Friday, July 10, 2009

Ekspedisi Mencari Ilmu Gunung Kinabalu (Hari 6)


Salam...

selamat bertemu kembali... setelah seberapa ketika aku hampir melupakan blog ini.. namun jika aku tak setelkan pasal kinabalu ini maka aku akan rasa diri aku tak lengkap so aku cuba untuk menyiapkanyer... pada hari ke enam seperti di janjikan oleh team tact kami akan ke kinabalu park untuk mendaki gunung kinabalu...


kami di beritahu untuk sampai di kinabalu park sebelum jam 8 namun atas sedikit teknikal error kami menanguhkan dan tiba di kinabalu park pada jam 11 pagi, keadaan di situ agak sejuk dan itu baru kaki bukit.... setibanya di sana semua peserta membuat warm up, sementara ajk menguruskan mengenai pendaftaran dan berurusan dengan porter. kami di bekalkan dengan makanan lunch set berupa air tin oren f&n epal, roti, telur rebus, dan nasi.... bekalan ini adalah untuk di makan ketika di perhentian ketika perjalanan.. di samping itu kami di beri tag yg tertulis nama kami... tag ini di perlukan untuk mendapatkan sijil bukti sampai ke puncak... kami di beritahu bahawa tag itu mesti di tunjuk pada timpohon gate, sayat- sayat, dan puncak...



di antara pondok pondok yg mesti di harungi adalah 1) timpohon 2)kandis 3)uban 4)lowii 5)mempening 6)layang layang 7)vilosa 8)paka 9)laban rata 10)sayat sayat 11)low's peak (puncak) kami berhenti makan di pondok mempening... sepanjan perjalanan ini anda tidak perlu risau mengenai air kerana setiap pondok menyediakan tempat air... trek ia agak senang berbanding dengan gunung gunung di semenanjung.. ini kerana sepanjang perjalanan hanya lah pada 20 kecerunanan...

dengan hati yang terbuka kami begerak dari timpohon gate.. kami di beri 3 kumpulan bedasarkan pada prestasi kami di gunung rajah.. secara am nyer kebanyakan peserta dari shah alam di beri tugas sebagai sweeper... dengan hati yg sangsi kami memulakan perjalanan... macam tak percaya bahawa kami sedang mendaki gunung tertinggi di malaysia.. dalam perjalanan kami jumpa pelbagai pendaki luar negara... dalam perjalanan itu mereka menyatakan bahawa di atas banjir.. terkejut jugak... mcm ner kat atas gunung boleh banjir...

selepas timpohon terus jumpa kandis selepas 5.6 km perjalanan.. oleh kerana cuaca agak sejuk maka kami tidak terasa snagat penat malahan training kami (shah alam) membuahkan hasil segala kami buat begitu terasa nikmatnyer... pada ketika ini pegerakan group masih nampak terkawal....


pada 7000kaki kami jumpa pondok uban... masih segar di ingatan trek k.k ini sungguh cantik.. pada ketika ini sudah nampak stamina setiap peserta semaikn bekurangan bagi yg tidak buat training ini semakin nampak jelas... kami begerak dahulu tetapi porter yg membawa barang kami boleh sampai dahulu berbanding kami... aku sangat kagum dengan mereka... mereka boleh membawa berat sehingga 80kg untuk naik gunung kinabalu ini.. gila.. mcm tak percaya... il take my hat and head off to you guys..
pondok seterusnya adalah pondok mempening ia dinamakan begini berikutan pendaki akan berasa pening berikutan tekanan berbeza... kami makan tengahari di sini... setibanya di sini membuktikan bahawa kami sudah bejalan sebanyak 8km... perjalanan ia sungguh seronok... di tambah dengan rakan rakan yang suka berbual bagai tak terasa penat perjalanan ini...



keadaan sejuk ini sungguh terasa... mengikut jam atan yg di beli khas untuk perjalanan ini sekarang hanya 20'c tapi sejuknyer agak terasa... namun kaki tidak terasa... seterusnya kami akan taiba di layang layang hut... kelihatan semakin ramai pendaki dengan muram turun dari laban rata... kadang kala kami tanya bagaimana puncak dan jawapan sama kami terima "is beutiful man you should see them at least once in a life time" ayat ini menyebabkan aku labih bersemangat untuk ke puncak... herm tak sabar nak samapi ke layang layang hut...



setelah meningalkan mempening group kami bersepah sesiapa yg tak larat akan di tinggalakan.. oleh kerana aku agak kesian kan kawan kawan maka aku stay jalan lambat... ramai dari kami (peserta s.a) pergi laju dulu... oleh kerana aku sweeper aku jumpa ramai peserta lain dalam perjalanan ke layang layang... setibanya di layang layang bermakna kami sudah tiba pada 8865 kaki pergh di sini aku rehat agak lama.. kesan dari makan tadi masih ada di dalam sistem badan aku.. mengah siot...



setelah berehat dgn lama nyer kami terus begerak pada ketika ini kalau tak silap aku aku bersama dengan fateha, ika, sahli, fahmi, amalina,... aku jalan dengan diorang sebb diorang bwk kamera... ahhaha sory guys.. seterusnya kami akan tiba di vilarosa...... dalam perjalanan ke vilarosa kami terjumpa pendaki dari singapura... mereka bertiga.... sempat ler jugak bertukar tukar pendapat dengan broken inggelish aku... hahaha.... kami berbual sehingga ke vilosa..... setibanya di situ makin ramai peserta yang tertinggal... so aku stay lama sikit... dalam 14 min kami begerak dari vilosa... seterusnya kami akan tiba di paka.... teringat trip ke terengganu ketika konvoi... kami teperangkap di paka terengganu...

.


setelah 30 min pejalanan tiba tiba hp aku bedering.... memecah sunyi kenangan... rupa rupanya sham telefon aku dari seberang... mereka yang berada di medan.. patut ler nombornye begitu panjang... mereka sekarang berada di medan dalam program usahasama my red gpms bertukar tukar budaya di usu... pergh... tak sangka betul ..... setelah berbual seketika... kami memutuskan perbualan berikutan risau member kene bayar mahal.. sempat juga dier kirim salam pada kami semua...... hanya lagi 30 min untuk sampai di paka... tapi rasa begitu penat... mgkin cuaca menyebabkan keadaan lagi sukar.....



setibanya di paka iaitu 10,105 apl keseronokan itu sungguh terasa... pergh nikmat duduk setelah beberapa minit kami meneruskan perjalanan... dalam perjalanan itu kami melihat tapak helikopter dan pelbagai pemandangan yg cantik... pemandangan ketika itu tak dapat di ucapkan... seperti kita berada di taman bonzai yg ada lebih dari 1000tahun... redup dingin... herm... mmg pengalaman yang tak dapt di lupakan.... cantik mmg cantik... ketika ini segala puji di beri pada allah keran membenarkan aku melihat bertapa cantiknya ciptaanya... allah maha besar....



oleh kerana oksigen semakin menipis... kadar penat kami begitu teruk.. setiap 20 min kami akan berhenti.... panat ia sungguh terasa...... tatapi janji bahawa laban rata tempat di mana kami akan rehat sudah berada di depan kami..... kami tiba di laban rata jam 5.00 petang... setibanya kami di sana kami terus makan... makanan pertama aku nampak ketika itu adalah kambing.... aku diantara orang bertuah kerana ketika aku tiba kabus sudah mula bergerak untuk tempoh 5 min... dan aku nampak permandangan yg takkan dilupakan... no word can dscribe it... it was magical... dengan keadaan cahaya matahari yang menyinari gunung you got to see to believe it... selepas makan kambing kami di suruh ke kabin masing masing....



aku di beri waras hut... pondok paling bawah.... dalam kabin aku adalah aku, atan, is, dan fahmi... setibanya kami di kabin terus bersedia untuk tido kerna perjalanan ke puncak akan di buat jam 2.00 pagi dan kami perlu berkumpul jam 1.00 pagi.... tetapi kerana kami ni nakal sikit... aku dan atan terus bukak baju hanya meningalkan seluar... pergh kerja gila kami mmg bodoh.. kemundian si atan caba untuk tido tak berpakaian.. oleh kerana nak jugak cuba maka aku pun menagalkan pakaian.. dan tido belengeng... mmg sejuk tapi aku masih boleh tahan.. suhu ketika ini adalah 16-17'c herm.. pastu nak kencing pulak... pergh air kat atas tu mcm HARAM...... serius... gila bukak jer air paip dier pergh mcm basuh bontot dengan air batu.... gila..... tobat terus nak berak lagi lepas tu... merah bontot kesejukan... ingat aku sahaja.. rupanya atan pon sama...



jam menunjukan jam 12.00 tmlm dan aku bersiap sedia untuk mendaki ke puncak.... ketika ini kami masih tidor berlenging, terus pakai baju... badan rasa sejuk... tapi desebabkan keadaan begini badan aku biasa dengan keadaan sejuk.. hahaha tetiba rasa pelik pulak... sesudah bersiap.. aku kejut fahmi dan yg lain... din dan el juga di kejut di kabin sebelah.. semangat sunguh meluap ketika itu.. tetapi thats another story....





p/s kalau salah info tolong maafkan yer kwan kawan.... this is base my human memory..... mlm tu sebenarnya kami ada pillow talk... akhirnya fahmi mengaku... hehehe

Created by : Ryzs


2 comments:

Anonymous said...

By us contemporary to obtain more low-down and facts at all events Come to see us contemporary to buy more knowledge and facts at all events [url=http://select.compare.com.pl]kurs manicure[/url]

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]casino games[/url] brake the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]free casino[/url] autonomous no consign reward at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]online casinos
[/url].