Hari ketujuh... ia bermula luar biasa sedikit dari biasa... kerana jam menunjukan 12.00 tgh pagi dan kami berada di dalam kesejukan mengharungi cuaca sejuk untuk melengkapkan misi ke puncak gunung kinabalu... dengan harapan tidak terkene ams (attitude mountain sickness) maka kami di arahkan untuk berkumpul di panar laban hut pada jam 12.oo pagi kerana perlu pintu gate akan di bukak pada jam 2.30.... terasa bagai malas je nak bangun namun pintu ke puncak hanya akan di buka dari jam 2.30 pagi dan akan di tutup pada jam 11.00 pagi... maka dengan berat hati kami bangun untuk bersiap..
seperti yang di nyatakan post aku sebelum ini, aku duduk di waras hut bersama dengan fahmi, is, dan atan... ketika bangun aku lihat atan sudah bangun.... kami terus mengenakan baju tebal untuk daki ke puncak... dari panar laban ke puncak hanya sebanyak 2.7 km sahaja... hati kecil ku bertanya mengapa perlu malam ini untuk ke puncak jam 5.00 pagi pun bleh pergi.. tapi oleh kerana aku ikut program maka aku pun begerak dengan berat hati... alah tak sampai 3km jer... mesti boleh wat dalam 4 jam jer...
aku menyiapkan diri dengan berpakaian wind breaker jenama Givi, aku 2 lapis baju dan seluar serta memakai givi... kemundian membawa beberapa biji epal dan 2 botol air kecil... serta tongkat yg di beli ketika sakit 2 hari lepas... rakan rakan kabin aku tertawakan kan aku menyatakan bahawa aku macam mat rempit nak naik gunung... hah lantak lah.. yg penting aku tak sejuk...
setelah siap pasang head lamp, aku dan atan terus ke panar laban, oleh kerana is dan fahmi lambat maka kami pergi ler dahulu.. perjalanan ke panar laban dari waras hut tidak lah jauh tapi baru beberapa langkah begerak sudah terasa penatnyer... gila baru aku tau kenapa perlu waktu yang lama untuk daki ke puncak walaupun jaraknya tidak lah lama... sesampai sahaja di panar laban aku rehat dan terus makan epal sebiji bersama atan... rasa mcm dah samapi puncak pulak.. ketika di tangga sementara menunngu budak lain bersiap aku melihat pemandangan... ya allah menakjubkan... melihat bintang bagai boleh ku petik buat kerongsang, dan bandar bandar di bawah yang besar beratus km bagai lilin yang boleh di tiup untuk dipadamkan...
lebih kurang sejam masa berlalu tetiba kami di pangil untuk masuk ke panar laban hut... setibanya kami di dalam sahaja kelihatan ramai orang tapi aku tak berani nak tegur berikutan semua memakai topeng, bewarna warni... namun aku masih di kenali kerna aku seorang akan pakai Givi ini... hahaha lawak pulak ketika inigin berkenalan satu sama lain... kami akan tanya dulu nama kemudian baru kutuk... hahahaada yang tesarlah berbual dengan orang asing... hahaha... seperti menaiki tadi kami di bahagi 3 kumpulan lagi...
selepas warming up dan membaca doa oleh ustaz azrin maka kami beratur satu persatu mengikut kumpulan yang di beri... tepat jam 2.30 sahaja pintu di buka... maka bermula lah pendakian...oleh kerana aku dah 2 kali warm up maka perjalanan itu tidak lah sukar... tetapi kesian melihat rakan rakan ku yang lain... setapak jalan berhenti setapak jalan berhenti.. oleh kerana aku nak naikan kadar psikologikal lelaki maka aku buat janji untuk memastikan selagi semua perempuan tidak menghidap ams aku akan pastikan mereka ke puncak...
ramai di peserta yang tidak sabar terus menaiki ke puncak tanpa mengikut dalam kumpulan.. namun oleh kerana aku dah berjanji maka aku kana buat... pada mula perjalanan aku bersama dengan atan... tetapai semakin lama atan makin laju dan aku menungu teha, amalina dan shah, fahmi, sahli.... dalam perjalanan ke sayat sayat agak cepat dan jalan dalam gelap menyebabkan tak nampak sebarang bahaya.. tiba tiba keadaan menjadi begitu perlahan.. di tanya mengapa pada orang depan mereka berkata terpaksa menguna tali.. herm perasaan tidak selesa aku meningkat... herm nampaknyer perjalanan ke puncak ini agak mencabar kerana terpaksa berpegang tali supaya tidak jatuh...kami terus mendaki mengunakan tali sehingga sayat sayat hut.. di situ terdapat ramai rakan rakan kami yang hampir putus asa...
setibanya sayat sayat kami mendaftar dengan menunjukan tag tadi... dan tanpa melengahkan masa kami terus ke puncak low.. dalam perjalanan itu rasa bagai baru lepas beperang pulak... ramai yang tersadai bagai askar cedera parah.... dan tidak dapat meneruskan perjalanan.. kesukaran bernafas memberi kesan besar pada peserta sampai ada yang terpaksa di usung kembali ke sayat sayat.. malangnyer mereka adalah lelaki.... oleh kerana aku dah berjanji akan membawa mereka ke puncak maka aku terpaksa guna skill sweeper terulung... iaitu membebel...
ketika ini aku baru sahaja lepas south peak... dan kelihatan matahari sudah terbit menhilangkan kegelapan malam dari donkey ear peak... mmg menakjubkan.. cantik namun kami harus begerak laju... aku meksa amalina dengan marah dia... memang agak berat hati namun perang psikologikal ini mesti di menangi... ini termasuk lah memarah atau memukul mereka..
dalam perjalan naik ini ramai peserta sudah mula turun... lagi ler sakit membawa mereka... namun dengan kudrat yang di beri tuhan maka aku membawa beberapa beg untuk memudah kan mereka begerak.. setibanya kaki bukit low peak ranger tidak memberi kami naik ke puncak... namun setelah memaksa guider menyatakan ini merupakan antara misi paling jauh maka dier melepas kan dengan syarat semangat mesti kuat.. itu merupakan kata kata guider yang di pegang oleh aku..
aku membawa mereka semua ke puncak... setibanya ke puncak memang menakjubkan... hilang segala penat... kami terus mengambil gambar dan terus memulakan perjalanan turun... guider berbisik pada aku menyatakan jika kami turun lebih dari jam 11.00 maka kami terpaksa memberi duit lebih masa kepada guider... maka kerana risau aku terus memaksa mereka semua turun dengan pantas... perjalanan turun tidaklah sukar namun keadaan angin boleh menyebabkan badan aku terbang,... ketika ini aku bersyukur memakai wind breaker...
aku dapat mengukuhkan keadaan badan... dan terus belari turun... memandangkan kami memulakan perjalanan turun jam 8.00 pagi maka ada lagi 3 jam sebelum perlu bayar lebih masa.... dalam perjalanan turun ini oleh kerana aku begitu excited maka buku lalukiri aku terkehel ketika pergi ke panar laban... namun ki kuatkan badan dan terus melompat lompat... akhirnya aku smapai di gate tepat jam 11.00 pagi... ah lega semua turun dalam keadaan yang tepat... aku dapat pangilan menyatakan atan dah ada di waras hut dan kuci bilik pada aku...
aku terus turun ke laban rata dan memberitahu kat kafe untuk sediakan makanan kepada kami kerana masih ada beberapa peserta yang belum makan, dan turun ke waras hut untuk jumpa atan dan berkemas kerana kami perlu turun segera... dalam perjalanan ke waras hut itu group pertama baru sahaja start turun...
selesai sahaja berkemas aku terus makan bersama sama yang lain dan teruskan perjalana turun... oleh kerana aku sakit makan aku berjalan dengan perlahan tetapi aku langsung tidak berhenti di mana mana pondok... sepanjang perjalanan aku berjalan perlahan lahan seorang kerna ada yang tidak boleh ikut kelajuan aku maka ramai yang memintas aku...
perjalanan ke timpohon ini berasa sungguh lama dan sungguh sakit.. oleh kerana aku pun dah injured maka aku teruskan perjalanan seorang diri... di timpohon gate aku berjumpa dengan beberapa peserta dan kami ditumpangkan ke kinabalu park.. perasaan laga apabila melihat smua sudah ada... sementara menunggu mereka yang lain sampai aku makan sekali lagi... selesai sahaja kami terus ke krm untuk tido dan malam ini ada post mortem..
kami di ajar r.i.c.e (rest, ice, compress, elevate) atau r.a.b.a (rehat, ais, bekam, angkat) oleh yasir foo dari team tact... selesai sahaja kami terus berehat tetapi rindu lakas serawak melanda maka kami terus ke kedai depan krm untuk terakhir kalinya...
jam 1.00 pagi kami pulang dan terus tidor.. esok pagi kami akan beli cenderahati di pasar filipina... semoga jumpa di post seterusnya
P/s: tahniah kepada cinta cinta kinabalu.... hehehe paham paham suder.... ada beberapa orang sudah jumpa cinta kinabalu mereka...
Created By : RyZs
No comments:
Post a Comment