Thursday, March 5, 2009

Pra Kinabalu Di Gunung Nuang



Salam......

pada 6 dan 7 feb 2009 yang lalu sebilangan kecil pendaki dari kelab umags s.a telah pergi ke gunung nuang di lembah pangsoon untuk menjalani latihan di sana...

program ini hanyalah di buat secara underground dan terdapat 6 peserta.. 
gunung nuang di pilih kerana keadaan moforloginya yang seakan gunung kinabalu dan ia adalah gunung tertinggi di negeri selangor...... malah persiapan yang di buat adalah sangat ringkas....
berbekalkan barang barang dari ekspedisi lepas kami pergi ke sana dengan penuh harapan..

tinggi gunung nuang hanyalah 4898 ft tapi ia terdapat dua puncak di mana puncak pertama di gelar puncak pengasih dan puncak ke dua digelar puncak nuang. kebanyakan pendaki akan hanya naik puncak pengasih dan terus balik tanpa menghiraukan puncak nuang. puncak pengasih juga di gelar puncak tipu dimana ramai pendaki tertipu kerana mengangap puncak pengasih adalah puncak nuang.

program underground ini dibuat pada 6 hb dimana kami berenam bergerak dari unisel kampus shah alam menuju ke kolam air panas di hulu tamu, batang kali .  setibanya di sana dalam jam 3.45 pagi kami terus mandi sambil merancang untuk pendakian.

dalam linkungan jam 5 pagi kami begerak ke lembah pangsoon dengan keadaan yang ngantuk... namun tiba di sana dalam jam 6.45 dan terus beserapan, selesai berserapan kami meneruskan perjalanan ke kaki gunung dan apabila selesai warmup terus memulakan pendakian ke kem lolo. gunung nuang mempunyai dua kem, kem pertama digelar kem lolo dan kem kedua digelar kem pacat. kebanyakan pendaki akan pasang khemah di kem lolo berikutan di situ terdapat anak sungai yang sungguh cantik.




kami tiba di kem lolo dalam linkungan jam 10.00 pagi dan terus pasang khemah. sementara pasang khemah dan groundsheet, ada yang membuat sandwich untuk di bawa ke puncak sebagai juadah makan tengahari. tepat jam 12.00 tgh kami meneruskan perjalanan ke puncak. oleh kerana ada diantara kami yang cedera maka perjalanan kali ini agak perlahan. kami berhenti berehat untuk menghormati waktu zuhur di beberapa meter sebelum kem pacat, setelah 10 min kami meneruskan perjalanan ke puncak. perjalanan ke puncak selepas dari kem lolo agak mencabar ini kerana moforlogi gunung ini yang menaik terus ke puncak pengasih mengunakan akar pokok sebagai anak tangga.


namun ini adalah pengalaman yang di perlukan untuk kami yang akan ke gunung kinabalu. setelah tiba di puncak pengasih dalam pukul 3.45 petang kami berjumpa dengan kumpulan dari uitm s.a. namun mereka tidak meneruskan perjalanan mereka ke puncak nuang. dari puncak pengasih ke puncak nuang memerlukan kami turun semula puncak pengasih sambil melihat puncak nuang yang semakin meninggi, keadaan ini sungguh mengangu emosi kami sehingga ada diantara kami yang hendak pulang, namun berbekalkan semangat kami meneruskan perjalanan ke puncak nuang.
dalam jam 5.30 petang kami tiba di puncak nuang, orang terakhir tiba pada 6.00 petang. setelah begambar dan makan, kami meneruskan perjalanan turun kami dari puncak ke kem lolo. dalam perjalanan turun kai terserempak sekali lagi dengan kumpulan dari uitm s.a itu. tepat jam 8.00 kami tiba di kem lolo dan di sambut oleh nan, rakan kami yang di fahamkan tak nak datang berikutan kerja banyak.

keadaan ketika itu adalah hujan renyai dan agak sejuk namun kami terus membuat unggun api dan memasak makanan, dalam sibuk kami itu kami didatangi seorang pendaki tempatan dengan penuh hairan. kami lagi lah hairan melihat gelagat dia itu. setelah kami bersembang, dia mengeluarkan pendapat seakan menyuruh kami pergi cari kawasan lain. namun disebabkan kami sudah siap pasang khemah, maka niat itu dibatalkan. selesai makan kami tidur sambil ada yang sentri. sehinggalah jam 9.00 pagi dimana semua peserta di kejut untuk siap siap balik. jalan turun tidak lama dalam jam 11.00 kami sudah tiba di kaki gunung dan bersiap sekali lagi untuk menghadapi dunia bertamadun ini. 

dalam perjalanan turun ada antara kami yang mengeluarkan pendapat untuk tonton wayang maka kami pun terus ke pavillion untuk tonton wayang ( cerita bride wars) dan kami pulang ke s.a dalam jam 11.00 mlm.

p/s : cerita pendaki itu adalah sebenarnya kami buat khemah di atas kawasan kubur orang asli.
p/s : nantikan cerita dari kinabalu.....

( gambar dari atas ke bawah =  sebelum naik, di kaki gunung, perjalanan naik ke kem lolo, perjalanan naik ke kem lolo, kem lolo, anak sungai, dan kem pacat, selepas berehat untuk ke puncak, bersama peserta dari  uitm s.a, di puncak, ketika sebelum pulang bersama nan dan ida, kawasan khemah kami yang dikatakan di atas kubur orang asli.)

created: by RyZs