salam…
seperti biasa blog aku ni mostly berkenaan memori yg lepas di mana aku telah (aku ulang sekali lagi iaitu TELAH) pergi beberapa program rasmi atau tidak rasmi… pada asalnya blog ni konon konon nak wat update selalu tapi dengan keadaan sekarang mmg tak boleh lah nak update selalu… keadaan memaksa aku untuk memsibukan diri… soupdate je ler yg lama lama… lagipun cerita lama tu kan pemanis cerita baru…. hahaha
lokasi : lata lasir dan gunung chemerong serta berembun
tarikh 24 –26 09 2010
peserta : part peserta ni komplikated sikit…. ada 3 group terlibat secara rasmi dan tidak rasmi 1.group penyamun, 2.group umags bj dan group kami iaitu mixture umags s.a dan umags b.j
aku dapat tahu program ni 2 minggu sebelom dari tarikh dari cip penyamun iaitu fendi… tapi pada masa tu takda minat nak join sebb thesis dan masalah kewangan.. sehinggalah 2 @ 3 hari sebelom perjalanan apabila nabila menyatakan niat beliau untuk join… dan kebetulan aku baru lepas siap draft so aku pun mengambil keputusan untuk pergi.. dan setelah deal dengan fendi berkenaan kewangan serta pengangkutan aku set tuk pergi… seperti biasa beg aku sentiasa bersedia untuk begerak ke mana mana yg hendak di tuju… so packing aku cuma 20-30 min jer ler…
aku di pahamkan kali ni group yg pergi terbahagi kepada 3 jenis iaitu group rasmi dari umags b.j iaitu diorang mmg dah suruh fendi jadi guider dorang tuk pergi dan kami tak di benarkan untuk campur tangan langsung setiap pegerakan mereka dan mereka juga bermalam di tempat berbeza dari kami, group kedua adalah group penyamun yg mmg dah beberapa kali pergi ke sini untuk meluangkan masa bersama isteri dan rakan rakan di samping mengelak dari kesibukan kota… dan group ketiga adalah group kami yang terdiri dari kami kesebelasan orang baru yg mmg 1st time masuk lata lasir ini.. kami di bantu oleh group penyamun dan abg bulat sebagai bos…
masih segar di ingatan apabila aku dan mus di ambil oleh apek semasa kami semua di katakan akan berjumpa di shell gombak sementara menunggu kehadiran peserta dari unisel b.j. setibanya di sana agak terkejut sebb ada beberapa orang dari umags bj… pabila di tnya kenapa tak join degan group korang di jawab nya dengan “dah penuh la bro” oh.. ok… mmg trip kali ni agak ramai yang nak join dan umags bj terpaksa membuang sesiapa yg lambat serta menidakkan kuota kepada umags s.a… mereka ada hak untuk menidakkan kuota itu seperti mana umags s.a juga ada hak untuk menidakkan kuota dari b.j so no harm done here… lagi pun kita di dunia rekreasi ni banyak group.. kalau tak leh join ni join yg lain plak… ahhaha
perjalanan kami begerak pada malam waktu dengan apek sebagai pemandu…. beberapa kereta juga menyatakan mereka akan terus ke sana.. bagi kami yg tak tau jalan maka kami just follow the leader jer… diorang berhenti kami berhenti, dorang jalan kami jalan… kami sampai ke lokasi dalam jam 6 pagi… dan kami besarapan di kedai berdekatan… selesai sarapan kami terus ke tempat lokasi… semasa di lokasi kami teserempak dangan beberapa rakan seperjuangan iaitu bob si pendaki seksi… ahahha dia pon tak tahu kehadiran kami.. dan di maklumkan kami semua pergi ketika dalam bas… untuk menghormati program mereka kami cuba untuk mengurangkan interaksi kmai dengan mereka…
satu insiatif yang di ambil oleh pihak penyamun adalah dengan membahagikan tapak kem kepada kami di mana peserta umags akan stay di kem sungai y manakali kami akan stay di lasir selama 2 malam… ini adalah kami ni sikit berbanding dengan mereka maka perjalanan akan berkurangan lag berbanding mereka yg ramai… ahhaha
setelah membiarkan mereka begerak selama lebih kurang 30 minit… kami pun meneruskan langkah… di sebbkan kami masuk lalu resort so pada asalnya mmg ingatkan senng tapi awal awal aku dah malas… ni la akibat kalau tak fit tapi blagak dah fit… hahahah dalam perjalanan kami banyak mengambil gambor.. sebagai pelepas bosan dan penghilang penat… dalam perjalanan tu terjumpa pulak geng mereka so kami terpaksa beratur di belakang dorang sementara menungu giliran melepasi sungai… sementara menunggu kami pon pergi le ke air terjun berdekatan… ahhaha
lama jugak la kat situ adalah dalam 40 min.. dengan harapan mereka semua dah gerak…
selepas roadblock tu kami meneruskan perjalanan dan sesiapa yg boleh jalan laju di persilakan jalan dulu…. maklumlah… aku ni tak berapa hebat… maka jalan perlahan sambil menikmati sinar hidup ler… kami akan berjumpa kembali di kem balak…. banyak kata kata yg memuji kem balak tu cantik lah best lah ada sungai lah… afterall kami akan take a break there for a lunch… perjalanan di teruskan dengan perlahan lahan (kan aku dah cakap aku perlahan..) dan ramai yg dah memintas aku.. sambil trek dia yg agak penat dan menaik berterusan….
hampir setiap 40 min aku berehat… sehingga ada satu tempat tu sempat bukak dapur… hahaha ketika itu aku bersama bro khairul, hajar, ciko, dan apek…. lama gak lepak kat situ, sampai sempat berbual nak jual beg dan pelbagai lagi… hahaha rupanya time tu bro khairul baru je rasmi lowe alpine dia yg berharga 1200 pergh… mmg cantik beg tu.. siap ada tempat isi angin tuk time hike… aku mula ingat sekadar perhiasan je pam tu rupanya mmg berfungsi…. katanya dia dapat dari rakan dia yg bertugas di luar negara… so dapat lest katanya cuma 800 jer…. kalau asal 1200… (dalam kepala aku… pergh… 800 tu pun dah tak mampu… hahahha) betul ler kata orang kalau pasal hobi ni apa pu sanggup…
selepas makan kecil kecilan kami pun meneruskan perjalanan tuk ke kem balak jatuh (kalau tak silap..) after a while dan beberapa kali berhenti kami pun sampai… agak jauh jarak kami dengan group sebelum kami… mereka sempat risau dan pergi jemput kami… hahaha tapi macam biasa.. tenang tenang menikmati keadaan mmg cara terbaik tuk melupakan kepenatan… hahaha sesampai je di kem ni…kami terus bersiap tuk makan dan sembahyang tapi sebelum tu mandi kat sungai tu dulu… air dia mmg cantik maklumlah tak ramai yg dah lalu sini… si ringgo siap sempat memancing lagi.. dan banyak gak hasil nya dapat walaupun kecik.. hahaha
tapi di sebbkan kecik jadi makan pun sekadar celah gigi jer… tapi telan jer ler… si nabila pun test gak macing tipe tu…. banyak juga dia dapat… budak ni mmg hebat memancing… kalau selalu kami mancing bawak set yg lengakap tp budak ni cuma bawak tali tangsi dengan mata kail jer… ikat mata kail pun tak tau… semua perambut kami yg buatkan.. tapi hasilnya.. mak ehh… mmg selalu lebih banyak dari kami ler… tu yg makin tension.. kalau kami mancing sekor belum tentu…. dia kalau pancing 3 ekor tu mmg kompem ler… tension aku dengan budak (time ni budak lah… sekarang dah wanita dah) sekor ni.
tapi nak wat macam ner.. memancing is a skill of luck…guess fishin is not my game kot… so no harm done… hahahha after semua itu kami meneruskan perjalanan… bebudak umags b.j dah jalan jauh kehadapn… dorang ramai so dorang mestilah jalan dulu tuk kekalkan integeriti sebagai kumpulan… after around 30-40 min we make our move and with out a doubt kami terjumpa lagi dan beratur di belakang mereka… macam biasa ler… kami cuba potong seorang seorang, bukan hebat pon potong ni tapi di sebbkan mereka perlahan dan perjalanan kami lebih jauh dari mereka.. lagi pun semasa sebelum kem balak tu kami dah cukup warming up so tetiba enjin ni rasa nak gerak dengan pantas plak… mgkin energy lebihan dari makan tadi kot… hahaha
dalam sibuk kejadian memotong dan memotong tu teserempak dengan beberapa fimiliar faces yg satu ketika dulu kami join… mereka ni ialah vaterans umags dan kami pernah pergi beberapa trip seperti trip k.k, trip stong, trip kenyir dan beberapa yg lain malahan trip first gunung aku iaitu trip gunung besar hantu pon dorang ada dan banyak menolong kami… so berbual time hiking mmg dah menjadi perkara biasa ler.. tpi disebbkan kami punya perjalanan jauh lagi so kami kene push dan teruskan… seterusnya berjumpa dengan cip penyamun iaitu brader fendi yg di tugaskan jaga bebudak umags b.j tu…
dalam seronok berbual dengan brader fendi tetiba dengar dari belakang kletang kletung kletang kletung (bunyi mesh tin berlangar) pergh mmg annoying, aku ingat aku sorang jer annoyed dengan bunyi tu… tapi rupanya fendi pun sama, mmg dah ajdi satu seni dalam packing bag supaya tiada benda yg di sangkut kat luar unless ia sangat penting seperti parang dan kapak, tapi tu pun kene ikat dengan cantik supaya tidak tergantung… bukan masalah annoying tu tapi ada kemungkinan sedang sedap sedap layan track ia tersangkut pada pokok dan anda mungkin akan lebih sakit… so aku dengan langkah mendiamkan diri diamkan saja dan cuba lari dari mereka… dalam beberapa minit sampai la kami ke simpang Y,
di kem y kami berehat seketika tapi sangat tak lama kerana waktu dah start gelap, dan kem site kami jauh lagi…. oleh kerana umags b.j nakkan privacy maka kami teruskan perjalanan dan sewaktu kami baru sampai gobi dan ciko serta beberapa yg lain dah pergi dahulu dan akan sediakan kem site… (dorang mmg hebat dan laju maklumlah orang aktif… ) selepas tingalkan sikit barang pada fendi, daus, dan ringgo, kami meneruskan perjalanan…. sikit je barang bagi kat dorang sebb esok akan jumpa mereka balik… dalam jam 4.30 tu kami gerak… sebelum gerak aku ternampak macam ada kelibat orang di seberang sungai tapi aku abaikan sebb sekadar sekilas jer….(time ni tak tau history gunung ni)
soo.. kami teruskan perjalanan…… dalam perjalanan tu kami berehat dan terbahagi kepada beberapa kumpulan lagi… kami di nyatakan mereka akan berjumpa kami di puncak berembun… kalau tak silap ketika itu kami baru je lepas bergambar dengan satu pokok yg agak unik sebb banyak lubang lubang dan ia di katakan kuli pada pokok yg mati… tapi serius unik pokok tu…. dan after that kami berpecah dan meneruskan perjalanan….
lama jugak berjalan…. sampai lah waktu maghrib kami masih tak sampai sampai puncak….. setiap selang beberapa meter terdapat signboard menyatakan berapa jauh lagi nak sampai ke air terjun lansir… mmg mudah… tapi jika anda dah berjalan beberapa jam dan ia hanya menunjukan anda baru berjalan 500 meter… mmg rasa nak gigit gigit signboard tu…. tah la betul ke tak signboard tu… kekadang aku pun sangsi…. dalam perjalanan ke puncak tu kami berhenti seketika demi menghormati waktu maghrib, selepas tu teruskan dengan memakai haedlamp … naik bukit turun bukit,,, dan ternyata banyak puncak tipu…. dan banyak kali aku terpedaya… macam siot… mmg tension le waktu…akhirnya after beberapa minit kami makin hampir di puncak berembun dan kedengaran suara beberapa orang yg sedang tunggu kami… di signboard juga terdapat pelastik yg bertulis menyatakan gobi dah sampai jam 5.30 petang dan itu menaikan semangat kami untuk meneruskan perjalanan…. selepas beberapa gambor.. perkataan angkat sauh kedengeran…..
waktu kat puncak mmg sejuk….tak rugi aku keluarkan baju sejuk yg tebal dan berat tu… oleh kerana kami tak nak lama sangat di puncak kami teruskan perjalanan…. dalam perjalanan ni banyak pokok rendang sambil ada signboard menunjukan arah… dalam kepala aku kami pasti akan berkhemah di air terjun so sebaik jer temu air mmg aku dah bajek dah dekat… tapi sekali lagi ia tipu aku… still jauh…. (tapi kalau ikut logik mmg tak jauh) dan dalam seronok menuruni puncak tetiba aku rasa macm sedang pegang tangan orang… dan ia hanya sekilas (kejadia paranormal kedua) aku cuba elak dan pegang kayu.. kemudian aku tgok balik .. mmg takda sesiapa dan peah ketika itu di belakang aku… dan ternyata dia agak jauh… aku teruskan perjalanan… kemudian aku terdengar macam ada orang sedang berbual macam di campsite… dan aku bg tau kat peah “ hah dah dekat dah ni peah aku dah dengar orang dah” si peah diam jer… dia senyum jer…. kemudian aku jalan lagi…. kali ni aku ternampak campsite… “hah peah kat depan tu jer… dah dekat dah… “ tapi sign board kata ada lagi 1.5 kilo… kemudian aku jalan lagi… ternampak pulak ada lampu lampu macam jalan raya… kemudian aku terus bgtau kat peah ‘ ehh peah aku nampak macam ada jalan raya jer kat situ….” (tapi yg nyata mmg jauh dari jalan raya) aku teruskan perjlanan… dalam setiap aku kata tadi si peah diam jer.. lagsg tak reply balik… sehingga lah aku jumpa pelbagai sungai dan after cross beberapa kali kami pun sampai… mereka dah siap dengan air panas dan sedang pasang flysheet kedua…
after tu aku terus lupa dah… sebab time ni semua orang dah sibuk dengan memasak dan setting khemah.. so semua tu lupa.. tapi kekadang aku teringat jugak.. tapi wat pura pura tak tau… ketika sampai tu malam.. so after mandi sekadar sembahyang dan terus makan kemudian berbula dan tidur… tak nampak lagi kecantikan di situ.. pada aku aku rasa kami n sedang tidur di sebelah anak sungai dan belakang ada air terjun tu jer… kemudian tidor… tak susah pon.. apa apa pon esok lah baru tengok…
esok pagi nya bagun bagun jer… pergh mmg lawa… ketika aku bgn tak ramai lagi yg bagun aku bgn pun sebb sakit perut… kene cari port… after melepaskan hajat… aku baring kat atas air terjun tu.. pergh mmg damai… rilek, tenang, cuma sejuk sikit ler… ahhaha tapi serius chantek.. baru aku tau kerana ramai sangat group penyamun nak pergi sehingga sanggup 2 group… memula tu lepas bgn ingat nak tolong kat dapur tapi tetiba macam malas pulak.. sebb dah terlalu ramai kat situ, so aku mengambail keputusan lepak di dapur sambil berbual jer… maklumlah too many hand stir the soup make it bad… so aku pun berbual jer.. baru la tau apa pekerjaan dorang, bila start hiking, kira ni time tuk bonding la… ok gak.. mostly dorang semua ni kerja best best (mmg sangat best tak yah risau pasal duit sangat) tapi kerana minat mereka turutkan kan sahaja…..
ini merupakan antara trip yg best aku pergi sebb aku takperlu risau tentang apa apa, dah lah rilek pastu makan, tempat tidor semua orang siapkan,,, cuma perlu bawak badan jer… dan menjadikan semua ini best adalah rakan rakan yg sempoi… so mmg aku glad sesangat tuk pergi ke trip ni… tambahan pulak tempat ni mmg lawa… aku sangat rekemen untuk kita semua pergi lagi,… tuk menghabiskan masa dan tuk melupakan kepayahan semalam, kami di hadiahkan tuk tidor di lansir ni 2 malam dan satu hari, so we all take advantage sesangat… mula la seronok sakan, kemana mana ada je kamera di tambah pulak ada 3 kamera waterproof… lagi la syok, aku mmg rekemen tuk membawa kamera ni sebb ia waterproof dan idiot proof terutama pada orang yg jenis clumsy macam aku… so kami satu hari beseronok dengan mengambil gambar dan bermandi manda… sampai kecut badan… lagi pun sementara tunggu bebudak umags b.j datang….
dalam tengahari ternampak kelibat lan… dan selepas tu nad dari umags b.j sedang berjalan… dan after seketika kelibat beberapa orang yg lain… mmg di nanti mereka… rata rata mereka semua gembira apabila sampai di sini… dan kami pulak dah lenjun dan kesejukan… so kami ke campsite tuk makan dan rilek sementara menunggu malam…
malam ni ada perancangan nak prank peah (kalau tak silap tapi someone lah) kerana bday dia dah dekat, tu yg hajar sangup bawak barang berat berat walaupun dah lama tak bergiat aktif dan aku ingat lagi sebelum sampai ke kem balak dia cakap “ ni aku bawak berat berat kalau tak guna tuk prank dorang tak tau lah…” so malam tu hajar pon bersedia tu melakukan prank tu, tapi macam tak mendapat sambutan kerana kesian dan nak tunggu esok time balik kerana lebih kejam… so tangguh la plan tuk malam ni… tapi yg best gobi bawak mercun, dan malangnya sekali jer.. hahaha so angap sekali meletup jer pastu dah takda dah hahaha mala pun cantik, ada bulan so mmg terasa la keseronokan nya… malam ni kami semua tidur awal… maklumlah esok ada jalan jauh lagi, dorang dah start mula cerita pasal sungai bangang tuk esok… kami pun tertanya kenapa di pangil sungai bangang?? “korang tengok je lah nanti…” tu jer jawapan dari dorang… mula la rasa macam siot jer perasaan diri ini….. demmit… tak sabar plak….
kami begerak lewat sikit berbanding dengan peserta dari bj, maklumlah malas nak beratur lagi, senior senior pun kata baik bior kan dorang jalan dulu, almaklumlah kompem jam kat sungai bangang tu, lagi ler aku tertanya tanya…. kenapa lah ia di pnagil sungai bangang… so pendakian menurun deteruskan… kami berjalan dengan perlahan dan memasing berkata akan kembali semula ke sini lagi… ia sudah mesti sebb tempat ni sangat seronok… kompom aku akan rindukan tempat ni… selepas beberapa ketika perjalanan agak menurun mmg sama ler dengan dalam kepala aku sebb turun gunung takan nak naik semula… turun turun dan turun… sehingalah….
sehinggalah kami berjumpa dengan sebatang sungai yg hijau… sangat dalam dan sangat cantik… pada masa ni aku tak nampak bangangnya lagi… dah jadi pantang jumpa sungai kalau tak mandi ketika ni… letak beg terus jer terjun, pergh air sejuk, jernih…. pergh mmg heaven lah…. so aku tak nampak kenapa di pangil sungai bangang lagi…. after a while dan beberapa gaya terjunan bebas kami ‘angkat sauh…’ terdengar so kami pun bersedia tuk move on… dan di situ lah aku rasa bangang nyer…. ia di namakan sungai bangang sebb lepas best best tetiba kene daki 70 darjah kecerunan… dah la cerun pastu tinggi pulak… demmit… mmg rasa bangang sungguh…. ada la jugak beberapa kali aku cakap bangang… cerita lain pulak ialah kalau kami jalan terbalik atau secara reverse kami kene berkhemah kat sini dan sini adalah laluan angin so posobiliti tuk tidur 1 jam jer mungkin ada… sejuk sampai ke tulang….
after naik je bukit lalu pulak kawasan kosong yg umpama gurun, tak banyak pokok besar… mmg rata je… mengikut dorang tempat ni di panggil padang gurun… lepas tu terus je turuk sehingga terjumpa satu pokok balak yg besar dan kami berehat di situ sementara… semasa perjalanan turun kami rilek rilek je sebb waktu pun masih muda… selepas beberapa seketika kami berjumpa semula dengan group umags bj di kem balak dan kami have lunch di situ, dah tak banyak makanan lagi, tapi dengan ajaib mus keluarkan air gas dan buat air bandung… pergh lagi ratah meggi dan air bandung le… mmg syok ler… ahhahah
lepas berehat dan sembahyang kami meneruskan perjalanan turun…. dan kebetulan time ni aku berjalan dengan nabila dan kami cadang tuk membawa rakan h2o yg lain ke sini bila ada peluang nanti (tapi sampai sekarang tak bwk pon hahaha) dalam jalan jalan tu akhirnya sampai ke tit gantung dan dari situ kami tahu dah sangat dekat… lagi elr leasure kami jadinya… ketika sedang mengharungi sungai tu tetiba bebudak umags bj ada di belakang kami, tah bila masa tah kami potong kami pun tak tau… tp gitulah jadinya…
dan selepas beberapa minit kami sampai di tempat kami berlepas… kelihatan ada beberapa budak umags sudah sampai dan sedang oder makan dari kantin manakala kami tunggu dorang abes mandi, dan after that mereka membuat formaliti biasa iaitu war cry umags. hahaha lama dah tak buat tu semua… hahaha selepas itu kami pun menaiki kereta dan menuju ke destinasi masing masing…
macam biasa lah aku kompem sampai dalam malam di shah alam sebelum aku gerak semula ke batang berjuntai….
sekian
p/s: aku baru tau si peah takut katak
p/ss: serius aku nak pergi lagi
p/sss: rupanya banyak cerita mistik kat sini
p/ssss: banyak kejadian yg tak disangka kat sini sori ye nabila serius tak sengaja… ko lama sangat ke tandas….
p/sssss: serius si gobi dan peah kapel paling suweettt time kat gunung… time ni ia aku nampak dan mengiakan….. siot ko gobi
p/ssssss: sori banyak gambor tapi ni kalau korang pergi kat album aku lagi banyak kot… ni kira sikit jer…. tak leh hilang precious moment beb…
Created By : MrryzS