Monday, July 13, 2009

Ex-dip biotek ke langkawi


Salam.....









Pada 140509 - 180509 (sori post kali ni panjang sikit....) kumpulan ex diploma biotek unisel telah membuat reunion buat kali ke-2, walaupun namanya reunion tetapi hanya sebilangan kecil dari sepatutnya hadirkan diri, mungkin faktor utama adalah kerana masa dan masalah kewangan.








namun begitu ia dijalankan dengan berjaya oleh cik ida dan cik ap...trip kali ni akan di buat di pualu langkawi. trip ini mengambil masa selama 3 hari dan 2 malam. namun dengan mengambil kira perjalanan pergi dan kembali ia mengambil masa dalam 5 hari 4 malam. perjalanan kali ini merupakan backpacking style kerana kami mengunakan pengangkutan awam sepenuhnya.








perjalanan aku bermula dari stesen komuter padang jawa, di mana kami berjanji akan naik train sama sama jam 4.00 petang namunsemua sekali tiba dalam jam 5.30 petang. dari situ kami pergi ke kl sentral dan tiba dalam jam 7.00 petang sementara menungu rakan rakan yang lain tiba kami sempat makan di food court di atas.... di sini merupakan first time aku minum kopi susu kambing.. layan siot..








dalam jam 8.00 mlm semua peserta sudah berkumpul di kfc dan kami di jadualkan menaiki keretapi jam 8.30 mlm walaupun ada sedikit kekecohan berlaku namun ia diatasi... ini merupakan pertama kali aku naiki keretapi.. pada mulanya agak excited kerna pengalaman baru tetapi setelah 2 jam kami dah start bosan... ida dan ap membekalkan kami sedikit makanan berupa macaroni beef bolognise dan kuih serta air mineral...








pada masa ini pelbagai cerita di keluarkan namun bosan tetap bosan... perjalanan mengambil masa dalam 8-9 jam dan kami di jangka sampai dalam jam 8.00 pagi di arau. dalam perjalanan ini ramai yang tidor kerana dah tiada aper lagi nak di buat.. setibanya di stesen bukit mertajam peserta bertambah lagi seorang apabila ee datang menampilkan muka, tetapi malng tidak berbau kerna train rosak, kami terperangkap dari jam 6.00 pagi hingga jam 8.00 pagi di stesen bukit mertajam, pekerja ktm menyatakan bahawa kabel terbakar...








jam menunjukan 8.25 dan kami mula begerak kembali, selepas pelbagai setesen akhirnya tiba di stesen arau... pergh nikamat kebebasan... sekarang timbul pula masaalah kedua, kami di nyatakan dari arau ke kuala perlis jika meniki teksi adalah sebanyak rm 24 satu kereta ini agak over budget, so kami tanya local citizen bagaimana hendak menaiki bas, selepas berjalan seketika kami terjumpa stesen bas dan dalam jam 11.15 kami meniki bas ke stesen bas kanga dengan tiket berharga RM2.50 seorang.








selepas 15 min di stesen bas kangar kami meniki bas ke kuala perlis dengan harga rm 2 seorang, setibanya di kuala perlis kami di jadualkan meniki feri jam 12.30 tgh dan tiba di jeti langkawi dalam jam 2.43 petang. di situ kami menunggu guider untuk membawa kami ke tempat beradu dan makan tengahari..









selesai sahaja makan tengahari kami terus kilang gamat sebelum ke delta resort, delta resort terletak di sebelah underwater world, ia berada di tepian pantai dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di situ. selesai sahaja letak barang kami terus ke pantai untuk menangkan diri dengan bermain pasir, dan mandi manda.








malam hari pula kami di beritahu akan makan di salah satu kedai makan local di samping bersiar siar di kawasan setempat. ramai dari kami nak membeli belah tapi keadaan tak mengizinkan. selesai sahaja beronda kami pualng ke resort untuk bersedia program esok,








keesokan hari kami di jadual untuk pergi bersiar siar di pulau langkawi seperti meniki cabel car, mangrove tour dan pelbagai aktiviti lain seperti melawat muzium tun dr mahathir. petangnya kami sempat bermain volleyball bersama pekerja dari underwater world, walaupun kami tak menang tapi diorang mmg sporting, pandai ambil hati kami dengan mengimbangkan keadaan, kemudian pada malam hari kami membuat bbq secara gotong royong, diantara menu utama merupakan ikan kembung, ikan pari (the best) satay, sotong (best), udang, dan tenggiri, sementara menungu ikan dibakar, aktiviti setempat diadakan. selesai makan dan aktiviti kami menyambut burthday awe, pergh teruk member kene, merah muka. ahahhaa








malamnyer kami menikmati bintang sambil mendengar alunan ombak, aku tidor di tepi pantai tapi nyamuk banyak sangat. esok paginyer aku terus masuk ke laut. sedang seronok seronok mandi tiba tiba ada sengatan berbisa berupa racun obor obor masuk di tangan aku... pergh rasa nak mengamuk jer... semalam ketika kami bermain volleyball wan iswara terkene obor obor pastu aku gelakan, sekarang padan muka aku... ahhaha








aku jumpa wan minta ubat sikit dari sayu sayu pagi itu kedengaran awe ketawa kerana sumpahan aku kenekan dier malam tadi menjadi (d**n awe) selesai sahaja sarapan kami terus bersiap siap untuk shopping di pekan... pergh rambang mata nak beli coklat.. wan iswara siap beli beg beroda semata mata beli coklat.. free trade zone ler katakan..









selesai sahaja shopping kami di jadualkan balikke jeti kuala perlis dan naik teksi untuk ke stesen keretapi arau... sekali lagi kami terpaksa menangung bosan selama 8 jam. wan iswara pulang sendiri semasa di jeti kuala perlis kerana keluarga dia ada di sana, aqmar berpisah di salah satu stesen selepas alor star, ee di bukit mertajam, dan nadia dodot di tanjung malim, kami tiba di kl sentral pada jam 5.43 pagi dan menungu jam 6.00 pagi untuk menaiki bas ke shah alam.








dalam perjalanan pulang menaiki bas itu ada lagi satu kemalangan dimana tayar bas pula pancit, pergh kami berjalan dari bulatan kayangan sehingga seksyen 11, kesian tgok hani sebb terpaksa mengheret beg beroda.. hahaha selepas beberapa seketika kami terjumpa bas yang menghantar kami ke sek 2. di sek 2 kami sarapan dan berpisah ke rumah masing masing.







Ini merupakan sedikit gambar untuk di jadikan tatapan :
































































































p/s terima kasih kepada ee, wan iswara, nadia dodot kerana sudi ikut kami walaupun dah bekerja.

p/s : ini merupana post yang mempunyai gambar terbanyak aku buat setakat ini..

p/s aku minta maaf jika ada tersalah kata atau terlebih atau terkurang dalam bebicara... terima kasih kerana menjadi rakan aku.... hanya allah sahaja membalas budi kamu kapada aku..


p/s : the love i searching for is fading and walking away with a nother man what do i do to deserve this?? but i already know the risk...

Created by: RyZs

9 comments:

Anonymous said...

yeemmmmmmmmmmmm......
sangathigh ko ny post ni...thanks..ni memory yg org xkan lupe smpai bile2...
ahaaaa hope x de motif pape yea pict org lepasn turun feri tu muahaha...
pape pn kite sume mmg best n happening sumer!!ida..epi...yem thanks...xlupe gak wat sume membe kesayangan yg join!!korg mmg best..

p/s: xsabar utk join next trip...

a said...

yemy...nyampah aku tgk pic2 neh sb aku xdpt itot fer again. isk ;'(

yemy...ko ske kn nk bersimbolik bagai. hape ko ngarut ha? dr ritu aku tya tanak gtau. sharing is caring maa... wheres d love? whos d love? haaaa???

Anonymous said...

YEM,
..ko ni too proud to loose ar..
r u thinking about taking the easy way out?..But if u let her go..
u will never know..what ur life would be, right? keh3..berfalsampah plak aku! nyway..nk jugak btaw lg skali.. langkawi was the best trip ever!! sumer org c0ol gler dow (>.<)

noobb said...

kepada tanpa nama 1 (qis) err aku takder maksud aper aper.. tapi kalau ko terasa aku pon tak kisah.. hehehe nway thx sbb join.. heheh

kepada mya er.. jgn nyampah nyampah.. bukan nat aku nak letak gambar bebanyak tapi banyak sangat... mana ada simbolik mya... biasa biasa jer... hehehe

kepada tanpa nama 2 (ain) err.. ko punya berfalsampah tu ada benarnya tapi bukan tiba waktunya lagi ler.. tunggu ler dulu kot.. tak kan aku nak lari.. tapi takut di kejar tak kesampaian..

a said...

aku nk tinggalkan ulasan. haaha. hape kes neh ko men kejar2 ke hape.tapapetah yemy. apakah? mcm2 kes la. kejar xsampei. sampei xkejar. xkejar xsampei. xkejar sampei. kejar sampei. sampei kejar. haa mne ko nk? tuah ke jebat? HAAHA

noobb said...

hahaha serius aku tak phm mya cakap aper... pasal kejar mengejar tu macam biasa ler.,,,... mana ada semua bleh datang bergolek... bak kata pepatah yang datang begolek tu batu... hahaha tuah tak nak jebat tak nak... tapi kalau tu jer yg ada tu jer ler aku sakau... hehehehehe

LuVLyeda said...

yem!!nape ader gambo burok aku tuh...tapes2la dolu..malu i...!thx pada sume yg ekot g langkawi tuh..yem!!!tanpa ko mgkin gathering neh xjadik coz aku n ap xckp koat nk wat mende neh..ko da buka 1 lg pintu kt aku!thx yem!!

-scallywag- said...

salam..
yem2,mekaseh juge pd anda yg byk membantu melaksanakan trip ni..
juge pd kengkwn laen yg bg sokongan..
lap yu ol! ;p
weh,bila nak start 'piggy bank' kita neh??

noobb said...

err.. pada ida.. sebenarnya terima kasih pada ko sebb tanpa ko yang arrange aku mampu nak pergi kot.. lagipun ko yang uruskan semua kan.. aku sekadar pengikut jer.. err pintu aper ida?? pintu hati ker??

errmm.. pada ap... sesunguhnya semua yang berlaku ketika langkawi tinggal sahaja didalam memori.. apa apa silap dan salah aku aku mintak maap yer.. dan apa apa berlaku di dalam keretapi hanaya kita jer tau yer... hehehhe ;)