Thursday, February 17, 2011

Kami, Umags, penyamun, dan trans titiwangsa


Salam....



Nama Program: Jalur Pendakian 10 tahun Unisel Merentasi Trans titiwangsa v1
lokasi: naik dari ulu kinta keluar cameron highland
tarikh: 26 12 2009 - 01 01 10 (6 hari treeking 1 hari rehat)

semuanya bermula dari pertama kali aku terdengar cerita bro nan ketika aku di pangkor tahun 2003... ketika ni aku baru lg dalam dunia pendakian... tpi bro nan telah cerita bagaimana dia jalan merentasi trans titiwangsa, sejak dari hari itu trans tt merupakan satu impian kepada aku selepas kinabalu....




3 bulan sebelum program aku di beri penghormatan daripada umags untuk menjadi koordinator dengan syarat aku memilih atan sebagai pengarah program dan nadia sebagai biro makanan. oelh kerana mereka setuju maka aku dan atan merangka perjalanan kami, seperti sapa nak pilih, berapa ramai, sapa guider, baper lama, trek mana, peralatan, bajek, bas dll....




kami telah membuat keputusan bahawa semua peserta mestilah mempunyai minimum 3 gunung telah didaki, dan membuat latihan 1 bulan sebelum program untk melihat komitmen mereka... pelbagai latihan telah di buat untuk tidak menyusahkan rakan rakan, guider dan pihak lain...




kami di nasihati oleh kumpulan penyamun yg ketika ini agak asing pada kami.... mereka menasihati supaya masuk melalui dam ulu kinta, dan keluar pada dam blue valley cameron highland, perjalanan ada lah jenis santai so tak perlu tergesa gesa...




pada hari pertama kami akan begerak dari shah alam ke dam ulu kinta menaiki bas, ketika perjalanan kami berehat di r&r dan ketika itu satu kejadian yg malang berlaku pabila bendahari kami kehilangan wang sebanyak 300 ringgit,, agak mengelabah tp kami redha... yg penting ic tu... hahaha




setibanya di dam kami tidur semalam dan bersedia utnuk menaiki van untuk ke kaki hutan, dari kaki hutan kami akan pergi ke kem seroja dan tidur semalam, jarak dari kaki hutan ke seroja tak jauh dalam 4- 5 jam sahaja.... dalam perjalanan kami berehat dan makan tengahari di salah satu air terjun di situ... selapas rehat dalam 1-2 jam kami teruskan perjalanan ke kem seroja... everything looking good...




setibanya di kem seroja kami pasang fly dan masak menu trip kali ini adalah jenis yg mewah sedikit berbanding trip lain ini adalah kerana ingin menaikan semangat para peserta. di kem seroja makanan seperti spegheti, dan ayam masak lemak menjadi hidangan...




hari kedua di mulakan dengan bacaan doa dan senaman ringan kemudian breafing oleh cip penyamun en fendi... pada hari ini runner adalah group aku.. (fyi sebelom kami betolak kami di beri kumpulan mengikut hari dan setiap kumpulan mempunyai 6-7 ahli untuk membawa maknan dan peraltan seperti fly dll) target kali ni puncak korbu sebagai 1st g7 dan campsite...
beg mmg al maklum berat ler... ni 1st time aku rasa mcm nak campak beg... pastu trek.. pergh... mmg hellish..




trek dari seroja ke kem kijan kami berjumpa dengan beberapa group trak ke sini agak santai berikutan byk trek diskaun, tp selepas kem kijang... mmg trek mengenali erti pendakian gunung malaysia... dengan akar, lumpur, batu 90 darjah kecerunan dll.. 3 jam sebelum puncak kami kene penuhkan semua botol air berikutan tiada air di puncak.. di last water point kami terjumpa dengan group penjara bersama dengan bro daus (ketika kau tulis ni semalam birthday dia selamat hari jadi bro) mereka memberi semngat bahawa korbu dekat jer.... kami meneruskan perjalanan selepas makan tengahari.




kami mula dengan mendaki bukit botak, dari bukit bota kami dapat lihat trek, mmg jauh... selepas itu bukit penat, bukit lagi penat dan anak korbu kemudian puncak korbu. dalam perjalanan aku belh plak terkena ams... nasib bek yg ringan jer... sekadar terlelap dalam terlelap tu nasib bek di kejutkan oleh org len kalau tak kompem aku hanyut... setibanya di puncak aku tak dapat membantu banyak kumpulan aku... sekadar memasak jer tu pun bermasaalah pabila aku masak tomyam tah mcm mana boleh plak tergolek periuk tu... sampai gobi dan peah makan atas tanah tp nasib bek kuah je tumpah.. yg dalam ok.. (aku rasa ler)(sejak kejadian korbu itu aku dah tak di benarkan memasak jikalau pergi ngan dorang) esok pg kumpulan kami lg kene masak kali ni nasi goreng tp bob masak.... (sori geng aku mmg suka pedas pedas) puncak korbu mmg sejuk... peserta terakhir sampai dalam jam 8 malam...




macam biasa selepas warming up dan doa kami akan teruskan perjalanan ke kem h20 ini merupakan perjalanan paling lama dalam perjalanan kami.. kami dah dinasihatkan bahwa kali ni akan overtime... perjalanan akan melalui puncak gayong... selepas bergambar kami meneruskan perjalanan ke puncak junction dan ke h20... aku adalah sweeper time ni... mmg teruk... mmg overtime... mmg lama... aku sampai ke kem site dalam jam 10-11 malam.... mcm siot.. ketika ini buddy aku iaitu kerol telah pecah dia punya azam untuk tidak merokok.. teringat aku kat batu besar di mana dia pau rokok mongkut hahah barai rekod selama 3 tahun...




setibanya di h20 terus tak makan dan tido.. mmg mental kat situ.. sampai bob tak nak bertegur sapa.. mmg lawak siot... tgo bebudak mental... ketawa dalam hati je ler.. esok pagi nya semua bagun lambat dalam jam 9 mgkn efek mlam tadi kot... rupanya dorang makan sedap ayam masak merah, dan papadom serta beberapa lauk len menjadi hidangan... tp pagi ni kami masak nasi lemak siap air bandung dan kacang goreng.. mcm kat umah siot...




dalam jam 11 kami begerak ke puncak yong belar di mana g7 ke 3 berada... perjalanan ke kem kuali tak ah jauh dalah 3-4 jamjer... tp akli ni aku relek.. sebb tugas dah habis.. aku trekking pun ikut rentak aku.. kadang kat depan. kadang kat belakang.. mmg seronok... kami tiba di kem kuali dan berehat.. sekurang nyer kem kuali ni byk skit akir dari kem cerek... kat cerek tu mmg air kencing lg laju dari air mata air nyer,...




selepas berehat di kem kuali kami begerak ke puncak yong belar... aku tiba di lokasi dalam jam 7. ketika ini semua dah tersedia.. agak santai kerana takder org membebel so kami semua bergembira... bg aku dalam perjalanan kali ini yong belar adalah puncak terbaik... dalam perjalanan itu dewi di serang kulat air... mmg agak teruk... bila di tanya dier kata boleh teruskan perjalann lg.. kalau tak kami terpaksa detour dari perjalann asal dan lalu kem kasut untuk ke cameron.. nasib bek dier boleh di rawat.. maka kami ikut trek biasa....




keesokanyer selepas bersiap kami akan ke kem gurkha.. kem ni tak jauh dari puncak yong belar dalam 3-4 jam je.... dankem nye luas serta ada air.... tp agak keras kata org.. tp nasib bek takde pepe berlaku.. semua peserta datang awal... mlm ni kami makan mewah keran esok dah nak blik... daging black paper, sayur, tah pe benda tah lg.. tp mmg mewah ler...




malam sebelom tidor rupanya kumpulan aku di tugaskan untuk memasak pagi... herm.. aku ok jer... hahaha tp part best adalah ketua penyamun bro fendi terkena agas kat mata.. pastu bengkak hahaha mmg lawak.... semua org len tak kene.. dia sorang jer.. hahahha




pagi ni menu adalah nasi goreng dan bihun goreng.... teringat palk si dewi yg malas nak amek air tuk gosok gig pastu air rendaman bihun dia wat gosok gigi.. hahhaha tak senonoh betul... oleh kerana dah tak cukup masa so aku masak koboi je di mana aku masak sambal kendian gaul pakai tangan... ahhahah tangan kaver pakai plastik ler... (tp sebenarnya plastuk tu boco kat jari so nasib badan ler... semua tak tau rahsia ni kecuali group aku) terk di mulakn selepas bacaan doa, senaman, dan lagu negaraku....




trek dari gurkha ke blue valley dam mmg jauh ia kedua terpanjang selepas korbu h2o, kami akan lalu puncak charlie, puncak h20, puncak 3 junction... kat puncak 3 junction tu mmg special... di situ kami dapat tahu bahawa kami dah jalan sangat jauh... mmg terdetik perasaan terharu disana... 3 junction di beri nama kerana kami di tengah antara 3 negeri iaitu kelantan, pahang, dan perak...




oleh kerana aku sweep kali ni.. maka aku adalah antara org terakhis sampai di dam... mmg lawak tgok org mental.. sepanjag perjalanan tgok dier tak larat jer jalan angkat tangan pon tak kuat... tp bila dah terdengar jeritan kawan kawan yg dah sampai.. boleh plak dia lari.. siap lomapt lg turun tangga.. hebak.....




setibanya di dam ada 3 4x4 yg menunggu kami mereka membawa sedikit kuih dan kami kongsi... mmg perasaan jakun datang kat kami.. kerana dapat rasa minuman manis berkarbonat.. mmg best pabila teringat sampai tgok kapal terbang pon jakun... hahahha mmg lawak




kami berehat di kem sungai pauh... ketika ini tuan badlishah datang sambut kami bersama arina dan aida, pergh mmg best dan terharu.. kemudian mereka wat bbq.. mmg terbaik.. walaupun ada kekecohan di mana ada mixup antara tempahan challet tp semua setel... malam ni juga merupakan penutup pada program jalur pendakian 10 tahun unisel dimana kami mendaki gunung sempena 10 tahun unisel di tubuhkan... penutup di adakan oleh en tuan badlishah dgn memotong kek serta menutup lantern...




esoknye kami pulang ke shah alam dengan perasaan gumbira...




banyak pengajaran kami dapat antaranya , pertama bertapa kerdilnya manusia berbanding ciptaan allah
2) bawak payung tak rugi
3) kawan yg baik susah nak cari
4) ketika hiking jgn sombong
5) brg mahal tak semesti baik tp selalunya lebih baik dari brg murah
6) jgn kedekut
7) kita tak boleh hidup sendiri di dunia...
8) sembahyang itu mudah
9) dll




terima kasih kepada semua yg menjalankan program ini sehingga jaya, ajk, peserta, guider, dll sekali lagi terima kasih kerana menjadikan impian aku satu kenyataan....




oleh kerana impian titwangsa dah terlaksana maka sekarang aku tukar target iaitu mendaki semua g7 (sehingga taikh 17/2/20011 aku dah buat 4 lg 3 je nak grad dan mgkn bulan 5 ini lg 2 iaitu cus)


































p/s : post ni mmg panjg dn byk gmbr tp byk lg aku tak letak..
p/ss: mendaki tak ler best... tp aku aku tak bencikanya
p/sss: sory for the delayed post.... terima kasih pada semua pemilik kamera...

Created By: RyZs