Friday, December 9, 2011

Melawat Sang Penjaga Penyu….

Salam…
Seperti aku mention dalam entry aku sebelum ini aku mmg rajin melawat… lagi pulak jika berkaitan dengan rakan rakan… setelah selesai sesuatu perancangan aku akan terus pikir rancangan seterusnya… dan kebetulan after pergi melaka tu aku dah terpikir untuk pergi melawat member aku terengganu darul iman kerana mereka sedang memenuhi syarat untuk graduasi biotek iaitu praktikal di tumac terengganu….
     
mereka yg di lawat adalah nad, syam, ain, naya, ika dan atang… dan yg tukan lawat pula adalah aku, zul, mai, nabila. mengikut perancangan kami gerak 2 kereta tapi atas masalah teknikal kami sempat pergi satu kereta sahaja…. seperti biasa ler setereng kereta macam melekat kat tangan jer kalau namanya jalan jauh.. hahaha so after aku bersesat sesat nak ke rumah si nabila tu aku terus tunggu beliau di mc d highway karak atas niat yg suci tulus ikhlas biliau datang bersama abang beliau dan kami berangkat menuju ke rantau abang dalam jam 12.30 pagi…
so nak jadikan cerita aku samapai di rantau abang around jam 5.oo pagi dan mereka semua sudah tidor kekeyangan… ahhaha ni merupakan 1st time aku sembahyang berimamkan orang terengganu di masjid rantau abang so time sembahyang subuh tu mmg aku tak paham apa yg di cakap oleh imam tu macam setiap perkataan arab akan di terengganu kan.. kekadang nak tergelak tp pikir khusyuk punya pasal aku let go je lah… ahhaha dalam jam 5.30 tu atan tepon aku nyatakan aku dah leh masuk untuk ke rumah dorang… so aku pun masuk dan parking depan rumah dorang dan terus landing tuk tido… sebagai manusia biasa aku akur tentang perlunya untuk tidor setelah lama drive dan tak tido…
pagi tu dalam keadaan separa sedar aku di kejut oleh atan dan zul serta syam tuk melawat tempat mereka bekerja… pada masa yg sama ida dan dewi juga di katakan akan datang ke sini untuk berjumpa kami… 1st kami pergi ke hatceri… dalam tu mmg banyak penyu… comel cemel lak tu… rasa macam nak curi sekor letak dalam baju jer… tapi risau mati sebb bau bdan.. ahhaha kemudian kami pergi ke muzium dan pusat perlancongan di kawaasan tumac tu… simple setakat ni…
kami di perkenalkan kepada pelbagai jenis penyu dan keadaan serta cara untuk membiak penyu di sana… ni merupakan 1st time aku tahu cerita pasal penyu selama ni asyik dok makan telur penyu jer… tak tau kenapa si mak penyu menangis… sekaran mmg dah tu dah tapi telur penyu sedap so aku dalam dilema sama ada nak terus makan telur penyu atau nak berhenti… untuk pengetahuan korang penyu belimbing sangat besar… sekali lagi BESAR!!!!!….. boleh sebesar kereta kancil….. time dalam muzium tu aku ternampak replika penyu belimbing…. pergh aku rasa aku boleh bertapa atas penyu tu dan jadik dato kame macam dalam cerita dragon ball… ahhaha
(gambar : takda org nak amek gmbr aku so aku amek gmbr tgn jer ler…. “penyu terbang”)
(gambar : pelik aku dengan penyu ni dorang leh korek sarang macam ni… manusia pun susah…)
afta makan di lokasi yg dorang selalu lepak kami kembali semula ke rumah untuk berehat. kerana petang ini kami kana pergi ke kampung losong untuk makan the famous kopok losong… herm.. mmg di akui ramai bahawa keropok lekor terengganu merupakan makanan yg terkenal di malaysia… ia terdapat di mana mana sahaja kerana orang terengganu ada di mana mana sahaja... mengikut ceritera ceriteri orang tempatan keropok lekor di terengganu terbahagi kepada 4 jenis masing masing di kategorikan mengikut kampung mereka tapi the famous one mestilah losong… ni disebabkan ia mempunyai komposisi ikan yg tinggi serta rangup di goreng…
after makan itu dewi dan ida menyatakan dorang nak terus ke muzium negeri untuk berjumpa kerana mereka naik kereta manual yg di sewa dan si dewi tak reti memandu kerta manual dengan cekap (LOL)…. setibanya di muzium itu kelihatan ramai pengunjung yg datang…. mmg besar siot muzium tu… rasa macam dalam set pengambaran…. malang nye kami tak di benarkan memasuki dengan membawa kamera tapi still bleh bwk talifon bimbit berkamera so tu je lah yg leh bwk masuk… ahhaha
di sebbkan tak leh amek gmbar di dalam maka kami amek gambar di luar ler… sepanjang kami di dalam pelbagai informasi yg ada di sana…. mmg sesuai kalau nak membawa anak anak bawah dewasa ke sana…. tp penat…. sebb dua tingkat pastu besar lak tu….. walaupun kami dah puas di dalam si dewi dan ida masih tidak sampai lagi… lama dah kami tunggu… dorang praktikal dekat besut jer kot…. bukan jauh pon (2 jam jugak sebenarnya)
(gambar : antara kegiatan yg tak boleh di buat ketika di dalam muzium)
(gambar : aku kalah siot lawan dengan ini budak)
(muka atan tak puas hati siot)
(kepada hanjeng hanjeng anda di larang masuk)
selepas puas kami begambar dan tah wat per tah akhirnya si dewi dan si lida ni wat entrance… macam siot jer entrance dengan keratapi atau tram dekat situ.. sampai dengan muka senyum jer… hesh….
dan oleh kerana kami semua malas nak jalan dan tram itu menuju ke parking lot so kami terus naik dan dalam tak sampai 2 minit sampai lah kami ke parking lot itu…. jakun abes…
selepas puas berada di sini sudah tiba masanya kami semua ke kampung losong untuk makan tengahari… ahhahah ni pert aku tunggu tunggu…
di kedai itu selain boleh makan terus anda juga boleh membeli dalam bungkusan sama ada yg sudah di masak atau pun masih raw, harga pun murah jer… tak lah mahal sangat, makan kopok losong serta dengan pencicah nya.. mmg da bomb la… pastu ada teh o suam serta yg menjadikan ini semua best adalah kerana bersama dengan rakan rakan… lg ler bertambah seronok… ahhahaha
lama gak kami di sini… kalau nak di ikutkan mgkn akan bertambah lagi lama tapi kesian pulak kang tak dapat jalan jalan ke tempat lain…. afta makan kami rancang nak pergi ke pasar payang…. macam biasa lah pasar ni merupaka tourist destination for makcik makcik dari zaman bpak aku kecik lagi… aku mmg dah cukup jelak dah kesini time ada mak bapak aku… kompem dorang shoping lama… bukan beli banyak pun sekadar 2-3 item jer… tu pun below rm 20…. tapi bag sesiapa yg tak eprnah ke sini anda mesti pergi dan cuba pelbagai makanan di sini… ia di buka setiap hari…
sebelom ke pasar payang tu kami singgah sebentar di masjid terapung untuk bersembahyang… di sana juga nabila sempat berjumpa dengan nabil rakanya yang dia asyik dok sms jer dari tadi.. ahhha
lama gak kami berehat di sini… kalau tak silap zuhur kot kami di sini dan waktu semakin menuju asar…. ahhaha
sebelom kami ke pasar payang kami singgah di atm…. 9bukan aku tapi dorang duit aku dah kering dah) kemudian kami straight ke apsar payang sambil di pandu nabil… hahaha tiba je di sana aku pe lagi mengambil gambar je lah…. pada ketika ini aku dah target satu makam atau masjid berhampira sini untuk pergi sana dan ambil gambar so dengan bertemankan nabila aku proceed ke sana…. mmg seronok kat situ… agak unik…
di pasar payang ni bukan dorang beli apa pun sekadar melawat jer…. di sebbkan mereka dari tumac so asyik komplen jer kalau jumpa telur penyu… pasal ni ler pasal tu ler… hahaha kalau dah tugas tu mmg macam tu ler…
selepas puas kau manangkap gambar rupanya si ida dan dewi dah kat luar dah  tgh menunggu kami…. hahaha sori sori… ahhaha\
selepas puas menangkap gambar di kuala mereka rancang untuk ke gong badak kerana mereka dakwa kat sana masak tepung sedap seperti sotong, kembung, udang, pisang dan lain lain masak tepung sedap…. ahahha kesian le sapa tak makan ikan tu… ahhahaha
mmg sepanjag hari ni asyik bz dengan makan jer lah kerja kami… afta ni kami akan jalan jalan kat dungun pulak dan makan malam di sana ….
esok paginya kami akan begerak pulang menuju ke key ell kerana sudah agak lama kami di sni dan si zul dan mai kene kerja…. aku dan nabila tak da hal pon kami tak kerja lagi.. hahahah
tapi setelah di racun oleh nad si nabila kata dia nak stay another day kerana esok dorang nak pergi piknik… hesh pakal jer kesian kat zul dan mai kene balik berdua kalau tak aku pun dah stay satu malam lagi…
aku di drop kan di puncak alam umah adik azmi dan zul pula akan menuju ke nilai bersama a.p dan mai…
sekain…
p/s : sori gambor banyak…. salah kan ain sebb dia yg bg kamera kat aku…
p/ss: sori banyak typo error
p/sss: thx for everything guy… i owe u one….
p/ssss: sekarang penjaga penyu dah tukar profesion dorang dah jadi penjaga kerapu dan udang putih…

Created by: MrRyzs

4 comments:

a said...

apeni apeni??? as usual lahhh gamba aku zaman2 jahiliah yg muka lebam gilaaaa huh

ps:loike tis

noobb said...

tembam tembam... hahahha tapi sekrang dah jelita yer...

Anonymous said...

[url=http://www.cheapcanadagooseparkas.ca]canada goose outlet online[/url] Someone who's quick with a laugh. [url=http://www.busesbitermi.com]beats by dre[/url] Jqsrvh
[url=http://www.christianlouboutindiscountsale.co.uk]christian louboutin shoes[/url] [url=http://www.ogrelarp.com]Canada Goose deutschland[/url] Efgtpj [url=http://www.pandorajewelryukonsale.co.uk]pandora store[/url]

Anonymous said...

http://www.cheapcanadagooseparkas.ca No matter what that trend or style was, it probably had some things in common with every other generation over the past few decades. [url=http://www.busesbitermi.com]beats by dre[/url] Xsldnx
[url=http://www.christianlouboutindiscountsale.co.uk]christian louboutin outlet online[/url] [url=http://www.ogrelarp.com]Canada Goose Jacken[/url] Bsgnxe [url=http://www.pandorajewelryukonsale.co.uk]cheap pandora[/url]