Wednesday, April 29, 2009

Ekspedisi Mencari Ilmu Gunung Kinabalu (Hari 4)

Salam....

seperti post aku sebelum ini... aku akan cerita mengenai pengalaman aku di kota kinabalu... pada hari ke 4, kami di jadualkan untuk ke pulau manukan... selesai sahaja sembahyang subuh... kami terus bersiap tuk serapan... selesai sahaja serapan... kami bersiap sedia dengan pakaian basah separa kering sewaktu pergi ke kiulu pada hari ke 2 kerana tak nak membazir kan banyak baju..



pulau manukan berada di kota kinabalu... bas kami berhenti di woterfront di jessleton town... setibanya sahaja kami terus bergambar.. memang budak umag kaki bergambar... bari turun jer memasing dah ready kamera mcam paparazi.. giler ah.. antara tarikan di situ adalah pondok telepon warna merah macam kat london... setelah kene marah barulah semua berkumpul.... memang agak susah nak jaga orang ramai ramai ni terutama bila sumer orang dah besar... wakkaka nasib badan ler aus...





setelah yasir dan mus setelkan teket kami terus menaiki bot... bot aku agak lambat skit... ini berikutan kami ramai dan bot tu plak cuma ada 1 enjin... memula agak bangga sebab gerak dulu... bajek dapat sampai dulu ler.. tapi haram.. mereka yang meniki bot lain pantas memotong kelajuan bot aku dengan tanpa belas kasihan... setibanya di jeti pulau manukan kami kagum...





sesunguhnya memang ada tempat di malaysia ini yang masih tidak tecemar... kami terus mangambil set scuba dan mandi ler aper lagi.. mencari coral live kononnyer... wakakaka sedang seronok berenang tu aku tejumpa iryani.. dier ajak ke tempat jauh sikit aku aper lagi kerana tak nak jatuh ego follow ler... sedang seronok tu tetiba ternampak landak laut.. takper ler tak begerak benda tu.. tapi tetiba ternampak plak ular laut sedang bediri secara horizontal... rasa macam nak lari jer waktu tu... kelam kabut kami berdua lari... bukan makin laju tapi makin pelahan pulak rasanya... wakakaka



lama gak kami di lautan biru itu sampai kulit kami jadi bontot periuk... herm selesai sahaja kami terus makan... kebetulan sebelum sampai tadi kami ada beli makanan di petronas ... herm pulau manukan mmg cantik.. perempuan yang jaga tu pergh.. meleleh rasa macam tak nak balik jer.. orang sabah mmg hot.. selepas meningakan jeti manukan itu kami ke bandar k.k... kali ni perjalanan balik akiu naik bot enjin 2...



bas tunggu kat depan waterfront.. berdekatan dengan pasar manila.. so kami terpaksa ler berjalan kesitu.. masing masing di beri peluan untuk bersiar siar sendiri.. masa ni jugak kami di beri peluang untuk membeli barangan untuk di bawa ke gunung... selepas itu kami pulang ke krm dan malam ni kami kene pakai pakaian untuk ke atas gunung... ini termasuk lah pakain tebal yg di beli.. bukan apa check list kali terakhir.. ternyata masih ada yg kurang lengkap atau lengkap tapi nak buat improvement pada barang barang.. selesai dalam jam 11.00pm



sebelom tidor macam biasa ler pekene laksa serawak dulu dengan nestum milo.. pergh layan.. tapi shawn ada ingatkan supaya jaga makan ketika berada di sini.. tapi aku melantak jugak... wakakak padan muka perut aku... mcma biasa ler.. tidor jam 2.00 am dan bangun jam 5.00 am.. mmg kompem tertidor depan ustaz azrin... sori ustaz bukan sengaja.... esok kami di jadual kan untuk ke poring hotspring... see you in next post.....



p/s nestum milo di ilhamkan oleh atan... dier peneraju nestum milo di kedai itu....... syabas beteh

Created By: RyZs

Ekspedisi Mencari Ilmu Gunung Kinabalu (Hari 3)



Salam.....

hari ketiga 20 hb 2 09 hari ini merupakan hari jumaat... selesai sarapan kami di beri peluang beriadah seperti bermain bola keranjang futsal dan bola tampar... pada pagi hari kami bermain permainan itu dalam 6 kumpulan... walaupun kumpulan aku cuma dapat naib juara futasal tapi takper sebab takdapat hadiah pon... wkakakak... selesai rekreasi dalam jam 11 kami di benarkan balik ke dorm tuk mandi dan bersiap untuk ke masjid..

kedudukan krm itu yang sungguh strategik berdekatan dengan masjid memudahkan keadaan di mana kami tak perlu menaiki kenderaan tatapi hanya berjalan kaki sahaja... semetara pihak lelaki pergi sembahyang jumaat pihak perempuan pula pergi shoping di giant berhampiran... tetapi mereka juga menaiki kenderaan awam... pelbagai tempahan telah diminta dari pihak lelaki untuk memuaskan nafsu makan merekan...

semasa pulang dari masjid itu kelihatan kedai kecil yg tertulis laksa kedah.. terkejut jugak kan kat sabah ada laksa kedah.. dalam hati aku petang ni mesti pekene laksa kedah... tak bleh lupa...
dalam jam 3 petang kami dapati bahawa kami perlu melakukan kerja amal kerana sebahagian daripada program komuniti.. oleh kerana tiada tempat yang sudi di buat amal maka pengarah program mengambil keputusan untuk membersihkan sekitar krm sekadar syarat katanya..
kami sekali lagi di bahagikan kepada beberapa kumpulan... kumpulan akupaling cepat buat kerja.. sebab kene angkat kayu jer..wakakaka selepastu tolong budak tandas,,.... memula berebut nak pergi dewan tetapi selepas itu kansel aku dah agak kemas dewan mmg penat... dalam proses ini kepala bergiat cergas tuk curi tulang.. wakakkaa tapi bersih ler semua tandas.... boleh nampak muka kalau time kencing bediri... wakakak
selesai sahaja program komuniti itu kami yasir memangil ramai ramai untuk belajar cara cara sebenar untuk coodown... tetapi dengan nature yang nakal kami (bkn aku sorang) pergi ke kedai untuk makan ... time ni teringat plak laksa kedah.. dan dan time tu jugak aku tgok kat menu dan perasan ada laksa serawak.... herm aper lagi oder ler... tapi dah habis.. yg berjaya makan cuma el.....

apa bleh wat kongsi jer ler dengan dier.. memula sampai laksa itu kami berasa pelik skit laksa serawak ini pakai bee hoon mengantikan mee laksa, pastu bau macam jamu mustika ratu, ada udang separuh masak, warna macam rendang daging, rasa pon agak rendang daging jugak.. tapi oleh kerana malas nak pikir kami makan jer ler... selepas beberapa kali makan sedap plak... malam ni oder lagi ler... lagi satu air nestu dier pergh sedap.. teringat walaupun dah sebulan berlalu...
kami pulan ke kem dalam jam 6.30 terus bersiap untuk sembahyang maghrib... macam biasa ler makanan tersedia lepas isyak.. lepas isyak kami berkumpul dan yasir membuat game... game kali ni membentuk kami sebagai satu kumpulan... agak interesting game ini dimana kami boleh membentuk satu bulatak yag besar tanpa perlu bukak tangan... susah nak describe.. tapi yg penting best... game habis dalam jam 11.30


aku dah wat rancangan malam ni mesti pekene laksa serawak sekali lagi... malam ni ramai jugak join.. mcm biasa ler.. laksa serawak dengan nestum.. pergh mmg layan... selepas melepak selama bebrapa jam kami pulang semula ke krm... pelbagai cerita di bincangkan... esok pagi macam biasa kene bangun pagi dan sembahyang subuh.. ini adalah kerana esok kami akan ke pulau manukan...


Created By : RyZs

Ekspedisi Mencari Ilmu Gunung Kinabalu (Hari 2)


Salam.......





Hari kedua di kota kinabalu merupakan hari di mana program ini bermula.... ini kerana program ini memang sepatutnya di jadualkan bermula pada 19.02.09. oleh kerana ada sedikit perubahan semasa membeli tiket maka program ini begerak awal satu hari... bedasarkan post mortem semalam hari ini sebaik sahaja selesai sembahyang subuh. para peserta akan bersarapan.....




teringat semula ketika kat dorm semuanya cara begini... tidor reramai makn reramai.. wakakaka selesai sahaja berserapan kmai di jadual kan untuk pergi ke kiulu river untuk membuat white water rafting ..... kiulu white water rafting merupakan level 1-2 dan sangat sesuai untuk para peserta yang baru berjinak jinak dengan white water rafting ini....



perjalanan dari kem rkm ke kiulu river mengambil masa selama 3 jam.... perjalanan agak membosankan namun dapat di ceriakan oleh guide yang hadir.... kebetulan pada hari itu merupakan hari lahir salah seorang peserta tertua di situ iaitu lan..... makan kami semua menyambut hari lahir beliau di dalma bas tetapi tanpa sebarang kek....



kami tiba di lokasii kejadian (kiulu river) pada jam 11... selepas selesai briefing kami terus di bahagikan kumpulan dan menaiki raft memasing.... penumpang bot aku terdiri daripada aku, ikin, erin,illi,hatta, dan brader yg bwk bot...



kami bermula dengan arus tenang sehingga ke 21 arus deras..... agak seronok buat white water rafting ini dan rasanya nak wat program sepecialy for this sahaja... kat semenanjung tempat yang boleh di pergi merupakan sungai sedim di kedah.....



setibanya di tempat rehat di kiulu, kami di sajikan dengan makanan yang baru sahaja masak.... sunguh tak dapat di lupakan makan bersama kancil kancil dan makna daging kambing... pergh enak... namun ada diantara kami tak sempat merasa santapan ini..... ini berikutan makanan itu kekurangan terutama daging kambing itu....



selesai sahaja white water rafting kami di beri sijil masing masing sebagai tanda telah mengaharungi level 1.... selesai sahaja makan kami terus begerak balik ke kota kinabalu... tetapi dalam perjalanan itu kami singgah di tanparuli untuk berjalan di jambatan tanparuli... sebagai seorang yang biasa dengan gelagat umags aku pon menawarkan diri untuk menjadi jurugambar... agak penat mengambil gambar bebudak ni sampai tak terlayan.... apa boleh buat bukan selalu pergi ke tanparuli ini... walaupun aku gayat aku dapat mengharungi jambatan ini dengan cemerlangnya.... wakakak terima kasih pada zef kerana begitu mengambil berat... selesai sahaja kami terus meknaiki bas dan terus menuju ke krm.. pada asalnya kami ber kehendakan untuk pergi ke bandar k.k namun oleh kerana sudah lewat makan terus ke krm...




selesai sahaja sembahyang isyak berjemaah kami terus berkumpul untuk membuat postmortem pada mlm ini tiada sebarang prog diadakan namun yasir dan mus telah membuat beberapa game yang agak interesting antara game itu adalah surat mengunakan tangan kiri... wakakaka kesian kat ari kene bahan kerana menulis no woman i cry (tak leh lupa siot statement tu) .... wakakka selesai sahaja prog itu kami di jadualkan tidor... namun kerana menjadi salah seorang budak nakal maka kami fly pergi makan ke kedai kat luar... first time makan local delicacies kat sini.. hari ni kau cuma makan roti kawen dan nescafe tarik sahaja sebagai testing process.... tunggu ler esok... aku dah bersedia dengan menu sendiri untuk di cuba...




dalam jam 1.35 pagi kami balik dan terus tido.... macam biasa ler jam 5 pagi kene bangun lagi dan kuliah subuh tapi kali ni aku tak tidor sangat.. dan kelibat orang sembahyang jemaah semakin ramai..... tahniah... pagi ini kami di jadualkan untuk membuat program komuniti... ... see you on next post...

p/s: kali ni pemilihan gambar aku agak berhati hati... takut ada orang makan hati... pastu taknak cakap lagi kat aku... 
p/s: herm... sori ler pada orang yang tak terlibat mungkin akan anggap post ke k.k ni boring so sori yer...  dan please i dont have time to check my vocubulary and language.... wakakka

Created By: RyZs

Monday, April 27, 2009

Ekspedisi Mencari Ilmu Gunung Kinabalu (Hari 1)

Salam.....






pada 17.02.09 yang lalu kami sekumpulan dari kelab umags telah pergi ke kota kinabalu untuk mendaki gunung kinabalu iaitu salah satu gunung yang wajib di daki oleh para hikers tegar.... gunung ini berketinggian 4095.2 meter dan merupakan diantara gunung tertinggi di asia tenggara....




rombongan kami adalah seramai 44 orang termasuk wakil dari hep... namun begitu saya akan cerita dari perspektif umags.s.a sahaja (sebab aku dari shah alam kot).... pada jam 5.00 petang kami telah berkumpul di bilik kelab(@bilik gelap) sambil membawa peralatan dan keperluan yang akan di bawa ke k.k... kami double check ramai ramai serta cuba lengkapkan check list yg di beri.... diantara benda wajib adalah baju sejuk dan sarung tangan...




kami sepatutnya menaiki bas ke unisel b.b jam 6 tapi kami terlewat sehingga jam 7.30 berikutan melepaskan sembahyang maghrib... selesai sembahyang kami mengambil gambar kenangan dan membaca doa yang di ketuai oleh en hisyam... keadaan ketika itu agak muram (yer ler maghrib)...


selesai sahaja bacaan doa.. bas terus menuju ke unisel b.b untuk mengambil peserta dari sana.... kami tiba di masjid b.b dalam jam 9.45 dan terus sembahyang hajat.. selepas itu ada makan makan.. menu adalah air oren dan lauk ikan serta ada ayam serta sayur.. program sembahyang hajat ini juga mengambungkan umags dan jpa. jpa juga ke kota kinabalu sehari lewat dari kami...



selesai sahaja program sembahyang hajat ini kami terus pergi ke dewan biru untuk berkumpul dan bersedia untuk bertolak... pada ketika ini ada pulak orang yang buat lawak bangang dengan menyorokan ic salah seorang peserta... pergh ikutkan hati nak aja kami belasah budak tu... tapi apa bleh buat dier kawan pada peserta itu... selepas selesai dan mengambil kira semua perkara kami semua menaiki bas unisel ke lapangan terbang klia.....




kami tiba di lapangan terbang klia dalam jam 3.00 pagi setelah menghantar dua orang peserta lagi menaiki air asia.. ini berikutan dier daftar lambat... sementara tunggu jam 5 pagi kami merayau rayau di sekitar klia... (puas ambil gambar sampai nak termuntah)




selesai sahaja sembahyang subuh kami terus check in di kaunter berlepas dan terbang meningalkan semenanjung untuk tiba di destinasi kota kinabalu.... ni merupakan 1st time aku naik kapal terbang pergh best gak, tapi orang kata pramugari lawa lawa aku tgok biasa jer.. ramai lagi diantara kami lagi lawa.... nampak plastik sungguh mereka itu... kami tiba di lapangan kota kinabalu dalam jam 10.00 am. setibanya kami di situ kami terus menaiki bas untuk ke krm(kem rakan muda) itu merupakan tempat penginapan untuk sepanjang kami berada di kota kinabalu.....




setibanya di krm kami di bahagikan kepada bilik dan terus pergi bersiar siar... di berdekatan dengan krm itu ada laut pemandangan die kira ok ler.. banyak kancil kancil bersiar siar... depan krm tu juga ada kedai makan... herm.. pada hari pertama tak berani lagi nak usha usha... member sekepala pon belum jumpa walaupun dah byk kali pergi ekspidisi dengan mereka... takper tgu ler hari kedua nanti...






malam tu kami di beritahu bahawa ada majlis makan malam bersama sponsor kami di sabah maka kami pergi ke restoran sri melaka di sabah... di sana kami telah di sediakan meja, tinggal datang duduk dan makan jer... selepas sahaja makan kami balik dan terus bersedia untuk physical training jam 10 mlm... herm... agak pening gak... lepas makan terus kene lari... wakakkak jam 1 kami tidor... dengan nada terlupanya kami baru ingat bahawa kene tambah sejam awal untuk subuh di sabah..... adoi jam 5 am kene bgn sembahyang subuh... tu yg jadi ada yang sampai terlelap depan ustaz hj azrin.. nasib baik ustaz azrin pandai cerita tentang bidadari.... terbangun blik.....



created by: RyZs
p/s : ni baru hari pertama dah banyak korang besabar je yer.... aku penat cari memilih gambar.. terlalu banyak kamera dan gambar..

p/s: ni merupakan blog paloing banyak aku post gambar dan tanpa di sangka gambar tu byk plak muka teha... sesunguhnya aku tiada apa apa niat.. kebtulan ramai plak budak pegang kamera ini amek gambar dier... dah mcm blog dier plak (serius fahmi aku bukan sengaja)

Thursday, April 16, 2009

Lirik lagu Coba (requested)

salam...

angap jer ni selingan...

semenjak 2 menjak ini ramai yang menyanyi lagu coba dari faizal tahir dan menybabkan rami tertanya tanya... mengapa lagu yang lama itu di nyanyikan dan menjadi siulan kepada pemuda masa kini sedangkan ia sudah lama??....

persoalan demi persoalan ingin diungakaikan namun adakah itu jawan yang kita nak?? hermmm


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

pada pendapat aku ler kan... lagu ni mengusahkan kisah tong sampah... herm apa pendapat korang?? leave a komen please... wakakaka.. (sebenarnya aku tak suka pon Faizal Tahir ni tapi lirik dier agak dalam)

created By: RyZs