Sunday, November 30, 2008

women = problem??


salam...

nak tahu mcm ner perempuan itu masaalah??
baiklah... lakaran ini aku dapat ketika sha komp member aku.... (ba***t)

1. untuk mencari perempuan yang baik untuk anda.. anda perlukan masa dan duit... ini bermakna wanita= masa * duit..

2. masa itu emas... dan emas bermakan duit lagi  

3. ini bermakna wanita = duit * duit, dan duit * duit = duit², dan ini bermakna wanita bermaksud duit²

4. duit bermakna punca semua masaalah ini bermakna duit = puncakuasa bagi masaalah

5. terakhirnya setelah diambil kira budi bicara para hakim dapatlah kesimpulan bahawa wanita adalah punca masaalah, ini kerana puncakuasa akan mati setelah bertemu dengan kuasa 2... maka tinggalah wanita = masaalah...

sekian... 
p/s: kalu salah maaf yer... saya math ni fail sikit.... anyway ini tak bermakna bahawa kita haruslah menyalahkan perempuan.... kerana orang yang dapat mengawal masaalah itu adalah diantara orang yang terhebat... wakakkaka....

edited by RyZs

Wednesday, November 5, 2008

Gunung Besar Hantu !!










Salam...



seperti yang di janjikan aku akan update berkenaan dengan trip Gunung Besar Hantu...





Kami bertolak pada Hari jumaat jam 8.00 pagi dari shah alam (bestari jaya jam 6.00)


80 ahli beserta dua pegawai pengiring....


masaalah uatam yg dihadapi adalah kehilangan 2 ahli kerana mereka tak dapat bangun 1 dari S.a dan 1 dari B.j...... sampai di sana dalam jam 12.00 dan terus menaiki traktor menuju ke kaki bukit.....





selepas turun dari traktor dan briefing.... kemudian kami trekking melalui jalan tar...( pergh time ni ler paling penat sekali) selepas itu jungle trekking selama 4 jam...


kami tiba di check point pertama dalam pukul 6 petang... kemudia meneruskan perjalanan selepas berehat selama 20 min...


kami tiba di base camp dalam pukul 9 malam... (sampai aku terus tidor... tapi bangun semula pukul 10.30 untuk makan....)





keesokan pula kami bergerak ke puncak dari base camp pukul 8.30 pagi..

perjalanan ke puncak mengambil masa selama 2 jam naik dan 2 jam tido...

apabila sampai di puncak program Piknik(bekalan di buat sebelum bergerak ke puncak) dan sambutan raya di puncak bermula ( sebenarnya amek gambar jer kat atas tu) kami berehat di atas selama 2 jam dan dalam 2.30 turun semula ke base camp...






selepas selesai membersihkan diri (ada Air terjun) program makan beradat (program wajib UMAGS) dan ice breaking pun bermula... pemenang untuk program makan beradat adalah kumpulan 3 (agak sedap la nasi itu) ia di hakimi oleh Tuan Badli shah... (kesian en bad sebab kene makan makanan tak sedap sebanyak 10 kumpulan) program tamat dalam pukul 1.30 dan terus tido..


dalam pukul 6.30 kami semua sudah siap sedia untuk meningalkan kesan tapak kaki kami... (turun ah tu) kami turun melalui trekk yg berbeza, trek yang di pilih merupakan trek lata kijang ( lata kijang merupakan kawasan peranginan Air terjun...) dan kami bertolak pulang ke shah alam dalam pukul 5.00 petang...
kalau nak tengok gambar lebih sila tengok di galeri kenangan....
Created By: RyZs

Sunday, November 2, 2008

banner Gunung Besar Hantu...

Salam....


sepatutnya aku post benda ni bulan lepas tapi aku malas....





baiklah ini merupakan banner untuk program selangkah syawal Gunung Hantu Besar..


namun begitu ada sedikit spelling error... maklum lah buat terburu-buru....



program ini telah berlangsung dengan jayanya... terima kasih kepada peserta yang terlibat....



kesemua ahli berjaya mendaki sehingga ke puncak...



mungkin post seterusya saya akan cerita lebih detail

... banyak lagi nak cerita tapi kerana bz so terpaksa stop...

thanks Everyone...

Created By: RyZs

Thursday, October 9, 2008

Sneek Peek To G. Besar Hantu T Shirt!!!!

salam....

sudah sekian lama saya tak post di sini... ini adalah kerana cuti raya dan perut terlalu kenyang sampai malas..... hahahha

ok baiklah biar saya tunjukkan design baju untuk program "selangkah syawal di Gunung besar Hantu" Anjuran UMAGS.


Nama : "selangkah syawal Gunung Besar Hantu 2008" previusly Known as "xpdc Gunung besar Hantu 2008"

Anjuran: UMAGS (Unisel Mountains Adventure Groups)

Tarikh : 24 - 26 Oktober 2008


lokasi: Gunung Hantu Besar, Negeri Sembilan.


Peserta: 80 Orang (40 Dari Shah Alam. 40 Dari B. bestari)


Meterial : kain Cotton (asalnyer quick dry tapi budget kene potong....)


Design Yg Di Minta: 6 jenis...
























namun begitu design yng terpilih dan siap di edit merupakan :








Pandangan Hadapan


Pandangan Belakang


Logo Hadapan saiz A4


Logo Belakang

Ada Komen?? sila lepaskan kegeraman anda di Shoutbox atau send me an email.... Ryzs84@Gmail.com

Created By : RyZs

Wednesday, September 17, 2008

Pesanan Untuk Para Solehah HEheHe

aku terjumpa pesanan ini di laptop akmar so layan...... Zaszzz

ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA
oleh ulama muktabar

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haidsekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atastikar sembahyang supaya anak tidak lihat kitameninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengankeluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalansahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kitakeluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraankedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukupdengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apadosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu padahari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak darikecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharianNabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dansebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambanganbunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana.Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akanmenjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt ataswanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solatberjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaahsuaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikatamalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan... dan Pesanan Imam Al-Ghazali Tentang wanita...

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam ini, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah:menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:banyak cakap tidak menentu lagi bising.

edit By RyZs

Wednesday, September 10, 2008

Cara cara Untuk Memasang Khemah jenis Dome!!

Ok Mungkin anda tahu bagaimana nak pasang khemah tanpa perlu baca Buku panduan yang diberikan!! (hampir semua Lelaki akan cakap begitu). Dan semua khemah sama iaitu ada 2 tiang yang merentasi di tengah.. namun disini saya bagi sedikit tips !!


  1. Keluarkan khemah dan kain tapak (ground cloth), sebenarnya kebanyakan khemah tidak disertakan kain tapak dan anda hendaklah membelinya secara berasingan!! Kain tapak adalah bertujuan untuk pastikan khemah anda kering pada dasarnya!! Tetapi kain ini mahal jadi untuk mengantikan kain ini apa kata anda guna plastik sampah sahaja….

  2. Buka kain tapak, dan buka sepenuhnya khemah anda itu. Keluarkan tiang dan pacang pacang serta tali tali dan letakkan di tempat berbeza.

  3. Memasang tiang pada khemah merupakan di antara perkara yang terpenting dan paling menyeronokan dalam proses memasang khemah ini. Hampir semua khemah jenis dome mempunyai tiang yang bersambung dengan getah. Dan jika anda baling tiang ini dengan anda pegang pada hujung tiang itu, ia akan bersambung secara automatik…

  4. Seterusnya masukkan tiang yang tersedia itu ke lubang luar khemah bermula dari satu sisi ke sisi bertentangan. Pastikan tiang itu tidak terputus di tengah-tengah.

  5. Setalah tiang itu kelihatan seperti huruf x, sekarang anda akan mendirikan khemah tersebut. Tempatkan hujung tiang itu di lubang sisi khemah. Dan pastikan rakan anda juga buat benda yang sama pada sisi yang bertentangan. Semasa anda hendak memasukan tiang ini anda hendaklah membengkokkan tiang tersebut kepada bentuk D. ulangi proses ini untuk tiang lagi satu

  6. Seterusnya memasang kain hujan ( kain luar) pemasangan kain ini adalah sama caranya dengan pemasangan khemah tadi.

  7. Baiklah siap khemah dome. Sekarang berbalik kepada kain tapak. Kain tapak hendaklah di letak kan di bawah khemah. Kain tapak itu mestila tidak lebih besar dari khemah anda. Ini kerana jika hujan turun air akan bertakung di kain tapak dan air akan masuk ke khemah anda melalui tapak khemah. (tapak khemah kebanyakannyer adalah di buat dari kain guni dan tidak kalis air.) pastikan kain tapak itu kemas dan tidak terkeluar.

  8. Pada masa sekarang anda mungkin anggap anda sudah siap dan anda mungkin mempunyai barang di dalam beg anda untuk di masukkan di dalam khemah, ini benar jika kawasan yang anda pergi itu tidak mempunyai angin yang kuat. Tetapi jika kawasan yang anda lawati itu mempunyai angin yang kencang sila pastikan anda memasang pacang di sisi khemah anda.

  9. Taburkan belerang atau garam kasar di keliling khemah anda untuk mengelakan dari binatang berbisa masuk ke khemah anda.

  10. Seterusnya letakkan beg khemah dan alatan khemah yang tidak di gunakan seperti pacang yang berlebihan di dalam khemah supaya tidak hilang.

  11. Untuk buka semula khemah caranya sama seperti memasang khemah itu tetapi secara terbalik. Tapi sila pastikan khemah anda kering sebelum gulung dan buka semula khemah itu apabila sampai di rumah untuk pastikan khemah itu berkeadaan baik.


Tips ini disediakan untuk anda yang tak pernah pergi berkhemah. Namun begitu sila pastikan kawasan tapak perkhemahan anda itu bersih untuk mengelakan dari binatang berbisa dan sebagainya. Hargai alam sekitar (sorry pasal Spelling Error)



Created By RyZs

Tuesday, September 9, 2008

New Place To Jamming!!!






Baru baru ni aku ada jumpe tempat baru untuk kaki jamming!!
lokasinya adalah di bandar baru ijok...
nama studio adalah "Studio KITA"

alamat :: 32-2nd floor, jalan ijok utama, Batang berjuntai, Selangor Darul Ehsan...

Berdekatan Dengan Unisel...

keistimewaan studio ini merupakan Drum set nyer!! jikalau anda ingin merasai profesional drum set boleh lah datang ke sini...

waktu perniagaan adalah 8 pm hingga last customer

harga sejam adalah Rm 22...
Contact No: Denq 0176567352 @ zaki 0122680784 @revolt_69@yahoo.com

Monday, August 25, 2008

Sambutan Merdeka Muzikal di Unisel!!




Salam!!
kepada sahabat sahabat dak kazen kazen dari unisel atau seluruh shah alam khasnya...
adalah dengan harapan yang tinggi kepada sesapa yang melawati blog ini untuk mengahdirkan diri anda ke Merdeka Muzikal di unisel...
di antara program yang dijalankan adalah persembahan dari kebudayaan, pertunjukan silat.. tarian.. dan pertunjukan lakonan kanak kanak tadika (kiut) dari Klang!!

tarian traditional. nyanyian solo, gamelan.. Ramai potensi skandal.. dan wanita serta gadis gadis yang cantik lagi ayu... datang sebelum semua di tackel... huhuhuh

acara adalah pada:
28 ogos 2008
bertempat di dewan unisel
jam 8.00 pm


persembahan muzikal ini dijayakan oleh Gpms dan unisel..

created by RyZs

Newest Master piece!!!

baru baru ni, ada orang suruh buat tag!! jadi kau pon buat lah 3 design.....

tugasan :
untuk uitm
bas part 3
kempen keluarga sihat..

1).



2).



3).


namun begitu design yang dipilih selepas pick and mix merupakan yang ini...











ribuan terima kasih kepada Miszz Ain, Naya, Qistina kerana menjayakan tag ini....

jikalau ada sebarang komen boleh ah tinggalkan di shout box atau kontek me at
ryzs84@gmail.com

created by Ryzs

Tuesday, August 5, 2008

Boikot Barangan Belanda !!!

Boikot Barangan Belanda, mari kita jayakan boikot ini beramai ramai... utamakan barangan tempatan...

1. Dutch Lady - susu
2. Ferrero roche – coklat
3. Wall’s - ais krim
4. Ing – insurans
5. Planta – Magerin
6. Lady’s Choice - Magerin
7. Lipton – Teh
8. Shell - Minyak
9. Knorr - Perisa Makanan
10. Dove - Mandian
11. Sunlight - Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant - Deodoran
13. Rexona - Deodoran
14. Ponds - Produk Kecantikan
15. Kieldsens - Coklat
16. Slimfast - Produk Pelangsing
17. Lego - Kismis
18. Philips - Barangan Elektrik
19. Duyvis - Makanan Ringan
20. Gouda - Keju
21. Robin - Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel - Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo - Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello - Lip Balm
25. Pickwick - Teh
26. Venz - Mentega Coklat
27. Kinder Bueno - Coklat
28. Unilever - Syarikat
29. Breeze – pencuci kain
30. Sun – pencuci kain
31. Sunsilk - Shampoo
32. Fair & Lovely - Produk Kecantikan
33. Lux - Mandian
34. Vaseline - Lip Balm
35. Cif - Pencuci Lantai
36. Surf - Pencuci Kain
37. Wishbone - Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli - Minyak Masak
40. Clear - Shampoo

Bukan Politik Tapi bersama-sama lah kita memajukan industri tanahair ini.. kalau bukan kita nak tolong siapa lagi nak tolong... bukanya orang belanda yang tolong kalau tak percaya tanya van persie.... Hak memilih adalah di tangan pengguna.....