertolak malam... kai dari shah alam datang menaiki kereta si farah... pergh mcm sardin dalam tu... bayangkan muatkan 8 orang dalam naza citra.... hahaha naseb bek aku meandu....



selepas tiba di kampus bestari jaya kami terus daftar dan menaiki bas setelah di bahagi kumpulan... perjalanan ke dabong mmg lama... dalam linkungan 7-8 jam.... setibanya di dabong maka kami berehat dan sarapan...


tujuan lain kami ke sini adalah untuk megajar mus bagaimana cara umags mebuat program berikutan beliau akan menjadi ajk untuk program seterusnya... sesampai di sana kami di bawa ke gua ikan... banyak formasi formasi batu yg di temui... contoh nya kristal dan paling cantik adalah congkak... ada satu part memasuki gua yg hanya sebesar separuh tayar motorsikal...


memula aku tak yakin boleh masuk tp diorang kata adibah nor pun lepas... so aku terus jer ler masuk.. alhamdulilah lepas.... mmg menakjubkan.. maklumlah dah lama tak masuk gua.... asyik panjat gunung jer...


selesai menerokai gua kami di bawa ke kaki gunung, mcm biasa lah... warm up, bahagi kumpulan dan sebagainya... ahhahah...





guider kali ini adalah abang lan... dia pernah bwk umags daki gunung tebu... mmg seronok dengan abg lan ni.. bnyak ilu dia tahu... gng stong tu dah mcm blakang tgn dia....



semasa pendakian abg lan kata 2 jam jer.... tp pergh boleh tahan juga la adalah dalam 3 jam jua... lg pun sebb 80 org so makin lama...



tempat khemah kai adalh di kem bahar... di situ mmg bst.. waktu aku sampai keadaan adalah hujan... herm... mmg cantik... kalsik abes... sayang takder org amek gambar rumah kat situ..



sesampai jer.. tempat tujuan pertama adalah air terjun jelawang... mmg sejuk.... tp layan jer ler...
malam tu aktiviti tak banyak... mgkn kerana ramai sangat ahli so ajk agak sukar nak handle...



esok paginya akan naik ke puncak stong dan ayam.. tp kalau kondisi tak memuaskan maka hanya akan naik stong jer.....



mcm biasa ler... warm up... waktu pagi de jelawang atau kem bahar ni sangat best... pergh... dengan titisan embun... mmg terbaik...



semasa pendakian abang lan kata kalau gap kita dengan org last terlalu lama mgkan kita kana naik stong jer... dan ternyata jarak kami mmg lama....



perjalanan ke puncak stong mengambil masa dalam 6-7 jam (untuk 80 org) dan dalam perjalanan itu abang lan bercerita tentang sejarah stong.. so saper yg kat depan tu mmg beruntung lah... dpt tgok tapak gajah dan pelbagai lg ilmu hutan...



dalam perjalanan aku di tingalkan ke group cargo... bukan kerana aku labat tp aku mengah jer... ahhaha... kira kira dalam kurang lg 15 min nak ke puncak aku berehat kerana tunggu group rakan ku di belakang... sepanjang aku di group explorer aku bersama bob.. pergh dier mmg laju...
setelah aku ditingalkan... aku lepak ler... sambil minum dan makan coklat.... datang ler ijan.. membawa walkie talkie... terdengar seseorang bekata jgn naik atas.. kami nak turun...



ada org injured..... herm kami pun pelik ler kenapa ada org injured tak bagi kami naik atas pulak... perbualan kami dengan budak tu lama gak...setelah kami tanya dan berbincang dalam 20 min maka kami decide akan naik...



sesampai sahaja di puncak kami pu terus tanya sapa injured?? dan mereka jawab mana ada kami cakap ada budak injured... herm... aku bertambah haira,,.... aku bertanya pada illi.... illi sapa cakap kat walkie talkie?? dier kata walkie talkie dari tadi takder sesapa yg cakap.... hermm... pergh... tak kan aku salah dengar plak.. kalau aku salah dengar takan ramai ramai salah dengar...



cerita gunung stong ini sebenarnya adlah berkaitan dengang seoran komando bernama bahar dan jin bernama bogo(kalau tak silap) ceritanya begini... pakcik bahar ni rajin ke gng stong pada satu hari setelah selesai sembahyang.... pakcik bahar di pertemui dengan bogo, bogo terkejut kerana ada manusia yg tak takut dengan dia... so atas keberanian pakcik bahar maka jin tu berkata mulai tapak ko dan kebawah semuanya adalah milik ko dan aku keatas adalh milik aku... tetapi jika manusia membuat sesuatu yg di larang maka dia akan turun dan kacau manusia itu (kalau taksilap ler ceritanya)



so akan terkenang kembali cerita itu maka aku buat buat tak tahu jer... alas nak layan perasaan... dengan muka selamba aku tukar pakaian baju melayu dan bergambar diatas stong...




kebetulan kini masih musim raya ... so mmg kai dah prepare... hahahha mmg seronok... kemudia kami turun... dalam perjalanan turun .. aku mengikut seorang pakcik ni... tp setahu kau dia kat belakang.... tah macam ana dia kat depan aku.... setelah aku memotong pakcik itu dan belari kehadapan.... aku terjumpa lg sekali dengan pakcik tersebut tengah rehat..... tp waktu tu aku wat wat tak tahu jer ler... mgkn perasaan kau cakap.. setelah turun dan berbual maka ada juga beberapa org terjumpa mcm tu..



oleh kerana hujan maka ada seorang peserta sakit dan memerlukan bantuan... sehingga terpaksa di dukung... ahahhah mcm biasa ler aku sweeper..... tp kali ni aku malas so atan dan fahi kene jaga dia... ahhah dah lah hujan kemudian tak bwk headlamp.. pergh agak mencabar juga ler... kami tiba dalam jam 9...



selesai mandi dan sembahyang kami makan..... dalam jam 12 kami masih tak tido.... kami yg kumpulan dari shah alam ni sudah bersedia dengan tempe dan pelbagai makanan lg... ahhaha
kai mmg bawak dari shah alam... siap sambal kicap lg... pergh taerbaik.. walau masak pakai meshtin.... haha



esok paginya aku ingat nak tgok matahari terbit.. tapi terlewat skit... herm takper ler... tp view ketika itu mmg best walaupun takda matahari.... kabus time tu terbaik.... bagai di lautan.... dimana segala puncak puncak gunung berdekatan umpama pulau... sangat cantik...



lama gak aku kat situ..... selesai mengambil gambar dan pelbagai aksi pelik pelik di buat maka kami di arah pulang kerana nak bersiap pulang....



semasa pulang aku sekali lagi mejadi sweeper.... tp kali ni dengan rela.... herm selesai packing kami gerak... dalam perjalanan pulang budak yg sakit semalam jalan lambat.. dengan beg yg berat.. so untuk memudah kan beliau aku mengangkat begnya... dan pergi dahulu (padahal aku malas nak jalan slow slow)... sesampai di bawah aku suruh atan plak angkat.... ahhaha (time nia tan kat depan ngan nabila.. jalan berdua dua.... sebenarnya semalam pun sama gak.. semasa naik puncak pun sama gak...sekarang tie turun pun sama gak... hehehhe ada pe pe ker??)



sesudah sampai kai berehat sebelum sekali lagi akna naik bas ke b.j... herm di b. kami membuat sorakan dan pulang ke rumah masing masing.... kami sekali lagi bersardin ke shah alam...






namun tahniah ke pada ajk... kerana ini merupakan trip palin gumbira... hahahha aku dah agak dah.. mmg best.... sebb aku kali ni tak jadi ajk... mmg best... dapat bergembira bersama sama dengan rakan rakan....

maklumlah asyik jd ajk jer... mmg bosan... so kepada yg tak pernah jadi ajk tu pergi ler jadi... bru korang tau seronok jadi ahli biasa mcm ner... hahahha

p/s: semasa aku wat entri ni aku nak ke cameron highlan ml nanti.... hahahha
p/ss: terima kasih kepada farah sebb sangup bawak kami semua ke b.j dengan naza citra dia.... (go jojova go)



Created By: RyZs