Sunday, July 12, 2009

bring your own sleeping bag (byosb)

Salam....





Pada 020509 yang lepas aku telah cuber untuk memenuhi hasrat rakan aku untuk pergi ke johor dengan konsep berjalan jalan menaiki kereta, trip ini pada dasarnya memerlukan 5 hari tetapi atas sedikit masalah jadual maka trip ini di hadkan selama 3 hari...



beberapa tempat telah di cadangkan dengan mengambil kira permintaan dari semua peserta... konsepnyer adalah melawat rumah rumah rakan rakan di johor, ini termasuklah rumah atan di muar, rumah aku di kota tinggi, rumah azmi di segamat...





syarat untuk trip ni adalah semua perjalanan mestilah tidak melalui lebuh raya... pada asal rancangan kami ingin memasuki kesemua daerah di johor tapi oleh kerana masa tidak mencukupi daerah mersing tidak dapat pergi...


pergerakan kami di sertai oleh 2 buah kereta iaitu kereta azmi dan kereta dayang. program ini di namakan byosb (bukan bring your own sleeping bitch yer) kami bermula dengan berkumpul di khulafa sek 7 kemudian semua bersiap untuk bergerak... kami berkumpul semula di petronas sek 7 jam 3.30 petang.... selepas majlis baca doa yang di kelola oleh azmi maka perjalanan kami bermula...






perjalanan ini melalui bangi kemudian melalui semenyih, beranang, seremban, air panas, durian tunggal, ayer keruh. kemudian kami berhenti seketika untuk menikmati melaka pada malam hari, destinasi pertama (cp1) merupakan jonker walk di ayer keruh.




jonker walk merupakan tempat kegemaran aku setiap kali membuat trip byosb ini kerana di situ terdapat pelbagai panorama yang mengembirakan hati termasuklah kawasan ini happening dan mempunyai pelbagai barang barang yang murah... malahan ia berdekatan dengan pelbagai tempat lawatan lain seperti menara taming sari, mahkota parade, kesan kesan sejarah, dan pelbagai muzium..



selesai lawatan itu kami meneruskan perjalanan ke cp2 iaitu rumah atan di sunagi abong, keadaan friendly rumah atan menyebabkan para peserta rombongan mak kiah tetarik untuk datang 2-3 kali, ketika kami datang atan sedang demam, maka tommy (kucing atan) menjadi tumpuan utama, mengikut tetatif program atan di jadualkan untuk mengikut trip tp keadaan itu tidak mengizinkan..



esok paginyer selesai sahaja sarapan di rumah atan kami pergi ke bandar muar untuk merasa kopi 434 secara live... pelbagai produk kopi di sediakan... kedai itu sungguh unik.. oleh kerana ramai di antara kami meminati minuman berkafin ini maka ini memudah kan keadaan...



selesai sisipan kami terus begerak ke cp 3 iaitu tanjung piai (merupakan kawasan paling selatan di asia) kami melalui batu pahat, dalam seronok seronok tiba tiba azmi berhenti seketika kerana mendakwa terdapat bunti pelik di tayar belakang penumpang, maka kami dengan perlahan lahan mencari kedai untuk membaiki kerosakan yang tidak di kethui itu.. setahu kami tayar azmi tu baru.. setiba di parit raja kami meninggu seketika mekanik pun tak tau aper massalah tayar itu..selepas 3 jam rupanya masalah utama addalah tayar itu tak dikunci dengan baik itu sahaja.. kalau teruskan perjalan boleh menyebabkan tercabut.. masaalah simple tapi boleh menyebabkan maut...




selesai menyekru semula kami meneruskan perjalanan melalui pontian, benut, dan akhirnya samapi ke tanjung piai, setibanya di sini kami bergambar, menikmati keadaan laut selama 2 jam dan kami menuruskan perjalanan ke bandar johor bahru untuk pergi ke rumah atuk naya, kami menghabiskan selama 1 jam di rumah atuk naya sebelum meneruskan perjalanan ke danga bay,



di danga bay kami makan kerna kami belum makan dari pagi, kemudian kami meneruskan perjalanan ke kota tinggi melalui senai,kulai, dan kota tinggi, stibanya rumah aku (cp4) kami di beri makan lagi, selesai makan sahaja kami terus tido, kesokan paginya kami dirancang bertolak dalam jam 11.00 pagi tapi kerana ada delay maka kami begerak lambat sedikit, selepas sarapan, kami begerak ke pantai balau jiran desaru, melalui jalan mawai, dan seterusnya begerak ke air terjun, kami berhenti berehat di sungai pisang untuk makan tengahari (qist masak sambal ikan bilis kat umah aku), seterusnya merupakan cp5 (rumah azmi),


dari air terjun ke cp5 kami melalui jalan bandar tenggara dan singgah di kluang untuk menikmati kopi kluang yang terkenal, di sini tak banyak variasi kopi, still ikut zaman perang minuman basic jer ada tapi rasanya mmg di luar dunia.. sedap siot kopi kluang, mg berbeza dengan kopi lain, selesai sahaja kami terus begerak ke segamat, sebelu sampai ke segamat kami berhenti di yongpeng untuk membeli cenderahati kepada mak azmi, perjalanan yang lama menyebabkan ramai tak sabar untuk sampai ke segamat, setibanya di segat azmi mengambil alih utnuk ronda ronda bandar segamat, malam itu kami tido di rumah azmi, mak azmi mmg cool, dier pandai buat pelbagai makanan,




kesokan paginyer selesai makan nasi goreng (azmi masak) dan nasi serta daging masak kurma (azmi tolong panaskan) kami menghantar adik azmi ke sekolah dan jumpa mak azmi di tempat kerjanya, selesai sahaja itu kami terus begerak pulang ke shah alam, perjalan ini melalui jalan dalam sehingga di simpang ampat kerana kami sudah kesuntukan masa maka kami membuat keputusan masuk lebuhraya,



kami berhenti berehat di r&r seremban, selesai makan betik (beli semalm kat yong peng) kami meneruskan perjalan ke shah alam, setibanya di shah alam kami tolong dayang pindah rumah. tamat lah trip byosb kali ini, tapi rasanya mcm nak buat lagi untuk rakan rakan lai pulak kerna kalau tak buat begini kawan kawan tak kan datang ke rumah kami di johor.
jarak waktu perjalanan (ikut jalan lama):
  1. dari shah alam ke melaka = 2.45
  2. melaka ke umah atan = 1.53
  3. dari umah atan ke tanjung piai = 3.23
  4. tanjung piai ke rumah aku =3.15
  5. rumah aku ke segamat = 4.38
  6. segamat ke shah alam = 3.58

jumlah kos minyak adalah setiap peserta mengeluarkan rm 50 sahaja

p/s : sepatutnyer lagi ramai follw tapi kerna ada masaalah jadual maka 2 kereta sahaja boleh pergi, terima kasih kepada dayang dan shikin kerna ikut walapun dalam short notice.

p/s : sayang tak dapat nak pergi habiskan seluruh jhr, harap trip ini gembirakan kamu.

p/s : to love or to be love hate to chose but i have planted the seed of love within her does i have to go through all of this??

Created By : RyZs

Saturday, July 11, 2009

Sirkit Mendaki Gunung Negeri Sembilan Gunung Datuk

Salam....



pada 5 april 2009 kami memutuskan untuk memasuki sirkit mendaki gunung n9. trek pertama akan diadakan di gunung datuk, ia bermula jam 8.00 dan di lepaskan jam 10.00 pagi, kami memutuskan oleh kerana terdapat beberapa ahli yang sibuk dengan trans go-cem maka aku, hisham, fateha, nabila, dan fahmi sahaja akan pergi.


target aku pada trek ini hanyalah rekreasi, jeles tgok bebudak ni dah pernah naik so takder presure ler aku nak menang.... lagipun kalau di lihat pada peserta kali ini agak bedarah untuk lawan... mereka semua fit macam kuda.. takut siot...


kami bertolak jam 7.00 pagi dari shah alam.. rancangan asal kami akan bertolak jam 5.00 pagi tapi ketika hendak kejut nabila kami dianggap penyamun dan housemate nyer takut menyebabkan kami tak dapat kejut dia... kejadian lucu itu berlangsung selama 2 jam... nak gelak pon ada nak marah pon ada... sampai sekarang aku marah lagi kat si shika tu.. ada ke patut die ingat kami ni perompak.,... pastu dier takut takut kan kami seperti dier tu hantu plak... adoi... aper punya kawan ler...


kami sampai di kaki gunung pada jam 10.00 pada ketika ini perlumbaan dah nak mula dan kami hampir tak dapat masuk... naseb baik para ajk boleh bertimbang rasa, jauh datang takkan nak balik langsung tak naik?? akhirnya kami di benarkan bertanding aku mmg takder harapan lah nak lawan... aku, sham dan fahmi masuk ketogori umum disebbkan faktor umur... manakala nabila dan teha masuk ketogeri remaja.


kami bermula dengan semangat.. dengan pantas aku di pintas oleh sham dan fahmi.... sampai cp 1 dah ada budak china give up.... kemudian trek hutan dari cp 1 ke cp2, dari cp2 ke cp3 trek mendaki, dan terus daki sehingga cp4 dari cp 4 ke cp5 (puncak) juga mendaki dalam 30 % kecerunan...


dalam perlumbaan ini sangat memenatkan kerana perlu lari dan kebetulan aku bawak 2 botol air kecil sahaja.. dengan selamba sebelum ke puncak air tu dah habis... beg kecil yg di bawa bagai batu kerana kepenatan... dalam perjalanan dari cp3 ke cp 4 kelihatan sham sedang turun dan dalam perjalanan cp4 ke cp5 kelihatan nabila sedang turun laju... pergh kalah aku dengan mereka berdua..


tapi dalam kepala aku mana fahmi dan teha?? sepatutnya fahmi dah turun manakala teha ada di belakang aku.... setibanya di puncak aku dapati fahmi sedang tunggu teha dan kami berehat hampir 2 jam di puncak sambil mengambil gambar dan mencuri air orang orang lain...


selesai sahaja ambil gambar kami di suruh turun oleh brader bomba.... dan dengan terpaksa kami pun turun... dalam perjalanan turun, aku turun dengan laju berikutan teringat sham telefon menyatakan dia sudah berada di bawah dan sudah amek sijil ketika aku perjalanan turun dari cp3... tiba tiba kaki aku terkehel dan sakit yang dari kinabalu datang kembali... pergh malang sungguh...





setibanya di tapak gunung kedengaran nabila tidak berpuas hati kerana sepatutnya dier no 5 ketegori remaja tetapi ia di beritahu bahawa dier nombor 14... namun keputusan adalah muktamad.... oleh kerana race pertama ini ketika di puncak kami hanya perlu mendapatkan nila biru maka pelbagai tipu musihat boleh di buat...


dengan hampa kami pulang... tetapi sebelum pulang kami berhenti makan di kedai makan sungai tepi tanah kerajaan... sesudah itu kami pergi ke bangi dan makan lagi sekali, kemudia selesai maghrib di bangi kami menghantar fateha kerumahnya.. setibanya di rumah fateha kelihatan abang iparnya.. setelah di amati rupanya abang ipar dier adalah rakan aku sekolah ketika di jhr... kecik sungguh dunia ini... sepanjang perjalanan ke shah alam aku ketawa memikirkanya...


p/s : din mcm ner ko bleh kawen dengan akak si teha tu lah din... potong segala perncangan aku...

p/s: gambar tak banyak kerna aku tak sempat ambil gambar... kan tgh race.. kepada sesapa nak sumbang gambar please tell me... 2 gambar ni pon aku curi dari fs fateha...


p/s: am im changing?? idon feel any changing around me... and why am i changing just to be with you??


Created By : RyZs

Sambutan Maulidur Rasul di seksyen 9

Salam...







pada 22 hb june 2009, sebaik sahaja tamat makan malam menuju puncak kami dari umags telah di jemput untuk berarak di seksyen 9 shah alam sempena menyambut maulidur rasul...





semua peserta jejak ilmu ke kota kinabalu terlibat namun terdapat beberapa orang yang memungkiri janji... namun hampir semua peserta dapat menghadirkan diri..





kami di jemput berikutan mpp zon 4 telah memberi sponsor berikutan program k.k itu.. pada sambutan maulidur rasul ini kami berarak di sekitar seksyen 8 dan 9, selesai sahaja berarak kami di beri makan dan membantu ajk dalam pertandingan mewarna dan laungan azan.. program habis dalam jam 3 petang...




p/s: herm ini merupakan post ke 5 aku buat malam ini.. agak penat dan mintak maaf kalau ada speeling error aku cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik.. banyak sangat xtvt sampai aku tak terbuat post...

p/s: i think im in love but does she know about it?? i wonder does she know or it just me...

Created by: RyZs

Makan Malam selangkah Ke mercu

Salam....

pada 21 hb jun yang lepas kelab umags b.b telah membuat makan malam sempena menyampaikan sijil gunung kinabalu untuk para peserta yang pergi mendaki sempene misi membentangkan 1000 tapak tangan di puncak gunung kinabalu menentang peperagan yang di buat oleh tentera yahudi...

malam ini di mulai dengan persembahan silat, persembahan tarian dari penari dari klang, persembahan puisi dari ahli umags, persembahan koir dari ahli umags dan beberapa tarian lain di sampaing untuk para peserta gunung kinabalu, penyampaian sijil sijil program sebelum ini juga di beri ketika itu...

ini termasuklah dari program taman negara, kenyir, gua tempurung, gunung datuk, gunung besar hantu, dan lain lain majlis ini di hadiri oleh penasihat penasihat umags dan tnc unisel... malam ini terdapat ramai pelajar yang melaram merebut hadiah kings and queen.. tema untuk malam ini adalah tradisional.. bagi lelaki agak sukar merebut kerna semua pakaina adalah sterotaip.. tetapi bagi wanita terdapat pelbagai variasi...

majlis berlangsung lancar dan tamat pada jam 11.00 malam... di bawah ini ter dapat beberapa gamabr yang sempat di rakam kan.. semoga gembira....

















p/s: only god know my power
p/s : ithink i im love with somebody... do you know who??

Created By : RyZs