Saturday, July 11, 2009

Sirkit Mendaki Gunung Negeri Sembilan Gunung Datuk

Salam....



pada 5 april 2009 kami memutuskan untuk memasuki sirkit mendaki gunung n9. trek pertama akan diadakan di gunung datuk, ia bermula jam 8.00 dan di lepaskan jam 10.00 pagi, kami memutuskan oleh kerana terdapat beberapa ahli yang sibuk dengan trans go-cem maka aku, hisham, fateha, nabila, dan fahmi sahaja akan pergi.


target aku pada trek ini hanyalah rekreasi, jeles tgok bebudak ni dah pernah naik so takder presure ler aku nak menang.... lagipun kalau di lihat pada peserta kali ini agak bedarah untuk lawan... mereka semua fit macam kuda.. takut siot...


kami bertolak jam 7.00 pagi dari shah alam.. rancangan asal kami akan bertolak jam 5.00 pagi tapi ketika hendak kejut nabila kami dianggap penyamun dan housemate nyer takut menyebabkan kami tak dapat kejut dia... kejadian lucu itu berlangsung selama 2 jam... nak gelak pon ada nak marah pon ada... sampai sekarang aku marah lagi kat si shika tu.. ada ke patut die ingat kami ni perompak.,... pastu dier takut takut kan kami seperti dier tu hantu plak... adoi... aper punya kawan ler...


kami sampai di kaki gunung pada jam 10.00 pada ketika ini perlumbaan dah nak mula dan kami hampir tak dapat masuk... naseb baik para ajk boleh bertimbang rasa, jauh datang takkan nak balik langsung tak naik?? akhirnya kami di benarkan bertanding aku mmg takder harapan lah nak lawan... aku, sham dan fahmi masuk ketogori umum disebbkan faktor umur... manakala nabila dan teha masuk ketogeri remaja.


kami bermula dengan semangat.. dengan pantas aku di pintas oleh sham dan fahmi.... sampai cp 1 dah ada budak china give up.... kemudian trek hutan dari cp 1 ke cp2, dari cp2 ke cp3 trek mendaki, dan terus daki sehingga cp4 dari cp 4 ke cp5 (puncak) juga mendaki dalam 30 % kecerunan...


dalam perlumbaan ini sangat memenatkan kerana perlu lari dan kebetulan aku bawak 2 botol air kecil sahaja.. dengan selamba sebelum ke puncak air tu dah habis... beg kecil yg di bawa bagai batu kerana kepenatan... dalam perjalanan dari cp3 ke cp 4 kelihatan sham sedang turun dan dalam perjalanan cp4 ke cp5 kelihatan nabila sedang turun laju... pergh kalah aku dengan mereka berdua..


tapi dalam kepala aku mana fahmi dan teha?? sepatutnya fahmi dah turun manakala teha ada di belakang aku.... setibanya di puncak aku dapati fahmi sedang tunggu teha dan kami berehat hampir 2 jam di puncak sambil mengambil gambar dan mencuri air orang orang lain...


selesai sahaja ambil gambar kami di suruh turun oleh brader bomba.... dan dengan terpaksa kami pun turun... dalam perjalanan turun, aku turun dengan laju berikutan teringat sham telefon menyatakan dia sudah berada di bawah dan sudah amek sijil ketika aku perjalanan turun dari cp3... tiba tiba kaki aku terkehel dan sakit yang dari kinabalu datang kembali... pergh malang sungguh...





setibanya di tapak gunung kedengaran nabila tidak berpuas hati kerana sepatutnya dier no 5 ketegori remaja tetapi ia di beritahu bahawa dier nombor 14... namun keputusan adalah muktamad.... oleh kerana race pertama ini ketika di puncak kami hanya perlu mendapatkan nila biru maka pelbagai tipu musihat boleh di buat...


dengan hampa kami pulang... tetapi sebelum pulang kami berhenti makan di kedai makan sungai tepi tanah kerajaan... sesudah itu kami pergi ke bangi dan makan lagi sekali, kemudia selesai maghrib di bangi kami menghantar fateha kerumahnya.. setibanya di rumah fateha kelihatan abang iparnya.. setelah di amati rupanya abang ipar dier adalah rakan aku sekolah ketika di jhr... kecik sungguh dunia ini... sepanjang perjalanan ke shah alam aku ketawa memikirkanya...


p/s : din mcm ner ko bleh kawen dengan akak si teha tu lah din... potong segala perncangan aku...

p/s: gambar tak banyak kerna aku tak sempat ambil gambar... kan tgh race.. kepada sesapa nak sumbang gambar please tell me... 2 gambar ni pon aku curi dari fs fateha...


p/s: am im changing?? idon feel any changing around me... and why am i changing just to be with you??


Created By : RyZs

No comments: